Pengikut

Rabu, 29 Jun 2011

bahasa ku.....


Antara buku yang aku temui dalam bilik anak bujangku semasa mengemas biliknya. Ini antara buku-buku tambahan sewaktu beliau mengambil peperiksaan SPM lima tahun yang lalu. Berapa harganya ? Tentulah mahal kalau dilihat pada ketebalannya.

Semua ini sewaktu matapelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa melayu lagi. Sekarang semuanya sudah tidak berguna, tidak dapat lagi digunakan oleh adik-adiknya. Kalau zaman waktu aku bersekolah dulu-dulu sudah tentulah buku-buku seperti ini akan kami gunakan sampai hancur oleh adik beradik silih berganti.

Dan buku tersebut pula adalah sumbangan dari Yayasan Al Bukhary.... kalaulah sebarang dasar kerajaan tidak diubah ikut sesedap rasa tentulah semua ini tidak akan berlaku.


Sekali air bah, sekali dasar berubah.
Entah apa pula yang akan diperkenalkan pada tahun-tahun mendatang.


# aku bukan anti bahasa asing,
tapi aku mahu bahasa bangsaku terus berdaulat.

5 ulasan:

  1. Ada sesiapa (selain ibu bapa) yang peduli tentang kekeliruan anak2 kita? :(

    BalasPadam
  2. kita adalah mangsanya ....

    dulu zaman kita ..... buku rujukan boleh diperturunkan kepada adik2 sampai habis semua adik beradik ....

    BalasPadam
  3. Chik Att: betul tu...sekarang ni kita nak tolong ajar anak-anak pun dah tak reti

    BalasPadam
  4. kakcik : kita tidak dipedulikan...

    BalasPadam
  5. hehe..betul tu...adik ila nak belajar guna buku2 ila dah tak sama...

    kena beli yang lain lak..ngeh3

    BalasPadam