Pengikut

Ahad, 27 November 2011

sekali air bah,

alhamdulillah dia menjengukkan diri pada hari ini,
sudah seminggu dia menghilang,
memang Allah ciptakan semua benda di dunia ini dengan tugas tersendiri,

pagi ini aku berkayuh,
sudah lama tak bergohek ni,
cuaca yang tidak menentu membantutkan aktiviti harian,

badan rasa segar kembali,
alhamdulillah.lelaki tua ini sudah mendahului aku,
seawal pagi dia sudah keluar,
berkayuh sambil mencari barang terbuang,
aku melihat dalam basikalnya sudah banyak tin-tin terkumpul,
rajin dia ni,
pagi ini katanya dia akan perolehi wang sebanyak 8 ringgit,
ok la tu,
tidak perlu mengharapkan dari orang lain,




sekali air bah,
sekali pantai berubah,
sampah sarap ini sebenarnya ada sumber pendapatan di situ,
kalau rajin berusaha,

tin,botol,kayu-kayu yang pelbagai bentuk dan ukiran,
kalau rajin semua boleh jadi,
malangnya rezeki terhad,
kalau jam 2 petang pun masih berdengkur,

salam hijratul Rasul... 1433H

2 ulasan:

  1. a kl citizen : salam jua untuk cikgu... susah benar saya nak hantar komen di blog cikgu sekarang..kenapa ???

    BalasPadam