Pengikut

Ahad, 28 Jun 2009

Sayur dan kepentingannya pada manusia





Sayur dan buah-buahan.Berapa ramai orang tidak menyentuhnya dalam menu harian mereka?Berbuih mulut para doktor memberi nasihat betapa pentingnya kedua bahan ini dalam jadual pemakanan harian manusia. Sayangnya manusia hari ini mempunyai 'Piramid Makanan Rekaan' sendiri.

Makanan yang tidak seimbang memberi infak besar dalam penjagaan kesihatan kita.Tapi manusia hari ini tak suka mendengar itu semua sebab itulah syarikat rokok bertambah kaya dari tahun ketahun.

Sayur sangat dibenci bukan saja oleh kanak-kanak malah anak-anak remaja langsung tidak menyentuhnya jika dihidang.Walhal sayur ada pelbagai vitamin A,Vitamin C,vitamin E dan pelbagai mineral. Sayuran mentah mempunyai kandungan lemak dan kolestrol yang rendah.

Vitamin A adalah vitamin antioksidan yang larut dalam minyak dan penting bagi pertumbuhan tulang dan penglihatan. Vitamin C adalah anti oksidan yang sangat kuat.Vitamin E pula membantu mempercepatkan penyembuhan pada kulit dan menghilangkan bekas luka. Manakala vitamin K pula membantu mempercepatkan penutupan luka jika terjadi pendarahan luar.

Begitulah hebatnya kejadian Allah melalui penciptaan sayur-sayuran ini.Malangnya pendedahan kepentingan sayuran pada manusia hilang begitu saja dengan pelbagai iklan makanan ringan yang digambarkan lebih hebat khasiatnya.

Selasa, 23 Jun 2009

SUAMI DAN BAPA


Dalam kehidupan berumahtangga tiada boleh dibuat suatu peraturan pun kerana masing-masing suka mengikut cara yang dipilih sendiri.Orang bijak pandai sentiasa berpesan supaya mempunyai sifat timbangrasa dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Islam sendiri mengangkat mertabat isteri sebagai setaraf dengan suaminya.Maka kalau suami melayan isteri bagaikan hamba atau barang permainan maka ia sudah menyalahi peraturan berumahtangga ini.

Sebab itulah banyak berlaku penceraian pada hari ini tidak kira samada golongan terpelajar atau pun tidak.Syarat kebahgiaan rumahtangga sudah tentulah hormat menghormati dan bertimbangrasa antara pasangan .

Menghantar suami ketangga atau pintu rumah dan melambai-lambainya waktu ia pergi bekerja dan menunggu suami ketika ia pulang kerumah merupakan suatu penghormatan pada suami. Maka suami pun suka berkurung dirumah.

Sisuami pula melayan isteri sebagai seorang yang sangat dikasehi. Suami bersifat memanjakan isteri,romantik dan pandai memujuk. Saling menghormati termasuklah berlemah lembut dalam tutur bicara.Adab bahasa yang halus menambahkan lagi perasaan kasih sayang antara pasangan tersebut.

Malangnya kebanyakan suami menunjukkan sifat kelakiannya dengan berlaku kasar dan menengking isteri tanpa sebab.Seorang suami sepatutnya tahu memuji isterinya kerana dia kelihatan lebih cantik dengan pakaian barunya .Isteri tentu berpuashati dan takkan tergamak meminta lagi untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.

Kalau isterinya suka merepek tangkap dan cium mulutnya nescaya dia akan jadi bisu seperti udang dan buta seperti pungguk.Demikianlah adat berumahtangga.Selamat hari BAPA pada para suami dan ayah.

Jumaat, 19 Jun 2009

Aku juga inginkan Perdana Menteri seperti dia .......









DALAM satu sidang media antarabangsa, seorang wartawan Jepun melontarkan soalan kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. "Presiden Ahmadinejad...,kenapa anda masih mempertahankan perkembangan teknologi nuklear Iran yang mengancam kedamaian dunia?" soalnya.

Dalam nada yang perlahan dan bersahaja, presiden berusia 52 tahun itu menjawab: "Anda seharusnya lebih khuatir terhadap negara yang pernah menjatuhkan bom nuklear ke negara anda, berbanding bimbangkan nuklear Iran."

Mungkin orang sengaja lupa.......




Orang selalu membicarakan PAS Terengganu bersifat keras dan radikal. Penulis menulis bukan kerana penulis orang Terengganu tetapi berdasarkan sejarah dan ilmu antropologi penduduk Terengganu.


Saya cukup memahami tradisi lelaki Terengganu. Sukar untuk mesra tetapi mudah tersenyum dan kelakar jika sudah mesra, pemanas, ucapan kasar, pendiam, pemalu, segan tonjol diri dan sedikit kekampungan. Secara tak langsung sifat ini juga mempengaruhi pimpinan PAS Terengganu. Lihat kehidupan TG Harun taib dan TG Haji Hadi.

Walaupun orang kerap mengutuk PAS Terengganu ekoran tumbangnya Kerajaan PAS Terengganu. Penulis mengakui banyak kelemahan PAS Terengganu ketika itu. Sebenarnya PAS Terengganu banyak membantu kebangkitan orde kepimpinan ulama dalam PAS yang menumbangkan Dato Asri.

Pimpinan Dewan Pemuda di bawah pimpinan Mustafa Ali dan pemuda PAS Terengganu seperti Abu Bakar Chik, Husin Ismail (pengerusi Yayasan Amal,) dan pemidato muda berpengaruh TG Haji Hadi menjadi teras utama menumbangkan Dato Asri. Mustafa Ali sanggup mengorbankan jawatan Setiusaha Parlimen Kementerian Perusahaan (kalau tak salah) demi PAS. Kalau profesional PAS Klon dalam Kerajaan Pusat Raja Bercakap, sanggupkah mereka melepaskan jawatan mereka demi wa’la dan baiah pimpinan PAS?. Belum pasti lagi. Mungkin mereka lebih setia kepada raja bercakap daripada TG mereka.

Wan Mutalib pula antara profesional awal yang terlibat dalam PAS manakala TG Harun Taib sanggup pulang sewaktu proses menyiapkan Phd demi jemaah PAS. Jika mereka tidak terlibat dengan PAS, mungkin wan Mutalib mempunyai syarikat guaman sehebat Zaid Ibrahim and Co. Manakala TG Harun Taib menjadi pensyarah kanan universiti.

Saya melihat PAS Terengganu dalam proses transisi. Orang kuat PAS Terengganu dijangka mengundur diri ialah abu bakar chik, wan mutalib dan akhirnya Cikgu Pa sendiri. Tokoh bakal dijadikan pimpinan baru ialah Syed Azman, Muyidin dan yahya ali bakal membantu TG Haron Taib.

Jika pimpinan PAS Terengganu ingin mendominasi secara total dalam PAS ketika itu, mereka boleh lakukan. Mereka mempunyai tokoh populis yang boleh dinobatkan ialah TG Haji hadi. Pengaruh Musthafa Ali dan Abu Bakar Chik cukup kuat dalam dewan pemuda. Dalam Dewan Ulama, kehadiran TG Haron Taib mula berpengaruh. Ketua Dewan Ulama, TG Nik Aziz tidak popular dan ‘semaksum’ sekarang. Teras ulama dan pemuda memang pro TG Haji Hadi. Tetapi TG Haji Hadi tidak mengidamkan kuasa kerana menghormati orang senior seperti TG Nik Aziz, Tg Fadzil Nor, TG Yahya Othman, TG Yusof Rawa dan lain-lain pimpinan ‘tua’.

TG Haji Hadi ketika itu lebih popular daripada TG Yusof Rawa, TG Fadzil Nor dan TG Nik Aziz sendiri. Tahun 1980an dikenali zaman kaset yang popular dengan fenomena haji hadi yang bergegar pidato agamanya. Bekas pelajar agama pintar ini tidak mengejar kuasa, hanya menjadi exco dewan pemuda sebelum dilantik Naib Presiden PAS. Jika Ustaz Nakhaie tidak berundur daripada PAS, mungkin TG Haji Hadi masih sebagai Timbalan Presiden (TG Fadzil mengharapkan ustaz nakhaie mengantikan beliau).

Jangan kita merendahkan PAS Terengganu, jasanya dalam PAS Pusat terutamanya dalam proses kebangkitan orde kepimpinan ulama sangat banyak. PAS TERENGGANU, KELANTAN dan KEDAH adalah teras PAS Malaysia. Sendiri mesti ingat.

Rabu, 17 Jun 2009

Lebih bahaya dari H1N1









Semua orang yang sempurna akalnya dan telah baligh mahukan :

1.Kesihatan dan lanjut usia
2.Makan dan minum
3.Tidur dan rehat yang mencukupi
4.Wang dan benda-benda yang boleh dibeli dengan wang
5.Hidup dalam kemewahan
6.Kepuasan hawa nafsu
7.Anak cucu yang ramai
8.Kemasyuran nama dan dipandang mulia dan mustahak

Semua tujuan hidup diatas mudah dicapai aku rasa melainkan yang nombor lapan agak sukar.Seorang ahli falsafah dari negara OBAMA Prof. John Dewy mengatakan "kemahuan tiapa-tiap seorang manusia ialah menjadi orang yang mustahak". Hasrat mahukan dirinya dihurmati dan dipandang tinggi dan mulia.

Hasrat ini sebenarnya seperti sejenis kelaparan manusia yang jarang boleh dipuaskan.Perasaan ini bahaya tuan-tuan.Orang yang gilakan kemasyuran dan mahu dipandang tinggi dan mulia ini mempunyai jiwa yang rosak.Sesiapa yang mengidap penyakit ini sukar menjadi orang yang berjaya.

Sekian dan jumpa lagi. Ingat hari ini ramai orang gila ditengah-tengah orang waras.

Jumaat, 12 Jun 2009

Hidup biar berperaturan


Hidup kita ini akan teratur jika kita ikut peraturan. Jika tidak kucar-kacirlah kehidupan kalau masing-masing main ikut sedap rasa saja.Ikut sedap rasa maka lampu merah terus main langgar je sebab malas nak tunggu. Hidup tanpa aturan bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tapi juga menyusahkan alam buana ini. Kalau makan pun main hentam saja alamat tak lamalah tinggal dibumi ini.

Binatang,ungas dan binatang atau serangga kecil yang merayap pun pandai memilih makanan yang baik untuk mereka.Kanak-kanak kecil pun begitu.Tetapi kebanyakan orang dewasa tidak mempunyai tabiat yang baik ini. Mereka pakai hentam saja apa yang terhidang didepan mereka.

Ingatlah ya makanan yang berlemak itu memendekkan usia.Terlampau banyak makan serta gelojoh ketika makan menyebabkan badan kita tersumbat dengan racun . Semua jentera badan kita terganggu maka berlakulah kekacauan dalam sistem badan . Untuk itu bacalah cara - cara bagaimana nak makan.


ATURAN MAKAN
1.Makanlah ketika benar-benar lapar
2.Jangan makan bila darah gemuroh, gusar dan risau
3.Mamah dan kunyah betul-betul semua makanan
4.Rehatlah sebelum dan selepas makan tengahari dan malam

5.Minum air tiap pagi selepas bangun tidur
6.Minum air banyak-banyak,susu dan air perahan buah.
7.Makan makanan semula jadi dan asli 8.Makanlah sekadar cukup untuk memberi kalori yang diperlukan badan 9.Makanlah makanan yang hanya boleh memberi zat yang berharga pada badan
Akhir sekali yang orangramai marah tinggalkan segera amalan merokok..............

Isnin, 8 Jun 2009

Pakej lawatan ketapak warisan sejarah sukan











Selamat datang ke Kuala Terengganu. Tuan-puan sangatlah kerugian jika melepaskan peluang untuk melihat sendiri dengan mata kasar runtuhan bumbung stadium yang diguna selama 367hari. Kami ada meyediakan pakej lawatan sehari ketapak berkenaan.


Pakej termasuk:
bayaran permit masuk

bayaran tiket
bayaran pengangkutan ketapak (menyediakan tram,beca, kapal kalau nak lihat dari laut) perlindungan insuran
makan tengahari


Tentatif program
10pagi tiba ditapak runtuhan
menaiki taransport yang disediakan(beli tiket dikaunter)
melawat sekeliling stadium
tayangan video

forum (soal jawab boleh dikemukakan) .....panel terdiri dari bekas2 ahli politik kerajaan impian

Ketika forum tuan-puan boleh mengemukakan cadangan supaya stadium ini tidak diruntuhkan jadikan ia sebagai tapak sejarah dunia. Dan aktiviti pelancungan pasti mendadak naik kerana ramai pelancung dalam dan luar negara akan berkunjung. Maka lapangan terbang antarabangsa Terengganu akan menjadi airport tersibuk didunia. Awang akan terkejut kerana orang-orang terengganu ketika itu sudah menguasai bahasa inggeris yang hebat. Impian kini menjadi kenyataan. Bayangkan umur stadium ini 100 tahun akan datang. Pasti ramai orang akan ke Terengganu................

Ahad, 7 Jun 2009

C4 akan musnahkan sajak ini


Altantuya


Aku insan ajnabi
Aku berasal dari tanah tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menewaskan sesiapa saja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku , kecantikanku boleh diperniaga

Aku wanita ajnabi merantau kemana-mana
mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur,Paris,Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasaiku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan aqidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama

(baca seterusnya diharakahdaily...................ni kali pertama aku jumpa sajak yang gila-gila dan mengila. Tapi ni bukan sebarang sajak. Besar kemungkinan penyajak ini akan diambil tindakan.Tuan bacalah sendiri sajak ni sebelum ianya diharamkan .Baca tuan dengan penuh perasaan baru tuan faham maknanya. Dalam maknenya tuuuuuuu.........

Sabtu, 6 Jun 2009

Selesailah satu babak.....

Keputusan pemilihan PAS telah diumumkan oleh cikgu pa . Ustaz Nasaruddin berjaya mempertahankan kerusi timbalan presiden. Naib presiden Yb Mahfuz, Yb Salahudin dan Us.Tuan Ibrahim Tuan Man. 18 ajk Pas pusat kau carilah sendiri...... ok tamat sudah pelbagai andaian dan spekulasi. Yang menang teruskan kerja dan yang kalah terus berbakti.

Teruskan jihad





Sudah mula dah. Tajuk utama Berita Harian hari ini (sila lihat). Bukankah Abd Hadi telah menarik balik saranan beliau mengenai kerajaan perpaduan yang pernah diutarakan. Kenapa isu ini dimainkan oleh media kerajaan. Takut sangat kepada saranan Abdul Hadi.

Selama ini kalau disebut soal perpaduan digambarkan seolah-olah PAS yang tidak mahukan perpaduan.Kenyataan -kenyataan yang dipetik dari Husam dan Kit Siang itu betulke? Atau ditokok tambah untuk menyelerakan berita ditengah-tengah kemelut pemilihan pucuk pimpinan PAS.

Apapun PAS tidak perlu melayan panggilan dan suara-suara dikiri kanan perjalanannya. Teruskan perjalanan walaupun ribut pasir, puting beliung sentiasa mengancam kafilah ini. Kalau takut dilambung ombak usah berumah ditepi pantai.

Jumaat, 5 Jun 2009

Pandai ko mengurut


Lengguh, letih, rasa tak puas tidur , lengan dan tangan semuanya rasa sakit dan senggal-senggal.Kalau ada yang sudi urut alangkah seronoknya dapat hilangkan semua tekanan. Picit-picit kat kepala,urut belakang tengkok, belakang bahu,,...................ahhhhhh leganya kalau ada tukang urut.

Kalau ini jadi tukang urut macammana ye!!!!!Moga semua rasa sakit-sakit tadi akan hilang.

SELAMAT BERMUKTAMAR


ANGAN-ANGAN BESAR NAK TAWAN MANEK URAI,
SILA MELANGKAH KALAU NAK TERBURAI

Khamis, 4 Jun 2009

Impian


Gambar ini adalah tiga projek raksaksa dizaman pemerintahan mantan MB Terengganu yang memerintah dari 2004 sehingga 2008. Projek inilah yang diletakkan dibill board merata tempat di Terengganu suatu ketika dulu. Impian menjadi realiti...... inilah pembangunan yang tidak pernah terfikir oleh rakyat Terengganu. Pewiiiiiiiiiiiiiiittttttttt.

Selepas Stadium jangan kolam renang pula



Memang sudah dijangka bila sesuatu kes besar berlaku maka akan berlakulah tuding menuding.Minggu ini selepas kapalterbang penumpang perancis terbenam dilautan Stadium Sultan Mizan pula bumbungnya menyembah bumi.

Hari ini MB Terengganu berkata beliau sedia disiasat. Bagus.... buka seluas-luasnya ruang siasatan supaya semua orang boleh tahu. Penubuhan suruhanjaya khas menyiasat kes ini wajar disegerakan. Menteri Belia Dan Sukan pula dilapur beliau memandang serius apa yang telah berlaku. Janganlah kejadian ini sampai menakutkan orangramai untuk ke stadium . Seterusnya membantutkan perkembangan sukan tanahair.

Kita tunggu dan lihat tindakan yang akan diambil. Janganlah semuanya menjadi hangat-hangat tahi ayam sehinggalah kolam renang yang tersergam indah di Batu Burok itu pula tenggelam kedalam bumi.

Rabu, 3 Jun 2009

Runtuh,runtuh, runtuh




Terkejut..... terkejut juga. Jalan stadium tu aku melaluinya 2 hari lepas. Anak ketujuh aku memanggil stadium tertutup disebelah stadium sultan mizan tu sebagai stadium BURGER. Masa orang menelepon aku memberitahu stadium runtuh aku terfikir yang runtuh tu stadium burger.Rupanya tidak...lepas ni kita akan mendengar pelbagai reaksi. Pelbagai andaian. Memalukan negara... kita akan lakukan siasatan menyeluruh..... bla..bla..blaaaaaaa.....jari dituding kesegenap arah.

Waktu nak disiapakan dulu mereka kata.... saya tak peduli. Apa yang saya mahu lihat ia siap sebelum sukma. Arahkan semua bala jentera, siapkan segera. Kamu faham tak siapkan segeraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Ini arahan... kalau tidak saya akan buang daerah kamu semua.Fahammmmmmmm.......

Isnin, 1 Jun 2009

HukumRimba dizaman global


Selesai solat subuh tadi aku layari laman cina islam. Penanti sudah tidak lagi dinanti-nanti . Keputusan 5000 itu sudah cukup untuk jadi bekal pada pru 13 nanti.Lepas cina islam aku jelajahi harakahdaily. Tiada berita menarik tapi aku terenter tulisan silutfi tu mengenai seorang guru bernama laila. Menarik ni aku ingatkan kisah percintaan silaila majnum.

Lama membaca tulisan tersebut dan mataku mula digenangi titisan airmata. Banyak sekali airmataku tumpah. Sangat tersentuh jiwa aku . Mungkin dengan usia yang makin meningkat jiwaku semakin mudah tersentuh.

Perasaanku tersangat benci kepada mereka yang melaksanakan peraturan rimba tersebut. Semua insan tersayang dipisah-pisahkan. Lebih zalim dari Inggeris yang menjadi penjajah suatu waktu dulu.British hanya pecah dan perintah negara sahaja. Tetapi ISA ini memecahkan seluruh institusi kekeluargaan yang penuh kasing sayang dan rahmah itu.

Bacalah kisah kegigihan guru yang bernama Laila itu. Masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari guru dan ibu kepadanya. (layari harakahdaily.net) dan tahniah untuk Ahmad Lutfi .