Pengikut

Ahad, 11 Disember 2011

Allah ... pentadbir seluruh alam




Pada malam ini kita dapat saksikan bagaimana kejadian gerhana bulan penuh. Kejadian ini adalah untuk kita menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t sebagai pentadbir seluruh alam.

Segala peredaran cekerawala, bumi,bulan, matahari teratur setiap hari secara silih berganti. Matahari beredar di waktu siang manakala bulan beredar di waktu malam. Semua itu adalah kudrat dan iradat Allah s.w.t jua.

Ia mempunyai hikmat dan tujuannya tersendiri. Antara tujuannya membolehkan manusia bekerja di siang hari dan pada malamnya pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.

Kejadian gerhana bulan dan matahari ini menunjukkan kepada kita bagaimana kedua kejadian ini walaupun hebat tetapi tetap berada di bawah arahan perintah Allah.

Betapa malangnya sekiranya ada umat manusia yang menjadikan bulan,matahari dan sesuatu yang lain dari Allah sebagai tuhan yang disembah . Begitu juga ramainya manusia yang hanya merasa bagaimana hebatnya pergerakan bulan,matahari dan segala cakerawala yang lain di atas landasan orbit tanpa berlaku perlanggaran antara satu sama lain tetapi golongan ini gagal menjejaki adanya Allah yang mengatur segala pergerakan tersebut.

Inilah antara kelemahan akal manusia yang sangat terbatas had kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka manusia tidak mampu mengenali Tuhan penciptanya walaupun terlalu kagum dengan alam ciptaannya.

3 ulasan:

  1. IM tak teringat untuk tengok. miss..

    BalasPadam
  2. tengok online kat tenet malam..dumoh hujan lebat..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Abu Muaz,

    Menjadi bukti tentang kekuasaan Allah, tak tahulah macam mana ada orang yang masih boleh menafikannya.

    BalasPadam