Pengikut

Isnin, 31 Ogos 2009

Salam kemerdekaan............................


Driver train (hitam) ..............

woiiiiii! aku dulu, lewat dah ni nak hantar kontinjen perbarisan merdeka ke Parlimen ni!


Driver train (kuning).............

Kau ingat kau sorang je nak kesana?????????

Ahad, 30 Ogos 2009

Merdeka!!!! negara aku esok......

Merdeka negara aku esok.

Tanggal 57 ..... merdeka! merdeka ! Merdeka.

Inggeris sudah lama pulang meninggalkan tanahair aku tetapi pemikiran , otak dan perangai masyarakat aku masih terjajah dengan pelbagai budaya dan akhlaknya. Kekal terjajah dengan pelbagai undang-undang dan peraturannya.

Budaya dan akhlak Inggeris dijulang tinggi mengatasi ketinggian menara KL......

Kita merasa lemah dan hina untuk beramal dengan akhlak dan maruah yang diajar oleh Islam.Merasa tidak membangun jika kita mengikut Islam. Merasa tak bertamaddun jika beragama.Merasa dunia ini terlalu sempit jika ikut kehendak dan peraturan illahi. Merasa hina dina dan seolah - olah berada dibawah tempurong.

Selagi kita tidak membebaskan belenggu ini dan kembali kepada petunjuk Allah yang sebenar maka kita tidak mencapai kemerdekaan dalam ertikata yang sebenar.

Sebelum mati menjadi kewajipan kita untuk kembali kepada kemerdekaan yg ditunjuk illahi supaya bukan saja kita merdeka didunia bahkan kita mencapai kemerdekaan daripada api neraka dihari akhirat nanti.

Inilah satu ucapan yg masyur tentang erti merdeka. Ucapan dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama RUB'AI BIN AMIR . Satu ucapan yang ditujukan kepada presiden negara PARSI (Iran hari ini) ketika itu yg bernama Rustam.

Maksud ucapannya: "Allah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu dari mengabdikan diri kepada sesama hamba kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman pelbagai agama kepada keadilan Islam dan daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat".

Marilah dengan penuh keinsafan dan kesedaran kita mengerti makna kemerdekaan yang sebenar ketika negara kita menyambut ulangtahunnya esok.

Erti kemerdekaan sebenar hanyalah apabila manusia mengabdikan diri solid kepada allah swt. Tidak ada dikalangan manusia berlagak menjadi tuhan yang mencipa pelbagai hukum-hakam dan peraturan dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah swt.

Akan berlakulah kezaliman,penindasan dan kekejaman apabila ada kalangan manusia yang berlagak berkuasa mengadakan peraturan mengikut hawa nafsu dan kehendak sendiri tanpa mengira halal dan haram,tanpa mengira betul atau salah, tanpa mengira adil atau zalim tanpa mengira samada ia berhak atau tidak.

Manusia tidak akan bebas merdeka selagi tidak dapat membebaskan diri daripada belenggu yg diadakan-adakan oleh manusia sendiri.Undang-undang syariah seolah-olah tiada daulat dan tidak merdeka. Salam kemerdekaan. ...........

Jumaat, 28 Ogos 2009

Catatan musafir keutara.......23 ogos to 25 ogos 09


23 ogos bermusafir keutara tanahair.....jauh lagike?


tiba dirumah PAS terengganu kg.permatang tengah,bukit mertajam


hentian rehat sg dua,lebuhraya utara selatan ....... wakaf ni jadi penginapan aku....aircond ORI dan nyamuk menjadi teman


penginapan budget...... jimat bro. bonus tahun ni dapat ke tidak!!!!


jam 2 pagi diRFC sg. petani (milik HPA) kali pertama sampai sini......pagi-pagi buta minum Radix cola dan ayam goreng ...



sahur yang simple je.... tiga biji kurma tiap sorang, air mineral HPA dan roti sebungkus....yang tengah teguk air tu ketua pemuda PAS Kuala terengganu..


program gotong royong........PAS Terengganu....orang tua ni hanya tinggal berdua.Anak-anak merantau mencari rezeki.....gembira dengan kedatangan kami.


orang besi PAS Terengganu...... tiga batang pokok ditebang..... dalam puasa tu....


semuanya mesti dibereskan segera........


orang kampung turut membantu....


permatang janggus kami akan datang lagi.....


kurma muda ni ...... kami makan sebelum makanan tiba....rasanya agak pahit ...... dua biji tu sebelas orang makan.....berkat bulan ramadhan


berbuka dimasjid permatang janggus


jam 4.30ptg sebelum bertolak pulang .......keputusan belum diketahui tapi menang kut...


selamat tinggal permatang pasir.........


samy ada dimana-mana.....bayar tetap bayar....aku kan rakyat yg setia.....


selamat jalan ...... jika ada lagi pilihanraya diutara kami datang lagi....bye...bye....jumpa anda semua diLunas @ .......!!!!!


adoiiii......nasib baik tali pinggang aku tak sangkut.....tengah-tengah hutan pun ada.....


ingat sempat berbuka disini..... tapi belum waktunya lagi..... next time la....


isi minyak dikg bandariang, Gerik sebelum mendaki lebuhraya timur barat...


berbuka puasa di jeli......makan jelah apa yg ada....
perjalanan ini selama 3 hari 2 malam...... belanjanya tak sampai ribu-ribu ..... sesuai untuk orang-orang yg kurang mampu.....berita Ustaz Salleh Man memenangi DUN Permatang Pasir keluar diRTM ketika waktu berbuka......tahniah ustaz......semoga anda meneruskan kerja-kerja almarhum Dato Hamdan.

Khamis, 27 Ogos 2009

Zalimke undang-undang illahi...... adilkah undang-undang manusia

Hukum Islam untuk mendidik bukan menyeksa



hukuman yang dicipta akal manusia







http://ustazahlama.blogspot.com

Dalam kunjungan penulis bersama-sama rombongan Persatuan Ulama Malaysia ke Banda Acheh pada akhir Jun yang lalu, kali dimaklumkan hukuman sebat keatas bagi kesalahan mabuk, berjudi, khalwat dan ajaran sesat telah lama dilaksanajan di sana. Ia adalah dibawah kesalahan ta'zir dalam Undang-undang Jenatah Islam.
Cara sebat dalam Islam ni lebih baik dari sebat cara hukuman sivil. Atau dgn kata lain. sebat dalam Islam lebih berperikemanusiaan dari cara hukuman sivil.

Sebat cara Islam Tidak melukakan -Tg.Haji Hadi

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Isnin, 24 Ogos 2009

tewas juga dia........

tak sempat nak menulis harini ...sedang brmusafir keutara. Cuma nak britahu anak kecil ku yg usia lima tahun tu kcundang juga jam 1 tengahari kelmarin.

Ahad, 23 Ogos 2009

Ajaran agama mesti diasuh dari kecil.... .... ....


Hari kedua dah ramadhan ni. Kejap je pejam celik, pejam celik dah 24 jam berlalu. Hari ni anak aku yang kelapan pula bangun bersahur.Umur yg ni lima tahun(tudung merah). Semalam dia demam..... tapi bila tengok kakaknya dapat air kotak besar semalam semangatnya dah jadi lain ......waktu bersahur tadi habis digomolnya ayam seketul dan nasi suku pinggan....

Kita tengok sampai jam berapa dia dapat bertahan....

Apa pun sepatutnya hari ni kita dah dapat baca 2 juzuk dari alquran. Bukan payah pun bacalah 2 helai sekali waktu solat...insyaAllah sehari selesai satu juzuk....... jumpa lagi dan selamat berpuasa.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Anak kecil berpuasa ....anak-anak besar bagaimana?


Ini anak aku yang ketujuh. Usianya hampir enam tahun. Pengalaman pertama berpuasa. Semangat betul bangun bersahur jam 5 pagi tadi. Sekali kejut je. Jam 3 petang aku call ....kakak dah makan ke? jawabnya mane boleh belum maghrib lagi...... ok.ok.....yang pasti aku kena belikan aiskerim lepas berbuka nanti.

Kesilapan yang dilakukan oleh orang yang berpuasa ..........

sambungan semalam.....

5. Setengah imam menunaikan solat tarawih dengan CEPAT-LAJU tanpa tomakninah. . وقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للذي لم يطمئن في صلاته ارجع فصل فإنك لم تصل (متفق عليه). وأسوأ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته فلا يتم ركوعها ولا سجودها ولا القراءة فيها . والصلاة مكيال فمن وفى وفي له ومن طفف فويل للمطففين
6.Meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa (المفطرات الحسية ) TETAPI tidak meninggalkan perkara yang membatalkan pahala puasa (المفطرات المعنوية ).

7. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

8. المصيبة العظمى Tidak mengutamakan solat Subuh berjamaah kerana TIDUR SEDAP tidak sebagaimana Terawih.


9. Mempercepatkan makan sahur sebelum waktunya iaitu makan lewat malam.

10. Malas dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.



Jumaat, 21 Ogos 2009

Kesilapan yang dilakukan oleh orang yang berpuasa ..........

•Sabda Nabi saw,
عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه
[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ].

Berikut dipaparkan tulisan من رسالة تذكرة الصوم لعبد الله بن صالح القص yang menyebut di antara kesilapan-kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang berpuasa dan beribadat di bulan puasa;

1.Tidak mengetahui hukum hakam puasa dan tidak bertanya. وقد قال الله تعالى: فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ وقال عليه الصلاة والسلام :من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين متفق عليه.

2. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.

3. Bertaubat, bersolat dan berpuasa hanya di bulan Ramadhan. LEBIH MALANG bila ada yang berpuasa tetapi TIDAK SOLAT.

4. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).


bersambung.................

Khamis, 20 Ogos 2009

.........bila keindahan alam sekitar terus dirobek

Ingatlah anak cucu weh........ tempat tinggal kita jadi bandar belake doh..... nak cari makan pun susah ni.

Rabu, 19 Ogos 2009

ingat kapalterbang ayah mu ke?

Apahal sampai tertinggal ni? Oiiiiiii pilot tunggu....... mu ingat aku tak beli tiket ke?

Isnin, 17 Ogos 2009

Tok Guru hadiah banglow sutir.




Kerajaan kelantan sebuah kerajaan yang miskin. Ramai rakyatnya berhijrah mencari rezeki merata tempat dibumi malaysia ini. Pelbagai gambaran dilontar pada negeri kelantan.

Mundur , termiskin , rakyatnya menolak pembangunan.... ntah apa-apa lagi yang banyak terpampang didada akhbar.

Hari ini kerajaan kelantan menghadiahkan sebuah banglow berharga kalau tak silap bacaan aku tadi bernilai SERATUS TIGA PULUH RIBU ringgit.

Untuk siapa hadiah tersebut tu ya......... untuk pelajar cemerlang SPM adik Madihah.

Ni aku letak gambar banglow barunya. Syabas Tok Guru kerana menunaikan janji. Dan memang aku percaya tok guru confirm akan tunaikan janjinya. dan adik madihah pun memang selayaknya untuk menerima anugerah tersebut.

Tahniah juga pada anak syarikat PKINK kerana berjaya menunaikan tanggungjawab sosialnya itu disamping beberapa syarikat lain yang turut menyumbang.

Rabu, 12 Ogos 2009

Kalau rasa nak baca..... baca.

Maaf ya tulisan aku ni membebel sikit kali ni. Nak baca - bacalah . Tak nak pun tak apa.

Kita kena tahu dan melihat sejarah kerana ia penting untuk dijadikan panduan. Aku nak kutuk orang yahudi.... maafla kalau ada orang yahudi terbaca.

Cuba kita lihat dan baca sejarah puak yahudi ni. Kita lihat penyakit yang menimpa yahudi dizaman dulu.Penyakit yahudi dulu sekarang terjangkit pula kepada kita orang Islam. Bukan H satu dan N satu je boleh berjangkit.

Penyakit apa yang orang yahudi alami? Ia itu penyakit beriman dengan sebahagian taurat dan kufur dengan sebahagiannya. Taurat janganla tak tahu pula. Taurat ni kitab suci orang Yahudi. Jangan la sampai tak tahu pula selain quran ada beberapa lagi kitab suci seperti taurat, injil dan zabur.

Maka penyakit beriman separuh dengan alquran dan kufur separuh lagi tu telah berjangkit pula pada kita ummat Islam.

Kenapa aku kata begitu? Kerana sekarang kita hanya percaya hukum-hukum alquran dalam perkara-perkara sembahyang,puasa,zakat,haji,perkahwinan,pesaka dan wakaf tetapi tidak percaya dan tidak beramal dengan hukum mengenai jenayah,pemerintahan negara dan kehidupan.

Dalam masa yang sama kita solat, buat haji dan umrah dengan begitu banyak, tetapi dalam masa yang kita menolak hukum Allah dalam kehidupan kita.

Maka adakah Allah itu tuhan semasa solat dan tuhan ketika kita berada diMekah sahaja? Sedangkan diwaktu lain dalam kehidupan Allah tidak lagi menjadi tuhan.

Penyakit yang pernah menimpa orang-orang yahudi yang kini menimpa umat islam pula ialah
penyakit rasuah.... melantik orang yang rasuah sebagai pemimpin. Ketua yang dapat memberikan harta dan benda itulah yang dilantik sebagai pemimpin. Manakala pemimpin yang tidak mengikut selera mereka dibunuh dan disembelih.

Marilah ketika kita menghampiri bulan Ramadhan ini melihat kedalam diri kita adakah penyakit ini juga sedang menimpa umat islam? Sesungguhnya penyakit ini sedang menimpa kita maka kita kini dilanda oleh penyakit keruntuhan akhlak, kelemahan iman yang sangat jelas.

Tidak terlewat lagi untuk kita membina harga diri kita dengan taqwa, iman dan ilmu islam supaya kita menjadi orang islam yang sebenar. Orang islam yang mempunyai ketahanan iman dan akhlak dan mempunyai kekebalan diri dalam menghadapi cabaran yang datang dari seluruh pelusuk dunia yang sedang menggoda dan menganggu umat islam supaya menyeleweng dari agama kita.

Selasa, 11 Ogos 2009

Catatan pagi..............

Manusia hari ini sedang mengalami krisis nilai. Berdepan dengan masalah harga diri kerana sebahagian besar manusia diatas mukabumi ini menganut ajaran-ajaran yang bertuhankan kepada benda, dimana benda menjadi berhala baru yang disembah manusia.

Kalau zaman jahiliyyah sembahan-sembahan bernama allatta dan aluzza.....yang jelasnya patung tetapi sembahan manusia dalam dunia moden lebih dasyat dari itu.

Hari ini manusia berkiblat dan bertuhankan kepada benda,wang ringgit, kesenangan, kemewahan sehingga meninggalkan hukum halal dan haram. Hukum suruhan dan larangan Allah dipermainkan walaupun masih mengaku diri sebagai pengikut agama Allah.

Barangkali kedatangan pelbagai penyakit, masalah sosial yang meruncing memerlukan kita manusia untuk kembali dan tunduk kepada arahan penciptanya. Kita wajib bersedia menurut perintah illahi sepenuhnya bukan sekadar berkata saya yang menurut perintah.

Adakah kini telah berlaku apa yang disebut oleh Rasulullah saw dalam satu hadisnya bermaksud:

"Bersegeralah mengerjakan amal-amal Islam (yang menyelamatkan kamu) sebelum datang kepada kamu suatu bencana seperti berada dimalam yang gelap gelita. Seorang diwaktu pagi mengaku beriman, diwaktu petang menjadi kafir. Diwaktu petang mengaku beriman , diwaktu pagi mengaku kafir.Puncanya ialah kerana mereka menjual agama dengan harta dunia yang terlalu murah".

Selamat datang Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.

Isnin, 10 Ogos 2009

Welcome Ramadhan

Bulan Ramadhan tinggal tak berapa hari lagi. Sekejap je ya setahun ke setahun. Maknanya umur kita pun makin meningkat. Meningkat maknanya tahun lepas 40 maka tahun ni confirm 41 la.Jangan nak mengada-gada pula beritahu orang umur baru 28.

Dengan ketibaan Ramadhan almubarak, kita sebenarnya menjadi tetamu Allah swt. Jadi apa nak ditakutkan..... tetamu maknanya kita dihidangkan oleh Allah dengan makanan-makanan rohani dan jasmani.

Bulan puasa ni adalah bulan mendidik dan mengajar kita untuk membangunkan diri kita sebagai manusia yang sebenar. Jangan asyik fikir tentang pembangunan sahaja hingga lupa nak bangunkan diri sendiri.

Kita adalah manusia bukan malaikat. Kita juga bukan manusia binatang dan bukan manusia kayu dan batu tetapi manusia yang mempunyai sifat-sifat kemanusiaan yang telah ditetapkan oleh Allah swt..

Dengan makanan jasad dan roh ia akan menjadikan kita benar-benar sebagai hambanya yang dapat menunaikan segala arahan dan perintahnya .

Ramadhan sebenarnya mengajar kita menjadi manusia tulin dan membangunkan diri menjadi manusia yang berharga, manusia yang mempunyai harga diri disisi Allah swt. Tuhan yang mencipta dan menjadikan alam ini.

Allah telah tentukan bahawa harga diri manusia bukan dengan wang ringgit,bukan dengan pangkat kebesaran,bukan dengan warna kulit dan bukan dengan bangsa keturunan.

Semua ukuran tadi hanya layak untuk binatang,kayu ,batu dan bahan galian serta benda-benda lain.Ukuran harga diri manusia disisi Allah ialah sebagaimana yang telah diputuskan dalam kitab sucinya yang bermaksud :

Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal kenalan antara satu sama lain . Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah yang paling bertaqwa kepadanya(Allah) - alhujurat ayat 13.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Duriangggg

Musim durian sudah sampai ke penghujungnya. Aku sempat juga membeli durian dengan harga seringgit sebiji. Kebetulan waktu aku sampai acara lelong melelong bermula.

Durian ni memanglah buah yang hebat. Raja segala buah.Macam Shah Iran raja segala raja.Megah dan sombong. Maklumlah dikelilingi dengan pagar duri. Baunya pula tak tertanding oleh segala perfume yang ada dimarket.

Bau perfume 'Dunhill desire blue' harga 99rm..........sebotol 100ml
Bau dari jenama 'Boss no.6'........................
Bau dari jenama 'Dior Addict' for women ........
Bau dari jenama 'Polo Black' ...........sebotol 98rm.....


Semuanya dikalahkan oleh bau dari jenama DURIAN........raja memang pakai perfume tersohor.


Kalau durian terhempap atas kepala alamat tak lamalah orang tu hidup dibumi ni.....
Durinya mencucuk semua urat saraf kepala......kalau hidup mungkin gila, mungkin gila babi seumur hidup cuma taklah sampai dapat selsema babi.

Tapi disebalik keegoannya bila isinya dikeluarkan dari kulit barulah nampak kelemahannya.
Isinya dibuat tempoyak....ditenyeh lumat-lumat, digaramkan, dilenyek dengan ciliapi....pedas tak terkira.

Bila isinya dikeluarkan ia hilang segala kuasa. Tiada lagi pelindungnya...tiada kuasa lagi.Hanya tinggal nama.... orang sudah tak gerun padanya lagi.

Isi yang elok terus dimakan. Isi yang kurang elok di I.S.A kan didalam botol untuk berbulan malah bertahun lamanya......

Lalat

Waktu aku makan nasi lepas jumaat tadi seekor lalat hinggap digelas air ku.

Aku tengok lalat tu dan aku rasa tak bimbang lagi padanya...... lalat dah tak bahaya lagi kini....

Orang duk kecoh pasal kuman babi kini...... H satu N satu. Kematian dah makin meningkat. Lalat, nyamuk, tikus dah tak bahaya lagi.

Kuman babi ni pula cerdik dari kuman bawaan lalat, tikus dan nyamuk.Kuman babi ni menyerang IPT. Kolej jururawat pun diserang. Lebih hebat lagi universiti pertahanan kat sungai besi pun tewas. Sungai saja namanya besi....tak kuat manapun .Tiada ketahanan diri.Tu belum perang lagi.

Tapi aku sebenarnya nak tulis tentang lalat. Lalat ni kejadiannya hebat. Allah jadikannya kecil je. Kalau tiada lalat orang kena bunuh dihumban jauh kehutan pasti tak akan ditemui lagi. Tapi lalat sejauhmana pun ada bangkai ia tetap ada. Ia lebih cepat dari polis. Lebih laju dari ambulan.Tak payah call pun JPAM/

Allah jadikan ia kecil. Terbang merata. Bayangkan kalau lalat ni bersaiz sebesar lembu macam mana ia? Dengan mukanya yg menakutkan , terbang pula tu, sekali langgar orang dengan sayapnya .......tunggang langgang dunia ni.

Tapi Allah maha adil dan penciptaannya pula maha hebat. Mengapa kita manusia tidak mahu berfikir tentangnya dan mengikut ajarannya tanpa banyak soal. Kalau dah dikata arak, judi tu perkara yg memudaratkan ikut sajala........kalau nak selamat dunia dan akhirat.

Selasa, 4 Ogos 2009

Jangan lari anda telah dikepung!


Kalau engkau jadi polis topi merah ni apa yang kau kata!


Sila tulis apa yang ada dalam kepala tu.

Ahad, 2 Ogos 2009

Polis.... dari alam fantasi kealam realiti......





Setakat menjalani latihan mencegah rusuhan yang dijalani oleh para anggota polis aku rasa tidak
mencukupi bagi mereka menimba ilmu sebenar.


............menjalani latihan sesama mereka lagilah tak penuh ilmu didada.


............seperti juga orang yang bersilat......berlatih sesama sendiri dah tahu buah apa nak dibuat masing-masing pandailah bersedia.


...........jadi semalam1 ogos adalah latihan sebenar bagi anggota dan para pegawai pencegah rusuhan PDRM.Pelbagai ilmu dapat diperturunkan. Pelbagai strategi dirangka bagi menghalang para pendemo berarak. Kering otak diperah....berkartun rokok dihisap......mencari idea.Peluru tak sia-sia ditabur.

...........apa pun aku rasa pihak atasan PDRM perlu mengucapkan ribuan terima kasih pada para pendemo semalam diatas kesediaan mereka menjadi bahan latihan sebenar buat PDRM. Tak salah pun kalau ucapan tersebut diberikan. Yang sudah-sudahlah.......yang ditangkap pun dah ramai..........

Sabtu, 1 Ogos 2009

Lawan tetap lawan

01 August 2009

Penyokong Anti ISA Hampir 20 Ribu, Rempuh Polis

Albanjari - DSAI, Sivakumar..dan pimpinan lain kini sedang mengetuai konvoi ke istana...tunggu kemunculan Mat Sabu..yaa..dari mana penjuru, belum siap tahu !!

10,000 gathered at Dang Wangi junction
- Malaysiakini

2.33pm
Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

Dari Wak Albanjari - anggaran demonstrator mencecah
hampir 20 ke 25 ribu..

Ratusan rakyat sudah ditangkap....

FRU Bentuk Benteng Tahan Orang-Ramai



GMI Arah Aktivis ISA Ke Sogo


Gerakan Mansuhkan ISA mengeluarkan arahan supaya semua aktivis anti-ISA bergerak ke Sogo.

Melihat kebanjiran orang-ramai menuju Himpunan Mansuhkan ISA, kerajaan mengarahkan Unit Simpanan Persekutuan membentuk halangan merintangi laluan utama Sogo menuju Dataran Merdeka.

Sementara itu, 9 orang ditahan termasuk dua pengunjung kedai makan. Kedai-kedai berhampiran Sogo telah ditutup. Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di ruang udara.

Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin tiba di Sogo, manakala Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne dan Ahli Parlimen Kapar S Manickavasagam tiba di Masjid Jamek.

Aktivis GMI Norlaila Othman, yang juga isteri kepada tahanan ISA, Mat Sah, telah ditahan polis.




1 ogos dah tiba............

Salam pada semua penyokong mansuhkan ISA. Bangun, bangun semua pergi ambil sedikit senaman supaya badan anda cergas.

Hari yang ditunggu dah tiba.......
Ingat tu diposisi mana anda harus berada. Sogo , masjid jamek @ masjid negara.

Nak sampai KL berapa banyak sekatan jalanraya daaaaaa...........

Cubaaaaaannnnn......

Polis ramai tu tak payah pergi.....

Cubaaaannnnnnnnn......


Nanti kena gas tuuuu.....












Cubaaaannnnnn.............


Sudah 49 tahun akta ini dikuatkuasa. Cukup, cukuplah derita yang harus dibayar oleh para tahanan,keluarga mereka dan siapa saja yang terlibat.


SERUAN TOK GURU


"SAYA MINTA SEMUA SEBANYAK MANA YANG BOLEH PERGI KENA PERGI. TANGKAP MANUSIA DENGAN TIADA PERBICARAAN ITU KESILAPAN DAN KITA SEBAGAI MANUSIA MEMBETULKAN KESILAPAN UMNO YANG MENZALIMI RAKYAT"