Pengikut

Ahad, 29 Julai 2012

golongan yang sedikit

Assalamualaikum,
Jadi orang miskin yang syukur payah,
namun

Jadi orang kaya yang bersyukur lagi payah.

Syaidina Umar r.a pernah mendengar satu doa yang dibaca,
terpegun beliau,

bila orang itu berdoa
Ya Allah masukkanlah aku dalam golongan orang yang sedikit.
Siapa orang yang sedikit itu?

Ia itulah orang yang bersyukur.
Terima kasih.
Moga kita tidak lupa untuk berdoa begitu juga.
Doa di bulan mulia ini insyaAllah mudah diperkenankan. Amin.


Khamis, 26 Julai 2012

saya tak solat bang....

Sudah masuk 6 Ramadhan hari ini.
Sekejap sungguh masa bergerak.
Sebab itu ada orang kata masa itu emas.
Sebenarnya masa itu hayat .... kehidupan.

Tinggal lagi tiga hari untuk sepuloh yang awal Ramadhan berlalu.
Awal Ramadhan ini rahmah.
10 hari ini Allah memberikan rahmahnya.
Sudahkah kita mengutip pemberian itu? InsyaAllah kita terus berusaha untuk mencapainya.

Semalam aku berborak dengan seseorang, bertanya dia solat terawih di masjid mana?
Terkejut aku dengan jawapannya kerana dia tak solat pun sebab belum sampai seru.
Masih ramai lagi rupanya orang yang tak terima seruan agama ini.
Siapa yang bersalah agaknya?







Isnin, 16 Julai 2012

cerita kayuh basikal....

Rupanya sudah genap setahun aku  berbasikal sebagai riadah ku. Semuanya bermula apabila anak sulong ku membelikan sebuah basikal MTB untuk ku. Tahun lepas bulan Jun ... tiba - tiba saja aku dihadiahkan dengan sebuah basikal. Saat itu bermulalah episod baru dalam hidup ku.



Sebenarnya aku sudah lama tak bersenam. Sudah ada gangguan kesihatan. Kelancaran usus besar ku terganggu. Sudah ada simpton penyakit dalam usus. Dengan kembali beriadah dalam usia menjangkau 50 an ini aku dapat rasakan perubahan besar dalam diri. Dan dengan amalan meminum minyak zaitun aku rasa sudah kembali muda .... perasan.

Tiap pagi sebelum memulakan aktiviti berkayuh ini aku akan minum satu sudu minyak zaitun dicampur madu. Alhamdulillah .... gangguan usus sudah kalah .






Setiap pagi sekarang bila selesai menghantar anak ke sekolah bermula jam 7 pagi kayuhan pun bermula. Aku mewajibkan kayuhan antara 15 ke 20 km tiap pagi.
Alah bisa tegal biasa.

Sudah banyak kampung aku redah  tiap pagi. Banyak peristiwa menarik dirakam dengan  kamera kapcai ku.






Bila tiba di kampung ini aku tiba - tiba memperlahankan kayuhan ... termenung sejenak. Nanti rumah aku sebesar ini juga  tiada cat, tiada alat hawa dingin, tiada dan tiada segala-galanya.



kapal selam dalam pembinaan ...
tiada komisyen ni.


Ini antara  yang menarik perhatian ku .... rumah dikelilinggi bunga teratai ... sangat indah pemandangan ini.

suasana pagi dari atas sebuah  bukit ...
mengadap ke pulau tersohor di Terengganu ... cuba teka namanya?

Sekian dulu lapuran untuk hari ini.
Selamat beristirehat bersama keluarga.
Tahniah Terengganu kerana menjuarai SUKMA lagi.


Jumaat, 13 Julai 2012

tuan komensen, kakcik seroja, En Relevan , Maiyah, .....

Assalamualaikum,
Lama sudah tak mengemas rumah maya aku ni.
Cantik sungguh rumah baru teman - teman maya lama ku,
Tahniah kakcik yang sudah berwajah baru.

Hari ini aku sempat membaca laman-laman rakan maya ku yang telah lama aku kenali.
Sungguh seronok,
bila melihat catatan-catatan lama itu,
pelbagai komen, usik mengusik,

sangat menyenyuh kalbu,
maklumlah waktu itu masing-masing baru mengenali alam blog memblog ini,

antara yang masih segar dalam ingatan,
Tuan Komensen, Kakcik Seroja, Cek wa, Encik Relevan, Cikgu Jang,
Anak laut, Puan Marni, Siapsiaga, Idalara yang kini sudah jadi nyanyi sunyi,

Insan Marhean, ... yang banyak mengajar tentang kehidupan,
Maiyah ... pengalaman hidupnya yang sangat mahal.
kl citizen ... cikgu norma yang aku selalu baca coretannya.

tahniah semua,
kerana masih berceloteh sampai sekarang.

moga persahabatan ini terus kekal.