Pengikut

Rabu, 16 Disember 2009

wanita yang baik untuk ..........

Alhamdulillah ada kekuatan hari ini untuk mencoret sesuatu. Mungkin faktor perubahan cuaca musim tengkujuh memberi kesan juga pada kesihatan kita. Rasa seperti nak demam, nafas tersekat, hidung tersumbat menyebabkan rasa tak selesa.

Terbaca suatu hadis nabi yang diriwayat dari Ahmad,Muslim dan Abi hurairah r.a .

"Janganlah seorang lelaki yang beriman benci pada seorang wanita yang beriman, kerana jika ada pada wanita perangai yang dia benci, tentu ada pula perangai yang dia suka".

Bukankah kita semua maklum bahawa wanita sifatnya penuh cinta berahi. Hidupnya mendambakan cinta. Sebab itu kita banyak melihat dan membaca kisah bagaimana wanita mudah terpedaya dan jadi rosak akibat cinta.

Mudah diperdaya sampai boleh lari bersama kekasihnya hingga ke Lombok. Mudah menyerah sampai termengandung. Itulah bahana cinta.

Wanita menjadi rosak dan curang pun kerana cinta. Tapi harus diingat bahawa sesiapa lelaki yang dicintai oleh seorang wanita itulah yang boleh menjadikan wanita itu baik dengan syarat lelaki itu tahu cara mencintai wanita itu secara umum dan secara khusus. Bagi setiap kebaikan dan kejahatan wanita , lelakilah yang memainkan peranannya..

Tapi ingatlah bahawa semua sifat wanita yang dianggap buruk itu kepada anda bukanlah melambangkan sifat wanita itu keseluruhannya. Masih ada kebaikan pada wanita itu. Mungkin ia jadi begitu kerana layanan anda terhadapnya.

Cara dia melayani anda sebenarnya bergantung bagaimana cara anda melayaninya. Maka layanilah dia dengan baik agar dia baik pula terhadap anda.

Bila dikaji dan diteliti bentuk kejahatan wanita hanya beberapa kajahatan saja pada dasarnya tidak boleh dimaaf dan diampun iaitu kufur,derhaka dan curang.. Ini memberi anda signal untuk berpisah darinya. Yang lain-lain itu sebenarnya masih subjektif kepada peranan anda ketika bersamanya.

Betulke kalau kesimpulannya lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik.

14 ulasan:

  1. Wanita yang baik untuk...saya ..sebab saya pun baik juge..

    BalasPadam
  2. 90% Cik Cookie percaya wanita yg baik adalah untuk lelaki yang baik.
    harap Cik Cookie tergolong dalam wanita yang baik
    sipi2 pun jdlaa

    BalasPadam
  3. kalau nak suami/isteri yg baik..kita perlu la juga menjadi baik.

    BalasPadam
  4. Salam. Saya lebih suka menyatakan bahawa "lelaki yang beriman dan bertakwa adalah untuk wanita yang beriman dan bertakwa, begitulah sebaliknya". Makna perkataan baik dalam konteks agama adalah sangat longgar. Wallahualam.

    BalasPadam
  5. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.. mungkin ada kebenarannya. Tapi hidup kita ni kan penuh dengan dugaan. Ada juga suami diduga olehnya dengan isteri yang negatif perangainya.

    Begitu juga sebaliknya. Namun setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Suami isteri saling lengkap melengkapi. Apa-apa kebaikan yang ada pada suami, mungkin tiada pada isteri, kerana itu dia wajib lengkapkan isterinya dengan apa yang dia ada....

    BalasPadam
  6. Salam Abu Muaz,

    Adakalanya kita lupa bahawa Allah menghendaki lelaki yang dipanggil imam atau pemimpin memimpin wanita; Allah dah naikkan taraf wanita sehingga surah an-Nisa' dan surah at-Talaq diturunkan sebagai panduan utk menaikkan taraf wanita dan supaya wanita tidak dizalimi. Allah juga menyatakan tujuan perkahwinan adalah untuk mendapatkan sakinah, mawaddah dan rahmah.. jadi nak jawab benarkah lelaki baik untuk wanita yang baik pada pendapat kak benar juga dan untuk wanita yang tak baik pun benar juga sbb sebagi pemimpin; lelaki perlu menjadikan wanita yg tak baik tu menjadi wanita baik. Jika dah baik alhamdulillah dapatlah sakinah mawaddah dan rahmah tu.. wallahua'lam.

    BalasPadam
  7. tapi kal0 laki yg baik untuk p0mpuna yg baik dan sebaliknya..alhamdulillah..

    tp kal0 laki yg xbaik untuk p0mpuan yg xbaik dan sebaliknya...sampai bila nak jadik xbaik..mesti la slh s0rang baik..untuk pimpin pasany=gangnya jadik baik..

    BalasPadam
  8. kesimpulan tu betul gak.. mmg yg baik utk yg baik, tapi bleh gak kan kalo mngahwini yg tak baik tu utk mnjadikan dia baik.. erk.. betul ke

    BalasPadam
  9. oh!saya juga yakin bahawa perempuan yg baik utk lelaki yg baik...baik mcmana?Allah lebih tahu..

    BalasPadam
  10. Lelaki yang baik hendaklah membimbing wanita untuk kebaikan,

    BalasPadam
  11. salam,

    best baca n3 nih,
    betul betul betul
    wanita jadi baik kerana cinta lelaki
    juga wanita jadi jahat kerana cinta lelaki
    so, sebagai lelaki, jadilah pemimpin bagi wanita , bukan perosak

    wanita yang baik untuk...?
    saya juga konpius
    heeeeeeeeee

    BalasPadam
  12. salam....tuan abu muaz,


    ya benar tu, wanita yg baik untuk lelaki yg baik..:)))

    p/s: anaklaut sedang tunggu wanita yg baik tu tua..:))

    BalasPadam
  13. Salam Maal Hijrah buat tuan sekeluarga,
    moga di tahun baru ini tuan sekeluarga dirahmati Allah swt selalu..amin

    BalasPadam