Pengikut

Sabtu, 30 April 2011

malas ke apa?

Semalam bersembang dengan beberapa orang remaja. Ada baru lepasan SPM tahun lalu, ada yang dah lama menganggur.

Mengadu tiada kerja . Hairan juga aku melihat motorsikal yang ditunggang masih baru. Berkilat-kilat macam baru keluar kedai.

Aku cuma memberi nasihat .....
jika kamu semua susah tiada berwang sebenarnya kesilapan adalah dari diri kamu sendiri. Allah jadikan kita semua ini sama.
Kalau tiada pekerjaan yang silap adalah kamu juga.

Dalam dunia ini pekerjaan sebenarnya lebih banyak dari manusia.

Bila kita mengadu tiada pekerjaan selalunya bukan kerja tiada tetapi kemahuan membuatnya atau kita memandang kerja itu tidak setaraf hidup dan pelajaran kita.

Orang yang tiada pekerjaan itu bersebab dari dalam diri sendiri bukan dari dunia sekelilingnya. Banyak penyakit-penyakit jiwa yang menyebabkan kita tiada pekerjaan.

Kalau kamu terus-terusan begini ingatlah bahawa kamu sebenarnya bukan saja membebankan diri malah kepada masyarakat dan dunia seluruhnya.

Cuma satu pesanan untuk mereka walau tiada berwang sekali pun janganlah terlibat menjual pil kuda atau sebarang dadah yang pastinya akan menjahamkan terus hidup kamu.

Semoga jumpa lagi ..... wahai anak-anak ,... kamu adalah pemimpin masa depan.

8 ulasan:

  1. hu..hu.. n3 ni macam terkena batang hidung IM jer...

    teringat anak IM di IPD Perda!

    BalasPadam
  2. Budak hari ini tak mahu usaha dan sedikit pemalas jauh sekali nak berdikari.

    BalasPadam
  3. Insya allah...

    ingatan untuk diri sendiri apibila habis study tahun depan...;-)

    BalasPadam
  4. risau tengok remaja skrg langsng xpikir masa depan...

    BalasPadam
  5. salam...tuan

    bila dah terkena penyakit malas...memang susah tuan..

    BalasPadam
  6. salam kenal sahabat...

    nak kerja yang senang dan gaji besor...?ada ke ...?

    BalasPadam
  7. Assalam..
    anak2 belum nampak betapa sukarnya hidup tanpa kertas yg bernama wang...walau tk brpelajaran tinggi namun masih boleh hidup senang jika rajin berusaha dan rajin bekerja.

    BalasPadam
  8. assalam..
    sy ni pun tnggu lesen, bleh bik krusus jahit utk oku

    BalasPadam