Masa begitu pantas.
Sebab itulah ia dikatakan kehidupan.
Masa itu adalah hayat.
yang pasti ia tidak akan lagi datang menemui kita.
sangat rugilah mereka yang mensia-siakannya.
hari ini sudah enam Rabiul akhir.
janganlah cinta kita pada Rasulullah s.a.w pun berakhir.
Pengikut
Selasa, 28 Februari 2012
Khamis, 23 Februari 2012
Wahai tuhan ....
"Ya Allah! dengan rahmat Mu dan pertolongan Mu kami memasuki waktu pagi dan dengan rahmat dan pertolongan Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolongan Mu kami hidup dan dengan kehendak Mu kami mati . Dan kepada Mu kebangkitan ( bagi semua makhluk)."
Selasa, 21 Februari 2012
catatan musafir ku ...
Jumaat 17 Februari memulakan perjalanan ke negeri Kelantan DarulNaim.
Dari Kuala Terengganu menuju Tasik Kenyir.
Jam 7.00 pagi ... cuaca pun elok dengan sang matahari pun masih malu-malu menonjol diri.
Tasik Kenyir masih banyak lagi hutan simpan dan mempunyai alam sekitar yang sangat menarik.
Banyak lagi hutan di sini yang masih belum diterokai .... tetapi mungkin juga nanti akan dinodai oleh para perogol hutan yang geram akan kayu-kayu balak di dalamnya.
Perjalanan dari Tasik Kenyir menuju ke Gua Musang Kelantan mesti melalui kawasan Felda Aring.
Kawasan ini milik KESEDAR dengan kawasan tanaman kelapa sawit yang sangat luas.
ooooppps ... kena berhenti di sini dulu kerana ada gangguan .
mungkin esok atau lusa cerita ini akan disambung itupun kalau umur masih panjang.

Khamis, 16 Februari 2012
mendirikan sembahyang vs mendirikan masjid
Surah Al Maidah ayat 55 - 56 bermaksud:
"Sesungguhnya wali ( penolong atau pimpinan) kamu hanyalah Allah dan Rasulnya serta orang-orang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Mereka ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang -orang beriman itu wali, maka sesungguhnya golongan (yang brepegang kepada agama) Allah itulah yang tetap menang".
Sifat pertama bagi sesebuah negara Islam ialah kepimpinannya mendirikan sembahyang.Ia menjadi satu hikmah yang besar apabila Allah swt. menyebut golongan yang mendirikan sembahyang bukan mendirikan masjid.
Mendirikan sembahyang dengan sendirinya mendirikan masjid. Adapun mendirikan masjid tidak semestinya mendirikan sembahyang. Oleh itu yang penting ialah tegakkan sembahyang maka dengan sendirinya masyarakat akan mendirikan masjid tetapi sekiranya mendirikan masjid tanpa mendirikan sembahyang , masjid tidak ada berkat serta kehilangan peranan dan fungsinya sebagaimana yang diperintah Allah swt.
Jika kita kasih dan sayang pada Rasul marilah kita membentuk keluarga yang bersembahyang . masyarakat yang bersembahyang dan negara yang bersembahyang. Perkara ini penting bagi umat Islam untuk memelihara mereka di dunia dan di hari akhirat supaya mereka sentiasa diberkati oleh Allah swt.
Kita adalah umat terbaik ...
ditugaskan untuk berbuat baik dan melarang kemungkaran.

Rabu, 15 Februari 2012
jangan sampai tak solat langsung
Ada orang berkata kalau sembahyang pun masih buat kejahatan juga macam mana? Masih bergelumang maksiat. Rasuah pun sapu ... lebih parah kerja di jabatan agama pun rasuah juga.
Ada benarnya ...
kerana kita sentiasa mendengar cerita dan kisah begitu.
Tetapi yakinlah orang yang sembahyang tetapi masih mengerjakan maksiat suatu hari nanti ia akan kembali bertaubat kepada Allah dan kembali kepada yang benar.
Orang itu tidak hilang puncanya walaupun hanyut dalam kehidupan. Ia akan kembali.
Adapun seorang yang meninggalkan terus sembahyang akan hanyut di dalam kehidupan sehingga terjerumus ke dalam kesesatan.
" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" ... Al Ankabut 45
Sekian jumpa lagi.

Isnin, 13 Februari 2012
Isnin ... hari ini
Assalamualaikum semua.
moga semua rakan-rakan maya ku berada di bawah rahmat illahi.
Ddalam surah Al Baqarah ayat 45 .. Allah telah berfirman yang membawa maksud:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk"
Sembahyang adalah penolong dalam menghadapi cabaran kehidupan yang penuh dugaan ini. Diantaranya ialah kehidupan yang dikelilingi oleh hawa nafsu yang mendorong kepada mengerjakan maksiat.
Seorang yang mendirikan solat bukan sahaja mengadakan hubungan dengan Allah tetapi dalam masa yang sama mendapat pertolongan daripada Allah.

Selasa, 7 Februari 2012
bersenamlah ....
Pagi ni mengayuh basikal 12 km .
Pusing-pusing bandar Kuala Terengganu dan Pantai Batu Burok . Seronok berpeluh sakang (kata orang Terengganu ... sakang ni kalau tak faham maknanya boleh tanya Cheqna ...
Sekarang semuanya canggih manggih . Basikal pun ada meter. Mudah sungguh mengukur jarak kayuhan .. Yang penting dalam usia lagi setahun lima puloh ini senaman mesti dilakukan. Berbuih mulut doktor memberi nasihat, jaga makan pakcik, bersenam ... jangan lupa tu pakcik bersenam . Bukan lama pun setengah jam saja sehari sudah memadai .
Cuma yang tak terlawan oleh kita adalah perasaan. Adakalanya rasa malas melanda . Tapi kalau kita lihat bangsa cina , pagi-pagi lagi mereka sudah keluar ke taman-taman . Kalau di pantai Batu Burok jam 6 pagi mereka sudah berada di situ.
Apapun ... bersenam adalah baik untuk kesihatan.
kalau sakit bawa apapun makanan hanya mampu dijeling oleh mata.

Ahad, 5 Februari 2012
12 Rabiul awal ...
12 Rabiul awal,
pelbagai acara sambutan diadakan,
perarakan, seminar ,
ceramah dan pelbagai lagi yang sempat difikir oleh otak manusia,
semuanya hendak mengambarkan kasih dan ingat kita pada baginda junjungan besar s.a.w
cuma adakah nanti kita mampu mendapat kasih baginda !!!!!

Langgan:
Catatan (Atom)