Pengikut

Isnin, 13 Jun 2011

Tok Guru.....

Selesai sudah pertandingan akhir piala FA antara Kelantan dan Terengganu semalam.Pemenangnya pun sudah kita maklumi.

Itulah bola yang sifatnya bulat. Kalau pada adatnya hanya saat sahaja yang memisahkan Kelantan untuk bergelar juara.

Apa yang aku ingin coretkan ialah mengenai kesediaan kerajaan Kelantan memberikan cuti semalam pada penduduknya samada mereka menang atau kalah. Nampak simple sahaja arahan tersebut.

Apa yang berlaku pada Terengganu yang jadi juara ? Mungkin Terengganu mempunyai perkiraan lain dalam soal cuti ini . Tetapi yang nyata semalam banyaknya sijil-sijil sakit palsu telah dikeluarkan.

Bayangkan jam berapa para peminat ini dapat keluar dari Bukit Jalil. Jam 2 petang semalam masih banyak lagi bas yang baru tiba membawa para penyokongnya.

Kalaulah semua ini diambil kira , soal keselamatan diperjalanan, amanah dalam pekerjaan langkah kerajaan Tok Guru adalah lebih bijak.

3 ulasan:

  1. Masing2 ada alasan tersendiri...

    BalasPadam
  2. SALAM,
    TAK TAHU NAK KATA ! ADA BAIKNYA, ADA TIDAKNYA ! KENA BINCANG PERKARA INI !

    BalasPadam
  3. Pagi itu di Paka 'meriah' dgn para penyokong yang baru balik dari KL ..

    BalasPadam