Pengikut

Jumaat, 2 April 2010

khasiat tamar vs khasiat rokok

buah tamar atau kita panggil kurma, merupakan buah yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Ia adalah makanan penting bagi nabi dan para ahli keluarganya.

Aisyah pernah berkata: "Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada hanyalah buah tamar dan air.Melainkan diberikan kepada kami sedikit daging".

orang kita pula memakan buah tamar ini ketika tibanya bulan Ramadhan. anak-anak pula kalau tak dididik untuk berbuka dengan tamar sukar juga untuk berbuat demikian... maklumlah anak -anak zaman KFC dan MD ni.

dalam satu kajian bertajuk The fruit Of The Date palm:Its Possible Use As The Best Food For The Future, buah tamar boleh menjadi makanan yang ideal pada masa hadapan.

apa kandungan yang ada dalam buah tamar ini?
ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral,
kaya dengan vitamin,
kadar kabohidrat yang tinggi iaitu 44-88%,
kadar lemak antara 0.2-0.5%
minyak antara 0.2-0.5%

protein buah tamar dibina daripada 23 jenis asid amino.
pelbagai mineral terkandung dalam buah tamar ini.
Ada fluorin yang dapat membantu meningkatkan kesihatan gigi.
ia juga mengandungi selenium, sejenia bahan mampu cegah kanser.

gula yang terdapat dalam tamar dikenali sebagai inverts sugars dan antara kelebihannya adalah ia diserap masuk ke badan tanpa melalui proses penghadaman seperti yang terpaksa dilalui oleh gula jenis lain.

kadar magnesiumnya sangat tinggi dan mampu mencegah kanser...sebab itulah penduduk di kawasan sahara jarang dihinggapi kanser kerana mereka banyak makan tamar.

maka hebat sungguh nabi kita Muhammad s.a.w.... yang datang mengajar kepada kita dengan pelbagai ilmu .

bagaimana kalau kita bandingkan khasiat tamar dengan khasiat yang terdapat dalam rokok !!!!!

8 ulasan:

  1. semua benda ade kebaikan dan keburukan...pilih le mengikut selera....

    BalasPadam
  2. salam,
    betul, kita diajar makan kurma hanya bulan ramadhan atau ketika nak buka puasa sahaja..

    kena tanya org yg isap roko apa khasiat dia sebab , ramai org islam malah yg ngaku alim pun merokok.
    wallahhualam...

    BalasPadam
  3. salam....tuan abu muaz,


    Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah..

    memang sangat berkhasiat......tq singgah tinggalkan ulasan di blog saya,,

    BalasPadam
  4. mmg byk khasiat, kekadang sy mkn smpai ngilu2 gigi hehe

    BalasPadam
  5. Dulu semasa merokok ..bila berbuka puasa dengan buah kurma terus hisap rokok sampai 6 batang..pas tu rasa macam nak tumbang..

    BalasPadam
  6. Assalamu'alaikum,

    Info ini benar... ramai yg membenarkan... tapi dek krn rokok, benar tak dihiraukan...

    BalasPadam
  7. Salam Abu Muaz

    Kurma dipercayai berasal daripada perkataan karim (mulia) atau dp kata dasar kaf ra' dan mim, kerana buah ini banyak manfaat. Kalorinya tinggi, mengenyangkan, buahnya ringan,mudah dipetik. Boleh dijadikan minuman yang lazat. Jadi buah ini sangat istimewa daripada sgl seginya

    BalasPadam
  8. Saya suka makan kurma ni. Salam kenal dari Jakarta.
    ALRIS
    http://alrisblog.wordpress.com

    BalasPadam