Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

Ahad, 30 Januari 2011

akan tiba juga waktunya nanti....

Waktu kita remaja semua ibu bapa mengharapkan...

anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran,
mempunyai pekerjaan yang baik,
berkenderaan hebat,
tempat tinggal yang kecil sedikit dari istana,
bersuami dato,
berbini besar,


adik-beradik berkerjaya,
semua tinggal di Putra jaya,

waktu ibubapa sihat semua gembira,
walaupun jarang-jarang telepon,
biarpun mempunyai telepon yang canggih manggih,

bila tiba waktu,
ibu atau bapa sakit,

maka timbullah ucapan,

kakak sibuk ni,
abang pun terpaksa ke Kucing ada meeting,
saya ada kelas ganti ni,
anak-anak ada tuisyen,

bila tiba saat begini,

alangkah untungnya kalau....
ada adik beradik kita yang tak belajar sampai ke universiti,
bolehlah diupah menengok emak di kampung,


cuma akan datang,
bagaimana pula dengan kita?
barangkali ke rumah orang-0rang tua juga kita nanti.

Rabu, 26 Januari 2011

Ghazi Adra..... seorang tua yang hebat.



bodohnya,
kalau aku yang jumpa,
kalau dia tak mahu berikanlah pada anak-anaknya,
lima puluh ribu us dollar tu,
banyaknya,

tolak rezeki betulah orang tua ni,
kalau aku yang jumpa,
nyanyuk barangkali ,

itulah pelbagai luahan yang mungkin timbul,

tahniah GHAZI ADRA 68 tahun,
kalau anda muslim ,
moga semua amal itu dapat membantu anda ketika berdepan dengan hari yang haru biru nanti,

tahniah, tahniah,
kerana anda tidak segila masyarakat aku ,
yang berebut-rebut mengutip wang syiling tempoh hari.

Jumaat, 21 Januari 2011

artis tanpa pakaian ......


pakaian dalam ,
pelbagai gincu,
artis berbikini,
syampoo,
puluhan haruman ketiak,
ratusan jenama minyak rambut,
pelbagai produk baru,

semua ada kini dalam masyarakat aku ,
di TV pun bukan ditapis-tapis lagi rancangannya,
pengacara TV pun semakin menampakkan kepala lutut mereka,
tudung di kepala pun sudah dibuang,

artis pun makin berani,
berbikini, berkemban trend terkini,

ialah ini zaman salam pun sudah bertukar,
salam satu malaysia lebih baik dari assalamualaikum,





satu hari akan tiba jua ,
artis kita tanpa pakaian,
kerana..... itu semua seni belaka,

Khamis, 20 Januari 2011

malam dan siang...



Kalaulah kita hanya mempunyai waktu siang.
Bolehkah kita tidur dengan nyenyak?
Kita juga tidak dapat melihat bulan dan bintang.
Yang semua itu hanya kelihatan di dalam kegelapan malam.

Begitu juga kalau kita sentiasa berada di dalam gelap.
Kita tidak akan melihat matahari, langit yang membiru.
Yang semua itu hanya akan kelihatan pada siang hari sahaja.
Kita hanya berehat di dalam gelap.

tetapi Allah telah menjadikan malam dan siang untuk memudahkan kita,
mengatur hidup kita dengan baik dan sempurna.

mohonlah darinya supaya kita termasuk dalam kelompok makhluk yang mensyukuri nikmat itu semua.

yang haram sebenarnya sedikit sahaja dari yang halal.

Rabu, 19 Januari 2011

sakit mental tu gilake???



membaca akhbar pun mungkin punca sakit mental,
apa tidaknya,

pagi-pagi lagi minda cergas kita sudah terganggu dengan berita-berita pelik dan ganjil,

mengapa bilangan orang sakit mental meningkat?

gaji rendah,
harga barang naik tiap hari,
minyak dua tiga hari sekali naik,
minyak masak, sekejap ada sekejap tak ada,
dulu gula begitu juga,
beratur panjang bagai pelarian di bumi sendiri,

yuran sekolah murah,
yuran PIBG entah apa-apa,
hari ini nak duit beli buku,
esok duit yuran koperasi,
lusa bayar duit sukan,
tulat belum tahu lagi,

pakai bikini di Malaysia ngak boleh,
di Bali tak mengapa,

isteri simbah asid pada suami,
ayah sembelih anak,
datuk dibunuh cucu,
majikan rogol amah,
amah rogol majikan,

anak berkemban,
ibu bertudung,

mana elok payu dara besar ke? payu dara kecil,

perdana menteri satu, perdana menteri dua,

gila ke sakit mental masyarakat aku ni?


Ahad, 16 Januari 2011

coli vs PM...



manusia kalau hidupnya dipenuhi dengan keganasan dan kejahatan,
maka dia berfikir orang lain pun jahat sama dengannya,

hidupnya penuh ketakutan,
zahir sahaja nampak dia ketawa dan gembira,


tidak seperti insan ini,
tidurnya lena,
bukan tiada ancaman pada diri mereka,


terima kasih Insan Marhean.....

Khamis, 13 Januari 2011

dua ratus ......

alhamdulillah,

aku sudah ada 200 pengikut sekarang.
sukanya aku,
sukanya aku,
blog hingusan dan picisan je blog aku ni.

orang lain ada ribuan pengikut tak segembira aku,


inilah pengikut ke 200 aku...http://nurilzaemily.blogspot.com/

tolonglah jadi pengikut dia... moga sidia ini makin bersemangat untuk berblog.

Rabu, 12 Januari 2011

Ber, ber, ber ......

bercium sudah,
berpeluk pun sudah

tapi bernikahnya belum pasti.


berbikini sudah,
berkemban pun sudah

menutup aurat yang belum lagi.

Jumaat, 7 Januari 2011

sudah pulang dari musafir...

Alhamdulillah , selamat kembali ke bumi bertuah Terengganu , DarulIman setelah meredah hujan dan angin kencang sepanjang perjalanan.

Terima kasih atas doa teman-teman maya.

Nanti kita cerita panjang-panjang, sudah hampir waktu solat jumaat sekarang.

Selasa, 4 Januari 2011

hargailah kurniaan illahi...

Kisah ini berlaku ketika siaran langsung piala AFF Suzuki baru-baru ini. Aku menonton siaran tersebut di kedai urut kaki.... orang panggil apa tu? reflexologi.

Bersama aku malam itu dua tukang urut yang cacat penglihatan. Kebetulan tiada pelanggan lain yang memasuki premis mereka. Mungkin semuanya sedang menonton siaran langsung ditempat masing-masing.


Aku sentiasa bersorak keseorangan bila melihat aksi-aksi menarik perlawanan itu hinggalah Safee Sali menjaringkan gol pertama.

Bersorak aku.... kegembiraan.
tiba-tiba seorang tukang urut yang cacat penglihatan itu bertanya, pakcik jaringan tu menarik ke? bola yang ditendang safee sebelah atas keatau meleret?

senyap seketika aku,
betapa nikmatnya aku masih dapat melihat hingga kini,
walaupun semakin dimamah usia,
tapi yang pasti nikmat yang aku perolehi itu tidak sama dengan mereka berdua.

syukur atas nikmat penglihatan yang engkau kurniakan ini .... ya Allah.


mulai pagi ini akan bermusafir lagi .... ke selatan dan tengah tanahair.
doakan semoga aku selamat dalam perjalanan.

Isnin, 3 Januari 2011

satu peratus rahmat.....

Pagi ini aku bangun awal ...... rasa sangat segar , alhamdulillah . Angin pula bertiup agak kencang tapi tiada hujan turun.

Semua itu adalah tanda kebesaran illahi .

Hari ini kita melihat betapa kesusahan hidup dialami oleh manusia. walaupun ada dikalangan manusia yang hidup mewah, kaya raya,senang, mempunyai kuasa namun hidup dipenuhi oleh keresahan, jenayah serta amalan yang jahat.

Kemewahan dan harta kebendaan melimpah ruah tidak memberi apa-apa makna . Seringkali diperdengarkan oleh para pemikir bagaimana hendak menyelesaikan segala masalah masyarakat yang merebak seperti pembunuhan, kekejaman sehingga manusia kini lebih ganas dan jahat dari binatang buas.


Disebut dalam hadis Qudsi iaitu Allah membahagikan nikmatnya kepada seratus bahagian. Satu bahagian diberi kepada makhluk di dunia ini, sembilan puluh sembilan bahagian lagi disimpan disisinya untuk dikurniakan kepada hamba-hambanya pada hari akhirat nanti.

Satu peratus daripada rahmat itulah menjadikan binatang yang buas tidak ganas terhadap anak-anaknya.

Hari ini hilangnya kasih sayang di dalam diri manusia sehingga menjadikan manusia itu lebih jahat dan ganas dari binatang.


Wahai anak-anak bangsaku yang mula bersekolah hari ini,
ambillah peluang rahmat satu peratus itu untuk menjadi manusia baik, hormati guru, ibubapa dan tidak meletakkan diri kamu dalam golongan pelajar yang ganas.

Selamat kembali ke sekolah dan selamat bertugas dengan penuh kasih sayang wahai para guru.




Ahad, 2 Januari 2011

dua haribulan dah...

sudah dua haribulan hari ni...
cepatnya masa berlalu,
aku rasa malas pula nak menulis,
orang lain bila tahun baru rajinnya,
banyak sangat cuti kot,
jadi begini.

kena tukar gear nampaknya.