Pengikut

Khamis, 30 Jun 2011

zaman purbakala....

Salam semua.
Banyak benda-benda seperti baju, kasut,payung, topi yang bercolour kuning bahkan kereta , bas, lori mungkin akan jadi bahan terlarang menjelang minggu ini.

Apalah malangnya menimpa sampai begitu sekali ketakutannya? Bunyinya seperti zaman purbakala.

Dulu tak mengapalah minda rakyat tertutup hanya berita dari akhbar saja yang diterima tetapi zaman yang sudah berubah ini maklumat sangat cepat diketahui. Cuba lihat facebook milik anak - anak muda, apa yang mereka bincangkan?

Dan cuba lihat apa pula yang jadi tuntutan BERSIH? Antaranya meminta supaya dakwat kekal diadakan ... sukar sangat ke? atau memang pilihanraya kita sebenarnya tidak bersih?







ini mungkin minggu terakhir anda boleh memakainya......

Rabu, 29 Jun 2011

bahasa ku.....


Antara buku yang aku temui dalam bilik anak bujangku semasa mengemas biliknya. Ini antara buku-buku tambahan sewaktu beliau mengambil peperiksaan SPM lima tahun yang lalu. Berapa harganya ? Tentulah mahal kalau dilihat pada ketebalannya.

Semua ini sewaktu matapelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa melayu lagi. Sekarang semuanya sudah tidak berguna, tidak dapat lagi digunakan oleh adik-adiknya. Kalau zaman waktu aku bersekolah dulu-dulu sudah tentulah buku-buku seperti ini akan kami gunakan sampai hancur oleh adik beradik silih berganti.

Dan buku tersebut pula adalah sumbangan dari Yayasan Al Bukhary.... kalaulah sebarang dasar kerajaan tidak diubah ikut sesedap rasa tentulah semua ini tidak akan berlaku.


Sekali air bah, sekali dasar berubah.
Entah apa pula yang akan diperkenalkan pada tahun-tahun mendatang.


# aku bukan anti bahasa asing,
tapi aku mahu bahasa bangsaku terus berdaulat.

Ahad, 26 Jun 2011

sakitnya .....




keseronokan sewaktu bermandi-manda terencat apabila kakiku terpijak tiub tayar yang panas .... tiub tu diguna untuk menyalakan arang,



inilah yang berlaku .....
sudah hampir seminggu ..... terhinjut-hinjut berjalan,
kaki ku juga membengkak...


nasib baik aku bukan pengidap diabetis...
tolong doakan semoga ia cepat sembuh.

Sabtu, 25 Jun 2011

jom bercuti di Sekayu...

cuti sempena kemenangan Terengganu dalam kejohanan piala FA lalu aku menafaatkan bersama anak-anak.

habiskan cuti dalam negeri lebih berbaloi.... baik merasai nikmat airterjun ori dari air terjun ciptaan ... tak payahlah ke Gambang ke Sekayu lagi menarik.



ni rintangannya dalam perjalanan ... banyak juga jerangkap samar menunggu ... kena hati-hati melaluinya bukan takut kaki terputus tapi bodi kereta meletup.





rajinnya orang-orang Sekayu ni bercucuk tanam.... memakmurkan tanah... kebun jagung



kamilah orang pertama yang tiba .... masuk free kerana petugasnya masih belum bangkit lagi dari lamunan mimpi.... tempat parking masih kosong.




sudah lama tak berkumpul begini ...


anak bongsuku Muaz tak mahu keluar dari air yang sejuk tuu.. layan jee...

antara serangga hutan yang ditemui... entah apa namanya.

ibunya dengan semua anak gadisnya yang comel-comel tapi taklah montel.


bekalan , semuanya habis disapu ... bila sejuk sudah tentulah lapar.


mandi jangan tak mandi,


kalau ada yang datang ke Terengganu sudi-sudilah berkunjung ke Sekayu yang terletak dalam daerah Kuala Berang.. tempatnya masih terkawal lagi dari pencemaran.

http://inacheqna.blogspot.com/
ada di sini sedia membantu....

Ahad, 19 Jun 2011

hujan ribut menyerang bumi Darul Iman.


Gambar sekitar hujan ribut yang melanda Terengganu DarulIman mulai jam 9 semalam.






canopy yang berterbangan untuk satu majlis konsert ......





pokok tumbang .... nasib pemandunya selamat.



sepatutnya konsert khas ini berlangsung semalam untuk menghiburkan anak-anak muda Terengganu yang dahaga dan hauskannya.
konsert tunggang ... jangan tunggang langang

kenapa perlu diadakan konsert untuk mendidik masyarakat?



p/s sekamar rindu ....
hujan rindu yang ditunggu
hijan ribut pula yang datang.

Khamis, 16 Jun 2011

gerhana bulan .....


rakaman gambar gerhana bulan semalam yang sempat dirakam dengan kamera buruk ku...



jam 2 pagi ....


hampir jam 3



jam 3 gelap gelita langit.



jam 6 pagi




jam 7 pagi

matahari yang naik pagi tadi ..... cahayanya terang benderang... Maha Suci Allah Yang menciptakan semua ini untuk kehidupan manusia.

Rabu, 15 Jun 2011

Rejab .....

Sudah hari ketiga belas Rejab hari ini. Cepat sungguh waktu berlalu. Sebab itulah Allah bersumpah demi masa dalam al quran.

Dan kita sesungguhnya banyak menghabis dan mengabaikan masa.

Sebut bulan Rejab teringatlah kita akan peristiwa besar yang berlaku dalam bulan ini. Tiap tahun kita diperingatkan tentangnya.

Peristiwa penting kepada umat Islam iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj. Peristiwa ini sangat penting kepada seluruh penduduk langit dan bumi. Allah taala telah menjemput Rasulullah saw untuk menjadi tetamunya melawat alam yang luas ini. Kehebatan kisah ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1.

Terdapat perkara yang sangat penting untuk difahami oleh umat Islam terhadap peristiwa besar ini.

Pertama .... peristiwa ini menunjukkan kebesaran Allah untuk menguji iman kita sejauhmana kita yakin akan kebenarannya . Perjalanan yang tidak dapat diukur oleh kemampuan manusia, bahkan tidak terjangkau oleh pemikiran manusia walaupun menggunakan alatan moden dan canggih. Semua yang berlaku itu adalah mudah disisi Allah swt. dan semua yang diberitahu oleh Nabi Muhammad saw adalah benar dan betul.

Cuma kita manusia yang banyak dolak daliknya untuk mengikut dan mematuhi ajaran yang dibawa baginda.

Isnin, 13 Jun 2011

Tok Guru.....

Selesai sudah pertandingan akhir piala FA antara Kelantan dan Terengganu semalam.Pemenangnya pun sudah kita maklumi.

Itulah bola yang sifatnya bulat. Kalau pada adatnya hanya saat sahaja yang memisahkan Kelantan untuk bergelar juara.

Apa yang aku ingin coretkan ialah mengenai kesediaan kerajaan Kelantan memberikan cuti semalam pada penduduknya samada mereka menang atau kalah. Nampak simple sahaja arahan tersebut.

Apa yang berlaku pada Terengganu yang jadi juara ? Mungkin Terengganu mempunyai perkiraan lain dalam soal cuti ini . Tetapi yang nyata semalam banyaknya sijil-sijil sakit palsu telah dikeluarkan.

Bayangkan jam berapa para peminat ini dapat keluar dari Bukit Jalil. Jam 2 petang semalam masih banyak lagi bas yang baru tiba membawa para penyokongnya.

Kalaulah semua ini diambil kira , soal keselamatan diperjalanan, amanah dalam pekerjaan langkah kerajaan Tok Guru adalah lebih bijak.

Isnin, 6 Jun 2011

ber go head



hobi baru aku kini ialah berbasikal.
tiap malam aku akan mengayuh basikal ku ... orang terengganu kata mengayuh ni ber go head..

sangat menyeronokkan...
ada hikmahnya bila umur makin meningkat mempunyai hobi baru.

rasa macam muda semula tapi taklah mempunyai keinginan seperti Salleh....

berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negative terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.

terima kasih pada anak sulongku yang memberi idea ini dan membelikan aku sebuah basikal.

marilah bergo head...

Rabu, 1 Jun 2011

makin derita aku...


bingung juga aku bila membaca kenyataan - kenyataan seperti ini,
harga minyak naik.... tiada kesan juga pada pengguna,

harga barang naik, oooo... kita bagi amaran pada peniaga,

siapa yang semakin gelisah dengan ini semua,
kakitangan kerajaan.... gaji tak naik-naik,

yang swasta lagi pening,
yang kerja sendiri ,,, tuhan saja yang tau.


kroni-kapitalisme yang tetap untung....,pendapatan rakyat semakin mengecil.

kita sentiasa terpedaya,
mereka hidup senang lenang.