Pengikut

Selasa, 31 Januari 2012

ruangan komen ... apa jadi ni?

Sudah sebulan berlalu ....
Januari 31 hari ini,

cepat sungguh masa berlalu,
masa atau waktu ini tidak akan kembali lagi,
jika tersia sangat-sangatlah rugi,

tahun baru ini azamku ialah hendak menulis hari-hari diblog,
malang menimpa ,
bila ruangan komen ku ditimpa bencana,
dan aku tidak tahu bagaimana hendak membaikinya,

aku takut nanti bagai tikus baiki labu,
ada sesiapa rakan blogger sudi mencurah bakti.


@ cheqna
t.kasih sudi respon.
bila kita tekan ruang komentar blog terus hilang
tok leh nok tulis dan baca komen.
.. alahai

musafir ...

Baru pulang dari bermusafir .
K.Terengganu - Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur - Melaka - Pahang ......

kembali semula ke tanah air kelahiranku.
kuala terengganu.

mesti banyak cerita ,
letih,
memandu seorang,
yang lain semua tidur.... siap dengan berdengkur sekali.

Sabtu, 21 Januari 2012

al Isra' 32 .....

membiarkan anak gadis keluar rumah dengan kawan-kawan,
aku melihat ini sebagai gejala yang makin parah,
ibu-bapa sudah tidak berani menegur,
ada pula yang berkata : ibubapa kamu kolot,
mempunyai pandangan lama mendidik anak.

kawan-kawan ....
kawan lelaki la, .... mula-mula kawan,
kemudian teman , kemudian entah apa-apa lagi,

perzinaan, berzina .....
suka sama suka,
dirogol,
diratah,
entah apa lagi tajuk akhbar dan media sekarang.

perzinaan .....
adalah satu cara penyaluran tenaga jantina yang menyeleweng,
ianya pasti membawa kepada,
kekacauan keturunan,
runtuh susunan keluarga dan masyarakat,
tersebar penyakit,
sikap hina berleluasa,
sikap mulia musnah,

sebab itu Allah mendatangkan peringatan yang sangat keras terhadapnya.

firman Allah Taala:
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. dan satu jalan yang buruk."
(al Isra' 32)

Nabi juga berpesan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang Islam, takutilah zina, maka padanya ada enam perkara (buruk), tiga di dunia dan tiga di akhirat. ada pun di dunia itu ialah : Hilang seri pada wajahnya, pendek umur dan sentiasa miskin .....
Adapun yang di khirat : mendapat kemurkaan Allah Taala, buruk perkiraan di Masyar dan mendapat azab neraka".

moga kita, anak dan keluarga dijauhi bala bencana ini.

Khamis, 19 Januari 2012

happy new year




Cuti tahun baru cina bermula ,
sekolah anak saya dapat cuti lima hari,
panjang juga cuti ini,
eloklah dihabiskan bersama keluarga,
habiskan duit lima ratus ringgit yang kerajaan bagi tu untuk cuti-cuti malaysia.

apa lagi yang hendak disusahkan,
duit seratus sudah dapat untuk belanja persekolahan,
baucer buku pun.... dapat dua ratus ringgit untuk pelajar ipta,

boleh berbelanja ,
mana ada kerajaan dalam dunia ini semurah hati kerajaan tanahairku,

elok-elok bawa kenderaan,
ops perayaan pun sudah bermula,
jangan lupa pakai talipinggang belakang,
kan saja-saja duit lima ratus melayang,

terlanjur berceloteh mengenai cuti panjang kali ini,
kalau ada sesiapa berhajat hendak melancung ke terengganu,

pastikan anda menempah bilik, hotel, rumah rehat,
jangan datang begitu saja,

nanti tidur dalam keretalah jawabnya,
kebiasaannya cuti tahun baru cina semua hotel , yang mahal, yang murah
dibooking orang,

Selasa, 17 Januari 2012

keagongan dan kemasyuran yang palsu...

marilah wahai kaum wanita kita meneliti surat yang ditulis oleh Marilyn Monroe, seorang wanita yang masyur dan hebat.

surat yang ditulis sebelum dia membunuh diri,
kini surat itu tersimpan dalam tabung amanah di Manhatan Bank New York

surat itu terungkap sebahagian sebab-sebab dia membunuh diri ketika sedang berada dipuncak kemasyuran:

"Awaslah terhadap keagongan, hati-hatilah terhadap daerah cahaya kegemilangan, .. sayalah wanita yang paling hampa di dunia ini. Saya tidak dapat menjadi ibu , menjadi suri rumah yang hidup bahgia di tengah-tengah keluarga yang baik dan bersih. Sebenarnya kehidupan berkeluarga adalah simbol kebahagiaan kaum wanita yang sebenar, bahkan kepada kemanusiaan seluruhnya. Orang ramai telah mengkianati saya, pekerjaan perfileman adalah barang murah yang tidak bererti walau pun kita mendapat keagongan dan kemasyuran ... semua itu adalah palsu."


kalau tidak mahu ikut pesan nabi bacalah berulang kali cebisan surat ini.
jangan sampai berbogel pun sanggup demi seni wahai anak melayu muslim,

Ahad, 15 Januari 2012

wahai anak anak gadis Islam ....

terbaca satu tulisan oleh seorang penulis barat bernama Anna Rod dalam sebuah makalahnya di Eastern Mail:

"sekiranya gadis-gadis kita bekerja di rumah sebagai orang gaji adalah lebih baik dan lebih ringan bebannya dari bekerja di luar di mana mereka dikotori dengan karat-karat yang menghilangakan keremajaan hidupnya untuk selama-lamanya.

Alangkah baiknya jika negara kita seperti negara Islam yang di dalamya wujud perasaan malu,suci dan bersih diri ... oarng-orang gaji dan hamba-hamba menghadapi kehidupan yang senang lenang dan dilayan bagai anggaota keluarga , harga dirinya tidak disentuh keburukan ...

Ya! alangkah amat malunya kepada negara Inggeris yang telah membuat anak-anak gadisnya teladan dengan keburukan dengan membiarkannya banyak bergaul dengan lelaki.

Mengapa kita tidak berusaha membuatkan gadis-gadis kita dapat bekerja sesuai dengan sifat semulajadinya dengan berada di rumah dan meninggalkan kerja lelaki kepoada orang lelaki demi keselamatan kehormatanya."



saya mencari nota kaki untuk melihat tahun bila tulisan ini tapi tak ditemui,
apa yang saya fahami betapa bimbangnya beliau melihat anak-anak gadis Inggeris waktu itu,
hidup bebas tanpa batasan,

kalaulah tulisan ini 30 tahun lampau ....
betapa cepatnya ia merebak.
hingga anak-anak gadis di negara umat Islam sendiri sudah hilang segala sifat yang dipuji beliau.

Jumaat, 13 Januari 2012

salam friday...

salam jumaat,
hari besar Islam,
penghulu segala hari
hari di mana qiamat dijangka berlaku,


Islam tidak memandang manusia dari sudut kebendaan sahaja,
Islam ada peraturan mengawal keinginan nafsu manusia


nafsu ingin harta, nafsu jantina, nafsu ingin kuat dan berkuasa,
NAFSU SYAHWAT YANG BERLEBIHAN BUKAN SAJA AKAN MENJATUHKAN TUANNYA bahkan ia akan menarik orang lain juga dengan permusuhan yang tidak dapat dielak akibat dari nafsu serakah yang melebihi had .


mari kita bersama-sama mengawal nafsu

Isnin, 9 Januari 2012

syukurlah ....


Sesudah subuh tadi aku menjelajah alam maya ini ....
Apa lagi kalau bukan untuk mendapat khabar perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim.

hati ini berdebar-debar jika tiada lagi orang ke mahkamah,
membiarkan keluarga ini sendirian....
tapi tidak begitu..... ribuan hadir

dua malam lepas beliau berada di kuala terengganu,
ribuan juga manusia hadir,
di kuala berang ... khabarnya begitu juga,
di macang, kelantan,
di kg baru semalam,


ucapan anwar sangat simple malam itu,
bercerita penderitaan yang ditanggung oleh anak-anaknya suatu waktu dulu,
waktu izzah dan adik-adiknya masih kecil dan bersekolah,

sekarang mereka semua sudah dewasa,
sudah bersedia menghadapi apa saja keputusan,

mak cik di sebelahku menangis,
aku sangat memahami perasaan seorang ibu,
mudah tersentuh bila bicara soal anak-anak,

14 tahun beliau dihina cerca,
jarang manusia yang sanggup hadapi ini semua,
beliau ini kebal barangkali,

Nelson Mandela ... tiada siapa pun percaya akan jadi presiden,
politik ...ada seninya tersendiri.

apapun syukur ... kamu Anwar dibebaskan,
esok Tok guru nik aziz akan melakukan puasa sunat atas pembebasan ini,

mudah-mudahan fitnah politik tidak akan berulang lagi di negara ini.

Sabtu, 7 Januari 2012

size berapa ni?

Allah....
macam mana ni ...
yang besar sangat gambar aku ni..

macam mana pula nak kecilkan gambar ni?
lupa pula aku ni,

gambar blog 2011 tahu pula caranya.
gambar tahun 2012 ni jadi begini pula,

sudah tiga, empat kali cuba masih gagal,
adakah petanda bahwa aku makin tua,

mudah lupa...

Jumaat, 6 Januari 2012

suapan...

Kalau kita tiada pangkat,
tiada kuasa,

ada ke senang-senang orang nak berikan kita wang,
encik, ambik wang ni,
pergi belanja anak bini kamu,

makan boss, makan boss saya belanja,
pilih,pilih apa lu mau,
jam ni 3,000 ringgit , mahal ni, tak pa, tak pa...angkat jee,

anak-anak gembira keriangan,
bila ayah mereka membawa pulang mainan baru, makanan, pakaian yang berjenama,


(SPRM) malam tadi menahan seorang pegawai kanan dan merampas wang tunai RM720,000 ketika menyerbu rumah lelaki itu

SPRM turut menemui beberapa akaun saham amanah atas nama ahli keluarganya yang nilai pelaburannya mencecah RM4 juta."Kesemua wang tunai yang ditemui di rumah itu, disorokkan di dalam lipatan kain telekung serta di bahagian dapur dan ruang tamu.



Apakah hadiah atau cenderahati boleh digolongkan sebagai rasuah?

Hadiah, termasuk cenderahati, adalah merupakan salah satu bentuk suapan rasuah. Dengan demikan jika sesuatu hadiah atau cenderahati tersebut diberikan atau diterima secara rasuah atau dengan niat rasuah, maka pemberian dan / atau penerimaan hadiah/cenderahati itu merupakan kesalahan jenayah.
Seseorang pegawai awam tidak boleh menerima sebarang hadiah daripada mana-mana pihak sekiranya penerimaan hadiah itu ada kaitannya dengan tugas rasmi pegawai awam itu dan bentuk, amaun dan nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah diberikan. Kesalahan ini dinyatakan dalam Peraturan 8, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), 1993.
Walau bagaimanapun, seseorang pegawai awam boleh menerima cenderahati dan hadiah dengan nilai yang sepadan jika hadiah atau cenderahati diberikan atau diterima bukan secara rasuah. Pegawai awam itu dikehendaki melaporkan dan mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatannya sebagaimana dalam Pekeliling Bil.3 1998 (Penerimaan Hadiah dan Keraian Pegawai Awam). .. dari laman SPRM


Kalaulah amanah sudah dikhianati tunggulah saat kehancurannya.

Khamis, 5 Januari 2012

lawan ... jangan tak lawan.

Pihak pendakwa perbicaraan Hosni Mubarak semalam membuat kesimpulan bahawa bekas presiden Mesir, ketua keselamatan dan enam pegawai polis tertingginya menjadi ‘dalang utama’ lebih 800 penunjuk perasaan terbunuh ketika protes menggulingkan pemerintahan diktator itu berlangsung tahun lalu.

Semua ini setelah tumbangnya mereka ditangan rakyat.
Kalaulah penentangan terhadap Husni gagal sudah tentu mahkamah tidak berani untuk mengeluarkan keputusan ini.

Waktu Suharto berkuasa dahulu semua tanah,gedung menjadi milik keluarganya. Anak-anak serta keluarganya sangat kaya raya dan bermaharajalela.. Rakyat papa kedana.

Itulah tabiat mana-mana pemerintah yang terlalu lama berkuasa. Marcos juga begitu di Filipina.
Shah Iran raja segala raja .... akhirnya terbuang dari negara sendiri. Berapa ramai terkorban dalam peristiwa Black Friday di Tehran?

Bukan sedikit jiwa yang terkorban dalam memastikan golongan feudal ini dinyahkan dari negaranya sendiri.

Lawan tetap lawan.

Isnin, 2 Januari 2012

2 Januari 2012 ...

Pejam celik, pejam celik ,,,, sudah dua Januari 2012 bersamaan 8 Safar 1433H.
pejam, celik,pejam , celik, nasib tak pejam, pejam lagi setakat ni...... alhamdulillah.

Wahai hamba-hamba Allah saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.

Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Carilah bekalan kerana sebaik-baik bekalan itu ialah bertaqwa kepada Allah.

Inilah pesanan yang kita dengari tiap minggu dari mimbar-mimbar jumaat sebagai pesanan kepada semua orang-orang Islam.

Janganlah kita tergolong dalam kumpulan yang berpaling dari ingatan Allah walau sehebat mana kita, sekaya mana pun kita . Mohon dijauhkan dari kehidupan yang pincang.

Moga kita tidak dibangkitkan nanti dalam keadaan buta walaupun kita celek di dunia.

Ya Allah jauhkan semua perilaku buruk ini dalam diriku, anak-anakku, ibu bapaku, rakan-rakan taulanku ...


amin., insyaAllah.