marilah kita melihat satu ayat dari Al Quran , surah al-A'raf (157) , Allah menjelaskan ,
"Dan (Dia) menghalalkan bagi mereka segala yang baik serta mengharamkan bagi mereka segala yang keji".
ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa tersangat rugilah orang-orang yang bergelumang dengan maksiat.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mengharamkan rezeki ke atas seseorang yang melakukan maksiat.Dan tidak ada sesuatu yang mampu menolak takdir melainkan doa, dan tidak akan bertambah umur melainkan dengan melakukan kebaikan" .
dari Ahmad,anNasai dan ibnu Majah.
Demikian juga keadaannya dengan kota atau negeri yang penduduknya bergelumang dengan maksiat. Allah timpakan bala dengan menyempitkan pintu rezeki ke atas penduduknya .
banyaknya pintu maksiat yang dibuka menyebabkan timbullnya pelbagai kegelisahan yang menimpa masyarakat. kita merasakan kehidupan sekeliling sudah tidak selamat lagi.
pelbagai kejadian buruk berlaku......anak membunuh ibubapa,ibu membunuh anak,nenek diperkosa.
rezeki dikurniakan Allah ...... rezeki bukan sahaja berbentuk wang ringgit tetapi air hujan itu pun rezeki.....negeri menjadi kering kontang...air terpaksa dicatu...... sedangkan rezeki tersebut hanya akan diperolehi dengan melakukan banyak perkara kebaikan dan meninggalkan segala hal yang keji dan buruk.
patut bersyukur bila hujan..
BalasPadamini ada yg merungut bila panas terik..bila ujan p0n merungut..
salam,
BalasPadamkenapa kita dan ramai yang selalu kata kubur masing2, jangan jaga tepi kain orang dan macam2 istilah yang bermaksud jagan sibuk hal orang, kalau org tu buat jahat pun biarkan lah?
seperti yg kita tahu dan ayat diatas juga menyatakan kalau bala datang bukan org2 yg tertentu yang kena, tapi semua penduduk setempat.
wallahhualam....
Depa nampak RM je sebagai rezeki...
BalasPadamWal hal yg dok tengah bernyawa tu pun dikira rezeki lagi tu..
Kebaikan dan kejahatan satu erti yang berlawanan..Ada yang sudah lama berdiri diatas Fasa kebaikan ingin pergi pula ke Fasa Kejahatan..begitulah sebaliknya..ini akan berlaku bila jiwa akan mengalami masalah..
BalasPadamrelevan :doakanlah semoga akhir hidup ini banyak dihabiskan untuk kebaikan
BalasPadamsalam abu muaz. semua yang dikatakan itu benar belaka, tidak ada yang tidak benar melainkan semuanya benar belaka.
BalasPadam