Muaz,.. kini berusia tiga tahun
dialah yang terbongsu setakat ini,
dari jumlah keseluruhan anak ku seramai sembilan orang SAHAJA.
semua benda yang aku pakai semasa aktiviti berbasikal ku,
semuanya hendak dibeli,
sarung tangan aku beli, dia nak beli,
cermin mata aku satu, dia satu,
kasut dia sepasang aku pun sepasang,
helmet ... pun dia nak juga,
suatu hari dia beritahu aku,
ayah, basikal muaz ni dah tak muat,
ada kamu faham maksudnya tu?
sudah tentu dia mahukan basikal baru,
fixie memang kegilaannya,
tapi mana ada fixie yang seusianya,
bila dibawa ke kedai basikal ,
dia sudah jadi rambang matanya,
sekejap nak yang tu.
anak bapak.
selamat bergohek wahai muaz ku.