Pengikut

Selasa, 23 Ogos 2011

infaqlah di bulan ini...

Menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah Ma'ahad Tahfiz yang terletak di Kg Tok Jiring, Kuala Terengganu semalam. Maahad ini dibangunkan di tengah-tengah keperluan masyarakat yang memerlukan pendidikan Islam yang syumul bagi menyahut pelbagai cabaran semasa kini.


Ia dikenali dengan nama Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT). Diantara piagam pelanggannya adalah seperti berikut: berikrar untuk

1. Memberi khidmat terbaik untuk Islam dan muslimin.
2. Menyediakan suasana mesra & ukhuwwh dikalanagan pentadbir,guru,kakitangan dan pelajar serta melayan segala pertanyaan dan aduan secepat mungkin.
3. Membimbing pelajar untuk berakhlak mulia dan menyenangkan hati ibu bapa .
4. Berusaha menjamin keselamatan , ketenteraman dan keharmonian institusi dan pelajar.
5. Melaksanakan khidmat pendidikan bersepadu, pintar dan cemerlang.





antara bangunan MTT ... jalannya belum berturap


anak-anak pelajar yang baru selesai solat maghrib, (bilanagan pelajar sekitar 500 orang)



antara kelebihan menyumbang untuk pembinaan masjid,

masjidnya yang masih perlukan banyak sumbangan,



kawasan persekitarannya...


sumbangan boleh disumbangkan melalui akaun yang tertera...

Moga Allah mengerakkan hati-hati kita semua untuk menyumbang terutama dalam bulan yang sangat dituntut untuk melakukan amal yang pahalanya diganda oleh Allah swt.

Bersedekahlah ... untuk ibu,bapa atau siapa saja waris terdekat kita yang telah pergi mendahului kita.



3 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Abu Muaz

    InsyaAllah...

    BalasPadam
  2. Asslamualaikum Abu Muaz,

    Semoga ramai yang brmurah hati.

    P/S Orang kata keropok Tok Jiring sedap.

    BalasPadam
  3. saya menyumbang kat sini sahaja.. kerana kat sini pun masih banyak pihak yang perlukan bantuan.

    BalasPadam