Waktu kita remaja semua ibu bapa mengharapkan...
anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran,
mempunyai pekerjaan yang baik,
berkenderaan hebat,
tempat tinggal yang kecil sedikit dari istana,
bersuami dato,
berbini besar,
adik-beradik berkerjaya,
semua tinggal di Putra jaya,
waktu ibubapa sihat semua gembira,
walaupun jarang-jarang telepon,
biarpun mempunyai telepon yang canggih manggih,
bila tiba waktu,
ibu atau bapa sakit,
maka timbullah ucapan,
kakak sibuk ni,
abang pun terpaksa ke Kucing ada meeting,
saya ada kelas ganti ni,
anak-anak ada tuisyen,
bila tiba saat begini,
alangkah untungnya kalau....
ada adik beradik kita yang tak belajar sampai ke universiti,
bolehlah diupah menengok emak di kampung,
cuma akan datang,
bagaimana pula dengan kita?
barangkali ke rumah orang-0rang tua juga kita nanti.
Nampaknya begitulah... kena survey rumah orang tua-tua dari sekarang. Nanti sampai masa senang nak masuk..hehehe
BalasPadamHarap2nya waktu tua dan tidak berdaya nanti, kita tidak akan menyusahkan anak2....
BalasPadamSalam, Syeikh,
BalasPadamApabila pak mak mati, sibuk hias batu nisan atas kubur - tanam rumput jenis pearl grass, marmarkan binaan atas kubur daripada marmar warna hijau,siap buat batu tempat duduk. Masa hidup dalam dunia, macam Syeikh kata, telefon canggih-manggih hanya buat ngundi peserta program realiti tv. Pergh.
Oleh sebab kita tidak tahu nasib kita nanti, marilah kita doa minta rahmat dan hidayah Allah - untuk kita dan anak kita.
semuga kita menjadi ibu bapa yang disenangi anak2 nanti amin!
BalasPadam