Pengikut

Rabu, 21 April 2010

Minggu yang memenatkan......

Jumaat lepas ke Kota Bharu, Kelantan memandu kenderaan, tiba waktu hampir solat jumaat.

Sempat solat di masjid berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah.... lupa pula nama masjidnya. Jemaah penuh sesak.

Khutbah Jumaat menyentuh mengenai pendidikan anak-anak yang baru mendapat keputusan SPM yang lalu. Imam menyeru pada ibubapa supaya tidak memaksa anak-anak untuk melanjutkan pelajaran, biarlah mereka sendiri membuat keputusan bidang apa yang diminatinya.Kalau anak tidak berminat memasuki pusat-pusat pengajian agama jangan dipaksa mereka kerana ilmu itu sangat luas bidangnya. Belajar ilmu kemahiran juga adalah memenuhi tuntutan agama.

makan tengahari di medan selera sekitar pasar siti khatijah.... tengok tulang je tinggal tuuu...jin ke ni ?



depan Parkson Kota Bharu.... banyak pusat beli belah yang baru...kalaulah rakyatnya dikatakan miskin kenapa tauke-tauke niii..sibuk buka gedung -gedung jualan yang besar-besar di sini? sapa nak jadi pembelinya?


hotel STADA.... hotel budget yg baru sebulan beroperasi....betul-betul di hadapan Kampus USM Kubang Kerian Kelantan dan HUSM..... selesa dan memuaskan....


MYDIN MALL Kubang Kerian......kalau ada keluarga yang sakit di HUSM atau anak - anak belajar dikampus USM tak perlu bimbang kerana penginapan dan pelbagai kemudahan banyak sekitar kawasan ini.

tujuan ke kelantan ialah menghantar anak kelima menjalani ujian bertulis di USM Kubang Kerian untuk program diploma kejururawatan .....

selesai menjalani ujian.... tolong doakan kejayaannya


bertolak pulang dari Kelantan ......... hari Sabtu..... malam tu naik bas pula ke Kuala Lumpur.

menghadiri pula temuduga di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
untuk pengajian Sains Kejururawatan juga.



hadapan kompleks pendidikan sains kejururawatan PPUM

...... sudah dua temuduga dihadapi dan pada 27 april ni.. ada satu lagi di kolej kejururawatan K.terengganu...banyak juga duit terpaksa dikeluarkan untuk menghadiri temuduga nii.. kalaulah aku pengundi di Hulu Selangor sudah tentu aku cari Dato Shahrizat atau TPM sendiri... mohon bantuan.


menziarahi anak ketiga di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM (Sg Besi)...
pertama kali ke sini waktu pendaftarannya 3 tahun yang lalu.
..

24 ulasan:

  1. salam..

    heeeeeeeee seronok je g kota baru
    siapa kata org kelantan miskin2
    kawan2 saya kat opis ni ramai org kelantan
    seme kaya2 dan pandai2
    semua kerap balik kelantan
    dah lama gak tak g kelantan ni...

    semoga semua anak2 berjaya dan menjadi anak2 yg soleh/solehah

    BalasPadam
  2. Heh heh en Abu Muaz..pergi redah je ke Hulu Selangor tu mohon bantuan..

    Kome mendoakan kejayaan anak2 encik..semoga beliau berjaya dalam kerjaya dan hidupnya..

    BalasPadam
  3. Salam ziarah, Semuga anak2 encik berjaya di dunia dan akhirat..amin.

    BalasPadam
  4. salam ziarah...semoga dimurahkan rezeki Abu Muaz sekeluarga..amin..

    BalasPadam
  5. Salam, Tuan.
    Semoga Allah memudahkan urusan tuan dan anak-anak. Semoga Allah memberkati dan merahmati jihad mereka menuntut ilmu. Tuan tidak ke Hulu Selangor? Seronok melihat banner "BN Mampu Berubah" di sana sini. Mampu berubah bermaksud boleh berubah tetapi belum lagi mengubah apa-apa selepas beberapa tahun 'ditampar' hebat. Hehehehe... Retorik mereka di Hulu Selangor sangat dahsyat!

    BalasPadam
  6. Salam Abu Muaz.

    Didoakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan anak-anak Abu mUaz.

    Semasa buat rawatan di HUSM berpeluang juga sekejap jengah ke Mydin tu, lihat sahaja.

    Rupa-rupanya ada hotel budget yg dekat dgn HUSM ya.

    BalasPadam
  7. salam..
    lama x singgah sini..
    waw ambo pun dh lama x balik kelantam hehe.. rindu sungguhh..

    jauh perjalanan demo.. tp alhamdulillah.. nampak semua ceria jah tu hehe

    BalasPadam
  8. Salam sdr..
    subhanallah banyaknya perubahan di KB..dah berbelas tahun sy tk ke sana..mulanya cdg nk ikut trip hujung bulan Mei ini tapi memikirkan anak2 tiada yg menjaga maka sy batalkan..
    ada sorg kwn baik bisness kat KB..selalu ajak sy ke KB namun belum ada kesempatan..insyaallah sy akan pergi..lebih2 lagi hasrat hati nk jumpa Tuan Guru..

    mudah2an sdr dipermudahkan dlm segala urusan..insyaallah.

    BalasPadam
  9. Salam Uncle Muaz....

    Hehehe....tu masjid muhammadi namanyer..

    Tgklar sape yg memerintah negeri Kelantan..

    Sape kata Kelantan miskin..?

    Terengganu yg byk minyak pun lg teruk dari kelantan.

    and i am proud to be Kelantanese..as well as Malaysian..
    Tp sayang..anak muda kelantan sekarang sudah mula lalai dek kerana arus gejala sosial yg di bawa pulang dari negeri-negri yg lebih membangun..
    Ah..ku kira membangun dgn dosa.
    Lihatlah Port Dikcson, Cherating, Genting Higland..


    Rindunya nk blk kelantan...dah muak dah tgk gelagat mat salleh kt ats kapal neh. Nk blk..nk blk.. rinduuu...

    BalasPadam
  10. destinasi terakhir yg sy pergi sblm lumpuh adalah bachok.. sy suka gi pantai

    BalasPadam
  11. salam abu muaz,
    kalau ada rezeki, ingin saya sekeluarga ke pasar siti khadijah lagi.. seronok melihat wanita gigih berniaga....

    BalasPadam
  12. jalan2 cari makan, dah makan duitpun kopak...

    BalasPadam
  13. blueCITY® :orang tak berapa betul je kata orang kelantan miskin.

    BalasPadam
  14. Cikgu Jang :benar sekali tuan.

    BalasPadam
  15. Ibu n Abah :itulah hebatnya wanita kelantan.

    BalasPadam
  16. maiyah :memang cantik pantai Bachok

    BalasPadam
  17. AKU OranG LauT:hujan batu negeri sendiri juga.

    BalasPadam
  18. Idalara :moga impian puan tercapai insyaAllah.

    BalasPadam
  19. Cikgu Adham :lamo benar tak singgah niii.. ingat lupo doh ke ambo.

    BalasPadam
  20. Marniyati :lambatnya mereka nak berubah ya? ni semua kerana kurang membaca cikgu.

    BalasPadam
  21. melatidaisy:t.kasih sudi singgah.

    BalasPadam
  22. CekWa :moga anak puan berjaya dalam temuduga.

    BalasPadam
  23. relevan :tak boleh redah tuan, ramai sangat abang-abang polis kat sana tu sekarang.

    BalasPadam