Pengikut

Sabtu, 13 Ogos 2011

sudah hampir sepuluh pertengahan.....

assalamualaikum ,

sudah hampir dua minggu kita di bulan Ramadhan.
sudah melangkau sepuluh pertengahan Ramadhan,
sepuluh yang lalu telah berlalu,.... rahmat
sepuluh pertengahan .... keampunan,
tinggal sepuluh lagi iaitu pembebasan dari api neraka, Allahuakbar.

bulan yang penuh rahmat,penuh berkat, banyak bonus ditawarkan.
cuma kita sibuk dengan setengah bulan bonus sedangkan bonus seribu bulan ini kita pandang sebelah mata sahaja.

bonus satu malam yang ditawarkan Allah dipandang sepi juga,
sibuk dengan persiapan kain langsir, kueh mueh,..... barangkali.

mungkin ini juga Ramadhan terakhir, ya Allah kuatkan imanku untuk terus melakukan amalan soleh ketika masih berada di bulan ini.

tiada satu ayat pun yang menyebut iman menjadi sebab masuk syurga kecuali digandingkan dengan amalan soleh.

iman dan amalan soleh merupakan dua perkara yang beriringan dan tidak berpisah walaupun berbezaa dari segi taarif kerana amal itu hasil daripada iman dan iman pula tidak sempurna tanpa amal.

sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan