Pengikut

Isnin, 25 Jun 2012

ke kuala besut


Jumaat baru-baru ini saya dan isteri mengunjungi Kg. Kuala Besut , Terengganu. Di sinilah biasanya para pelancung berkumpul sebelum menaiki bot ke Pulau Perhentian. Istimewanya Kuala Besut ini ialah kerana ia mempunyai Pasar Minggu yang terbesar.



Saya tiba lebih dahulu dari para penjual.
Saya bertolak dari Kuala Terengganu jam 6 pagi.
Hampir satu jam setengah perjalanan kami  tiba di sini.
Para peniaga  masih sibuk   mendirikan khemah untuk memulakan perniagaan.




Deretan khemah sedang didirikan.



Apa yang tidak dijual di sini, semua ada. Boleh rambang mata jadinya.



Buah-buahan tempatan yang masih segar. Gigih sungguh makcik ini berniaga.






Ini MEM  besar saya sudah memulakan tugasnya.
Bertuahnya penjual ini kerana menerima pelanggan pertamanya.


beli, beli jangan tak beli, murah, murah  ni bang.




apa yang duk tengok tu, bayar je lah.




ini barang bundle, masih cantik lagi kain selimut, cadar yang dijual.







ikan masin....
ubat untuk darah tinggi.




kueh mueh tradisional.






buah salak kampung,
pakcik ini menanamnya  sendiri

Silalah berkunjung ke sini jika melancung ke Terengganu.

Sabtu, 23 Jun 2012

Khamis, 21 Jun 2012

ustaz kata 10

tazkirah yang sempat masuk benakku pagi ni,

ada satu keluarga mempunyai empat  orang anak,
tiga anaknya jadi doktor,
seorang hanya jadi kerani cabuk,
ayahnya pernah bersungut dan mengeluar perkataan bodoh pada anaknya si kerani ini,

suatu ketika ayah ini kena stroke,
datang anak doktor pertama ... bagi ubat balik, kerana sibuk,
anak kedua datang cucuk ... balik .. sibuk,
datang doktor anak ketiganya ... bagi ubat ... balik, pun sibuk.

hanya anak yg kerani cabuk inilah,
yang mandikannya,
yang urus makan minumnya,
basuh pakainnya,
dan tidur di tepi katilnya.

Isnin, 18 Jun 2012

Jerman makin garang

Bola,bola, bola,
bola,bola juga,

janganlah sampai solat subuh tertendang dalam gol.

Tahniah Jerman,
pasukan ku,
menewaskan Denmark dua satu pagi tadi.

Lukas Podolski dan Lars Bender yang menjaringkan gol tadi.
tabik sama kamu JERMAN

Rabu, 13 Jun 2012

ustaz kata 9

Assalamualaikum,
Musim orang tengok bola sampai pagi.
Sudah tentu tidur lewat maka solat subuh pun terlewatlah.

Ada orang guna pakai istilah subuh gajah.
Gajah pun sebelum subuh sudah bangun mencari rezeki.

Solat ini memang  satu perkara yang sukar hendak dilakukan.
Pelbagai alasan diberikan.
Baju kotorlah, tak selesalah kalau tak mandi,.. dan entah apa-apa lagi.

Untuk anak-anakku ini pesan aku.
Solat itu adalah tiang agama.
Kalau tiang rosak , maka rosaklah satu-satu bangunan.
Janganlah kita termasuk dalam kelompok yang merosakkan bangunan.
Bila bangunan runtuh sukar hendak dibaik pulih semula.
Ratusan juta ringgit diperlukan.

Solat adalah amal yang paling mudah sekali diperintah Allah.
Solat tak perlukan wang ringgit yang banyak.
Tak perlu masa yang panjang.
Tak perlu pakaian khusus, syaratnya biar menutup aurat.

Kalau nak dibanding dengan puasa, sebulan waktunya.
Nak banding dengan ibadat haji setidaknya empat puloh hari.
Ibadat haji kena ada wang.


Maka ... solatlah wahai anak-anakku .
Gunalah masa muda ini sebaik-baiknya.


Rabu, 6 Jun 2012

kata ustaz 8

bersyukurlah kita ada anak,
kerana ramai lagi orang yang tiada anak.