Pengikut

Rabu, 23 Mac 2011

SPM... antara gembira dan bermuram durja.

Dua jam lagi semua calon SPM tahun lalu akan memperolehi keputusan masing-masing. Sudah tentu ada yang bersorak riang dan ada yang bermuram durja.

Seperti coretan http://klcitizen.blogspot.com/ guru juga turut resah. Tapi jasa dan susah payah para guru kita dahului dengan seribu ucapan terima kasih.

Sebagai bapa yang pernah turut sama merasai pengalaman ini sudah tentu turut resah cikgu... tapi resah bapa tak sama dengan gelisah ibu.

Yang berjaya sudah tentu bersorak dan bertempik riuh . Jurugambar TV3, NTV9, RTM kini sudah berlegar di kawasan sekolah sasaran.

Yang nak difokus ialah mereka yang bermuram durja. Ingat gagal bukan bermakna anda gagal segala-galanya.

Tahun ini semua permohonan ke IPTA dan pusat-pusat kemahiran kerajaan telah diselaraskan.

Kepada yang gagal dan memperolehi keputusan kurang baik selepas anda memperolehi keputusan bersegeralah ke Bank Simpanan Nasional. Belilah no ID berharga rm10.60... untuk kemasukan online ke Jabatan Latihan Kemahiran.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 4 April 2011.

Berlambak- lambak kursus kemahiran menanti anda. Pilih saja apa yang anda minat.

Berhenti menangis sekarang dan mulakan langkah baru. Ingat kejayaan mesti bermula dengan satu langkah pertama.

Kepada para ibubapa yang anak mereka kurang berjaya atau gagal usahlah membebel lagi.
Leteran anda akan merumitkan lagi keadaan.

Bangkit bersama anak - anak itu.

5 ulasan:

  1. salam...

    yang lulus cemerlang, tahniah....yang gagal...takpe, boleh mengulang lagi....

    BalasPadam
  2. dulu time dapat result..menangis..hu3

    BalasPadam
  3. Ya, saya bersetuju. Laluan bagi meraih kejayaan dalam hidup anak-anak itu dibentengi oleh sikap anak-anak. Berilah mereka sokongan. Jangan sampai mereka terus melayan rasa kecewa dan seterusnya memilih jalan yang salah. Usah sesekali menjatuhkan hukum kerana anak itu kurang cemerlang. Pasti ada hikmahnya, pasti...

    BalasPadam
  4. salam....tuan.

    tahniah kpd yg berjaya....yg gagal bukan penamat semuanya...

    :)

    BalasPadam
  5. IM tak perasan pun result dah keluar..he..he..

    BalasPadam