Pengikut

Rabu, 15 Februari 2012

jangan sampai tak solat langsung

Ada orang berkata kalau sembahyang pun masih buat kejahatan juga macam mana? Masih bergelumang maksiat. Rasuah pun sapu ... lebih parah kerja di jabatan agama pun rasuah juga.

Ada benarnya ...
kerana kita sentiasa mendengar cerita dan kisah begitu.

Tetapi yakinlah orang yang sembahyang tetapi masih mengerjakan maksiat suatu hari nanti ia akan kembali bertaubat kepada Allah dan kembali kepada yang benar.

Orang itu tidak hilang puncanya walaupun hanyut dalam kehidupan. Ia akan kembali.
Adapun seorang yang meninggalkan terus sembahyang akan hanyut di dalam kehidupan sehingga terjerumus ke dalam kesesatan.

" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" ... Al Ankabut 45


Sekian jumpa lagi.

1 ulasan:

  1. solat itu tiang agama
    insyaallah..moga orang2 yang melakukan kesilapan itu kan kembali ke pangkal jalan..
    dan moga kita semua sentiasa dipelihra Allah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar insyaallah

    BalasPadam