Selesai solat subuh tadi sempat mendengar bacaan quran surah alwaqiah oleh Sheikh Misyari.
Sungguh menusuk kalbu walaupun aku tak faham bahasa Arab tapi itulah mujizat al quran.
Antara yang sangat menyentuh ialah bila ada persoalan mengenai hari kebangkitan. Bila ada orang bertanya adakah selepas kematian ini selepas menjadi tanah dan tulang kita semua akan dihidupkan kembali?
Adakah juga datuk nenek kita yang mati ribuan tahun lalu turut dibangkitkan semula?
Allah Maha Besar.
Dan inilah jawapannya .... surah waqiah ayat 49-50)
Katakanlah kepada mereka ," Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang terkemudian "Tetap akan dihimpunkan pada masa ditentukan - pada hari Qiamat yang termaklum.
janganlah hendaknya ada yang meraguinya.
BalasPadamSALAM,
BalasPadamAMBILLAH PANDUAN DAN PENGAJARAN DARIPADA AL QURAN !
salam tuan,..surahni bagus kalau diamalkan setiap malam...insyaallah.
BalasPadam