Pengikut

Ahad, 15 Januari 2012

wahai anak anak gadis Islam ....

terbaca satu tulisan oleh seorang penulis barat bernama Anna Rod dalam sebuah makalahnya di Eastern Mail:

"sekiranya gadis-gadis kita bekerja di rumah sebagai orang gaji adalah lebih baik dan lebih ringan bebannya dari bekerja di luar di mana mereka dikotori dengan karat-karat yang menghilangakan keremajaan hidupnya untuk selama-lamanya.

Alangkah baiknya jika negara kita seperti negara Islam yang di dalamya wujud perasaan malu,suci dan bersih diri ... oarng-orang gaji dan hamba-hamba menghadapi kehidupan yang senang lenang dan dilayan bagai anggaota keluarga , harga dirinya tidak disentuh keburukan ...

Ya! alangkah amat malunya kepada negara Inggeris yang telah membuat anak-anak gadisnya teladan dengan keburukan dengan membiarkannya banyak bergaul dengan lelaki.

Mengapa kita tidak berusaha membuatkan gadis-gadis kita dapat bekerja sesuai dengan sifat semulajadinya dengan berada di rumah dan meninggalkan kerja lelaki kepoada orang lelaki demi keselamatan kehormatanya."



saya mencari nota kaki untuk melihat tahun bila tulisan ini tapi tak ditemui,
apa yang saya fahami betapa bimbangnya beliau melihat anak-anak gadis Inggeris waktu itu,
hidup bebas tanpa batasan,

kalaulah tulisan ini 30 tahun lampau ....
betapa cepatnya ia merebak.
hingga anak-anak gadis di negara umat Islam sendiri sudah hilang segala sifat yang dipuji beliau.

3 ulasan:

  1. makin hari makin takut menghadapi cabaran membesarkan anak2 samada lelaki atau perempuan.

    BalasPadam
  2. Salam,
    Bagus n3 ini . Kita ada syariat agama kita .... jadikan ia landasan kehidupan kita (mengingatkan diri LF sendiri terutamanya)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kpd semua pembaca...
    Tertarik dengan entri ini, sungguhpun kita berada di dalam sebuah negara Islam; mentaliti kita khususnya penganut Islam sudah mula berkembang dan berubah selari dengan kemodenan yang kita kecapi. Peranan ibubapa melaksanakan tanggungjawab dalam pendidikan sudah diterapkan hanya si anak yang memilih samada jalannya hitam atau putih.

    BalasPadam