Pengikut

Sabtu, 24 Oktober 2009

Terengganu dua Selangor satu...... malam ini.

Banyak perkara menarik sepanjang minggu ini. Tak tahu aku hendak mulai menulis mengenai apa.Politik, ekonomi,sosial semuanya ada dan menarik perhatian.

Kes sidang DUN Perak pada 28 oktober ini tak kurang gemparnya. Perbicaraan dua ADUN yang dituduh menerima sogokan rasuah sedang berjalan.

Perbicaraan saman malu Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap mantan PM Tun Mahathir sudah berlalu. Mahkamah telah menolaknya kerana menggunakan bahasa inggeris dalam memorendum rayuan tersebut.

Dalam PAS pula berlaku pertelingkahan baru. Ada cadangan diadakan EGM macam MCA. Apa sebenarnya sedang berlaku ni?

Dan perhimpunan agong UMNO pun baru berlalu. Berdayakah UMNO untuk memerangi rasuah yang sudah berakar umbi dalam parti itu?

Juga tak kurang menarik sejadah berdiri dibeberapa buah masjid dan sekolah dalam tanahair kita.

Perbahasan rang undang-undang mengenai anggota tentera yang menerima pingat keberanian untuk kenaikan elaun menarik juga. Bagus juga diberikan kenaikan manalah cukup kalau sekadar empat ratus ringgit sahaja. Peluru yang melekat dibadan, kaki yang terpaksa dipotong dengan elaun yang sangat rendah itu menjadikan bekas anggota keselamatan kita seolah-olah tiada nilai dalam masyarakat. Mereka berjuang suatu ketika dulu menentang komunis demi keselamatan kita semua. Kalau dapat seribu dua sebulan berbaloilah juga.

Kelmarin pembentangan bajet 2010 oleh YAB PM. Cukai rokok dan arak tak dinaikkan. Apa pasal tak naik niiii...... !!!!!!!!! Bergembiralah kamu wahai kaki - kaki mabuk.

Dan hari ini perlawanan suku akhir kedua piala malaysia bermula antara Selangor dan negeri aku Terengganu. Tiket sudah habis dijual .... tempat perlawanan ialah distadium lama. Maklumlah stadium baru yang runtuh itu masih tersadai bagai bangkai busuk. Apapun aku yakin Terengganu akan menang. Maafkan aku TanSri Khalid ......


Team Terengganu bersama YAB MB Terengganu

Semoga pasukan bolasepak Terengganu dapat mengulangi kejayaan seperti zaman Tuan Guru Haji Hadi menjadi Menteri Besar ketika itu. Hadiah lot tanah kepada para pemain dan jurulatih Mat Zain Mat Aris masih segar dalam ingatan. Untuk perlawanan malam ini Selangor akan tersungkur ditangan terengganu dua gol berbalas satu.

9 ulasan:

  1. hu3...xtw nak s0k0ng mana 1..selang0r ke terengganu....

    BalasPadam
  2. harus ada bunga api nak main bola.
    erkkk...xyah ahh.
    Nanti isu plak.

    BalasPadam
  3. Bro.4 anis & ahmad :
    jangan boooo gitu maroh sisabil ni.

    BalasPadam
  4. GOOOOLLLL.... ggooooooooooooooooooooooooooollll... gooolll... gooll.. Google.. heh..!!

    BalasPadam
  5. yohteh: kalu selangor menang mampussss aku.

    BalasPadam
  6. sharamli : sokonglah terengganung.....

    cikcookie : bunga api benda pulok orang nok main bola ni..... dog abih-abih dengan bunga api.

    BalasPadam
  7. salam....tuan,

    tahniah pada tuan, Terenggnu menang bergaya 5-4 dalam sepakan Penalti malam tadi..

    Ganggu memng hebat..kawe tabik.!

    BalasPadam
  8. anak laut ;
    mungkin terengganu jumpa kelate akhir kut.

    BalasPadam