Pengikut

Ahad, 20 Februari 2011

marliyn monroe.....

antara isi surat Marliyn Monroe yang terungkap sebahagiannya daripada sebab-sebab mengapa ia membunuh diri ketika sedang berada dipuncak kemasyurannya....


".. akulah wanita yang paling hampa di dunia ini. aku tidak dapat menjadi ibu, menjadi surirumah yang hidup bahagia di tengah-tengah keluarga yangbaik dan bersih. Sebenarnya kehidupan berkeluarga adalah simbol kebahgiaan kaum wanita yang sebenar, bahkan kepada kemanusiaan seluruhnya. Orangramai telah mengkhianati aku, pekerjaan perfileman adalah barang murah yang tidak bererti walau bagaimanapun kita mendapat keagongan dan kemasyuran yang palsu itu"


keagongannya tinggi melangit kalau hendak dibandingkan dengan artis-artis tempatan kita.
kemasyurannya juga tidak terlawan oleh para ibu dan kaum wanita kita.

Jumaat, 18 Februari 2011

jangan jadi binatang ternak...

Barat telah menyaksikan kegilaan jantina yang membimbangkan baik di dunia pakaian dan persolekan atau di dunia tulisan dan filem ataupun dalam kenyataan hidup sehari-hari di dalam pelbagai lapangan.

Mungkin kini perkara yang paling penting kepada seseorang individu ialah jantina, pemuasannya akan menjadi matlamat dan cita-cita hidup yang tertinggi bagi kebanyakan orang.

Jantina tidak lagi dikira sebagai hubungan persentuhan antara suami dan isteri atau antara seorang lelaki dan seorang perempuan, bahkan ia akan meluas mencakupi bidang-bidang seni dan menjadi alat pembangkit nafsu syahwat.

Jantina nantinya akan menjadi seperti makanan yang beranika rupa dan rasa, beranika rempah ratus yang tidak lagi tunduk kepada perasaan atau keinginan disamping membebaskan diri dari adat dan tradisi.

Kita hari ini adalah sangat mustahil dapat pergi ke sesebuah bandar tanpa terdedah kepada serangan jantina yang berupa iklan di dalam pelbagai ukuran,kulit-kulit majalah, isi majalah bergambar yang melampau, filem-filem wayang, gambar-gambar yang dipamer di pintu-pintu kelab malam dan ribuan gadis dan wanita yang berpakaian yang suatu ketika dulu dianggap kurang sopan?

Homesexual. lesbian,kahwin percubaan,cinta sebelum kahwin, kelab untuk orang orang luar biasa, rumah-rumah urut, bar-bar, kelab telanjang menjadi lambang keunggulan kepada kebanyakan manusia di seluruh dunia kini.

Semua ini telah menjadikan manusia seperti haiwan yang hidup dengan naluri untuk hidup dengan nafsu... dimana dorongan untuk kebaikan tersekat dan tertidur dan dorongan jahat terjaga dan aktif...

....lalu jadilah nafsu syahwat sebagai matalamat tertinggi.

dan layaklah menerima firman Allah ini.


..Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)"
ayat 25 alfurqan.

Khamis, 17 Februari 2011

bertemu dan berpisah...

Adanya perpisahan kerana adanya pertemuan.
Jadi yang mana perlu dipersalahkan antara pertemuan dan perpisahan?

Tiada pertemuan tiada jugalah perpisahan.
Dalam kehidupan kita tidak dapat lari dari mengelak untuk bertemu dan berpisah.

Perpisahan dan pertemuan adalah lumrah kehidupan di dunia ini.

Dan yang penting janganlah kita lupa akan satu perpisahan yang kekal abadi nanti.

Isnin, 14 Februari 2011

lanun Somalia je yang jahat!!!!

Semalam ada artikel diakhbar mengenai Lanun Somalia.
Diceritakan mengenai kehidupan mewah para lanun yang melanun kapal dagang di Teluk Aden.

Wang ringgit telah mengelabukan kehidupan para lanun ini.
Mereka yang terlibat dengan kegiatan ini hidup dikelilingi kemewahan, wanita cantik dan seumpamnya.

Lanun Somalia hidup mewah.
Ada pelbagai lanun di dunia ini cuma yang di Somalia ini digembar gemburkan.

Ada lanun yang merompak wang rakyat, bila lanun ini hilang kuasa baru terbongkar semuanya.
Ada kata lanun ini memiliki berbillion ringgit.
Lanun ini dikhabarkan akan tinggal di Britain.

Dulu ada lanun juga di Indonesia.
Banyak harta negara jadi miliknya.

Lanun di Iran suatu waktu dulu lagi ganas/
Tandas untuk lanun ini buang air besar dikatakan dibuat daripoada emas.

Ada lanun yang merompak wang royalti dijadikan wang ihsan.
Ada lanun yang merompak dengan pelbagai projek ciptaan .
Pendek kata ada pelbagai kategori lanun di dunia ini.

Sabtu, 12 Februari 2011

pergi kamu Hosni.....

manusia yang kehilangan kuasa boleh jadi gila.
orang yang biasa dengan kuasa,
bisa mengarah apa saja,
semuanya dituruti

semuanya di YES kan saja,
benar ke, salah ke,
semua ditaati,

hakim pun takut padanya,
polis akan ikut apa saja arahannya,
semua para cerdik pandai jadi bodoh belaka,

tapi bila kuasa sudah hilang,
macam mana jadinya,

mungkin SHAH IRAN tahu kepedihan itu semua,
tapi dia tak sempat hendak menceritakan pada HUSNI MUBARAK,

SHAH Raja segala RAJA itu,
terbuang dari negara sendiri,
dibuang rakyat,

cuma selepas ini ,
DIKTATOR mana pula yang sedang menunggu,


pergi jahanam kamu Hosni,
pergi bersama kekayaan di atas penderitaan orang lain.

Isnin, 7 Februari 2011

gelap....

sudah dua hari tanpa laptop...
bagai dua tahun dalam kem tahanan Kemunting...

gelap gelita jadinya....

Rabu, 2 Februari 2011

TLDM sudah tiba di Mesir.

alhamdulillah,
kapal TLDM sudah tiba di Mesir,
moga semua urusan membawa keluar pelajar yang ramai itu dibuat dengan bijaksana,

jangan ada yang tertinggal nanti.

insyaAllah semoga semuanya selamat.

pesawat atau kapal ....



mendengar rintihan ibubapa pelajar kita di Mesir mengundang rasa sedih juga walaupun mereka bukan anak-anak kita.

membaca beberapa blog dan FB kepunyaaan keluarga mereka menitiskan juga airmata kita.

apa tidaknya...
itulah anak-anak yang merupakan harapan keluarga,
menghabiskan banyak wang untuk menghantar anak-anak belajar ke Mesir,
menjual tanah pusaka,
memajak emas pemberian hari perkahwinan ditangan,
penuh harapan agar anak bila pulang nanti menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat,

dalam keadaan negara - negara lain sudah mula mengerakkan operasi menyelamat rakyat mereka ,


kita masih terkial-kial,

janganlah nanti ada rakyat kita terkorban.