Pengikut

Rabu, 25 April 2012

itu semua boleh padam...

assalamualaikum,
semalam aku memerap di depan tv, menonton pelbagai rancangan,
sekejap  ku buka tv3,sekejap  RTM 1, alhijrah dan akhirnya aku terhenti di TV 2.


filem  klasik .... Musang Berjanggut.
sudah acapkali aku tonton filem ini tapi tak pernah sampai ke The End,
tapi semalam aku menonton dari awal hingga akhir.

banyak sungguh kiasan tentang kehidupan ini dalam filem itu,
bijak, bijak sungguh arwah P.Ramli,


ada satu adengan yang menyentuh qalbu ku,
ketika Dato-dato yang gila itu mendatangi rumah puspawangi,

bila tiba giliran Dato Nikah kawin,
puspawangi bertanyakan soalan padanya:

Kanda ... salahkah kalau seorang lelaki ke rumah seorang perempuan yang suaminya tiada di rumah.
jawab dato nikah kawin ... salah , memang salah , tapi undang-undang dalam negeri ini kanda yang bikin, itu semua boleh PADAM.

ya, sama seperti zaman moden ini,
undang-undang ini aku yang bikin,
semua boleh padam.

sama tutur kata tapi tempatnya berbeza.
kuasalah penentu segala-galanya,
sebab itu penyakit gila kuasa tiada ubat,
dalam apa jawatan pun jika ada yang gila kuasa,
semua orang akan rosak,

orang yang sudah berkuasa mereka akan pertahankan kuasa itu,
walau apa cara sekali pun,
undang-undang ,
itu semua boleh padam.....

terima kasih Dato Nikah Kawin yang mengajar satu ilmu pada aku,







Selasa, 24 April 2012

ziarah Dataran Merdeka ...

Jumaat 20 April yang lalu aku ke Kuala Lumpur,
ada waktu terluang aku singgah sebentar di DataranMerdeka yang panas sedikit, sehari dua ini,
tiba di sana jam 5 petang,
jalan utama ditutup untuk raptai menyambut hari besar YDP Agong




beberapa khemah yang didirikan oleh mahasiswa dan sekutunya,
barangkali inilah kesannya bila aktiviti koko ... disekolah sekarang berkhemah di tengah padang sekolah,
bila dah jadi siswa idea tersebut datang balik,
kalau dulu zaman aku sekolah aktiviti berkhemah dibuat dalam hutan,
seronok giller.


pentas utama dihias , cantik molek.


sebelah malam aku berkunjung lagi ke situ,
sempat berbual dengan autie bersih,
seronok dia berbicara tentang BERSIH 3,
fasih berbahasa orang putih kerana dia guru pencen Bahasa Inggeris,


rupanya sudah seminggu perkhemahan ini diadakan,


waktu malam lagi rancak,
pelbagai bangsa turun membweri sokongan,
meriah...

dikain inilah tertulis rasa ketidakpuasan hati ,
apa yang dituntut ialah pendidikan percuma,




waktu malam begini pelbagai acara diadakan,
sempat aku dengar pidato dari anak-anak muda ini,
aku tanya mereka bagaimana dengan kuliah,
oh kami bergilir bang,

mungkin perkara ini dipandang remeh tetapi jika berjaya sudah tentu ramai yang akan menikmatinya,
malam itu juga aku pulang ke Terengganu,

lusanya 22 April .... dua orang telah ditahan polis,
DBKL pula telah merampas semua khemah yang didirikan di situ.

adat berjuang ....
kalau takut dengan gas usah datang ke dataran Merdeka,
kalau rakyat tak dibenar beraktiviti di sini Pak Samad Said berkata tukar saja nama Dataran ini jadi Dataran Penjajah,





Jumaat, 20 April 2012

muara sg terengganu


suatu pagi di muara sungai terengganu,





melihat kebesaran ciptaan illahi,




 para nelayan mencari rezeki,



nelayan yang pulang dari laut,



yang pulang dan yang pergi,
mencari rezeki buat isteri dan anak tercinta

 para pengail menjadikan benteng ini sebagai port mereka,

bot kecil,
si bapa dan anaknya ,
membanting tulang di bawah panahan sang suria



Selasa, 17 April 2012

tua and muda

YANG TUA      TAK SEMESTINYA MATANG,

YANG MUDA  TAK SEMESTINYA  MENTAH.

Sabtu, 14 April 2012

sembahlah tuhan yang satu

Assalamualaikum,
Kita sering diingatkan dengan kalimah TAQWA. Ketahuilah bahawa ketaqwaan itu mestilah mengikut ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w yang menyambung ajaran yang satu . Ajaran yang satu itu ialah Islam. Satu-satunya agama sejak nabi Adam a.s sehinggalah hari kiamat.

Diwahyukan pada nabi untuk dinyatakan pada seluruh manusia ayat 25 surah al Anbiya;

"Dan  kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan kami mewahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan aku. Oleh itu beribadatlah kamu kepada ku."

Ini menunjukkan bahawa hanya satu ajaran sahaja yang dibawa oleh nabi dan rasul-rasul a.s sejak nabi Adam sehinggalah nabi Muhammad s.a.w. Nabi Adam adalah manusia yang pertama dan semua manusia dari berbagai bangsa adalah dari zuriat dan keturunannya. Tidak ada agama lain lagi yang diakui oleh Allah sejak nabi Adam hanyalah Islam. Agama yang mengajak manusia kepada TIDAK ADA TUHAN YANG SEBENAR MELAINKAN ALLAH) .

Jika ada ajaran lain semuanya adalah menuju kepada kesesatan yang nyata. Apa yang menjadi masalahnya terdapat dikalangan manusia  apabila telah berlalunya masa wafatnya seorang nabi, mereka menjadi sesat dan hanyut dengan melantik tuhan - tuhan yang lain dari Allah swt.

Mereka menghalalkan perkara yang mendatangkan mudarat yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan perkara yang memberi menafaat yang diizin oleh Allah semata-mata mengikut hawa nafsu mereka.







Khamis, 12 April 2012

huyung hayang .... kesan gempa di Aceh

Rakaman sekitar peristiwa Flat Gemilang Ladang Terengganu bergegar semalam kerana gempa bumi di Aceh.

pasukan bomba yang bersiap menghadapi sebarang kejadian tidak diingini

pegawai operasi bomba mengadakan  sidang media



anggota keselamatan yang mengawal keadaan 
jam 6 petang pegawai polis bertugas telah membenarkan para penghuni flat
 memasuki kembali kediaman mereka








oranag ramai yang  menyelamatkan diri,
orang-orang tua yang uzur dengan berkerusi roda turun dari kediaman mereka








amaran dan peringatan Allah akan terus-terusan datang pada hambanya,
sejauhmana manusia yang kerdil ini mengambil iktibar.
 
YA ALLAH BERILAH KEKUATAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA KU DI ACEH,
PERISTIWA SEMALAM SUDAH PASTI MENGAMIT PERASAAN DUKA MEREKA ,
TSUNAMI

Ahad, 8 April 2012

ilmu kita ni sedikit jeee....






Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.( Al Isra' 85)


Sedarlah wahai manusia . Dengan sedikit ilmu pemberian illahi manusia mencipta dan mereka pelbagai alat . Semuanya itu menjadikan manusia boleh berhubung dengan cepat dan pantas. Berita dan pelbagai  maklumat yang berlaku diseluruh dunia dapat diketahui dalam beberapa saat sahaja. Itulah sedikit ilmu yang diberi oleh Allah s.w.t.

Semua itu adalah kemuncak nikmat sementara waktu di atas dunia ini. Maka  nikmat yang kekal ialah nikmat menyahut dengan benar akan seruan Allah sejak kita berada di alam roh lagi.

Janganlah kita berlagak sombong dengan sedikit ilmu yang ada ini. Janganlah kita termasuk dalam kelompok manusia yang mengadakan hukum dan peraturan hidup sendiri hingga menolak hukum-hukum Allah.


Sabtu, 7 April 2012

Kapas Island....



Sudah lama tak mengunjungi Pulau Kapas, Marang Terengganu. Dari Kuala Terengganu mengambil masa 30 minit untuk ke jeti Marang.


Kesempatan bersama dengan rakan-rakan pada hujung minggu baru-baru ini memberi peluang untuk aku menjejaki pulau ini. Seingat aku sudah 30 tahun aku tidak ke sini. Sudah banyak kemudahan disediakan. Jeti yang baru, stesyen solar ,chalet serta resort sudah banyak dibina.

MGH ... mak cik gemuk adalah nama yang sudah sinonim dengan pulau ini. Chaletnya sentiasa penuh terutama waktu cuti sekolah. Kalau tak dibooking tidur di tepi pantailah jawabnya.






bot memecut laju meninggalkan jeti Marang.....

lebih kurang 20 minit tibalah di pulau yang tersohor ini.


aku diberikan bilik bernombor C4,
apalagi bila terlihat nombor itu aku cepat-cepat minta tukar,
gerun aku dengannya, he, heee

. 
pasir pantai , kulit kerang, siput dan pelbagai hiasan laut mudah diperolehi di sini,


ikan-ikan yang cantik-cantik warnanya,
sangat manja,
berenang-renang disekeliling,
jinak sungguh,
tapi jinaknya bagai merpati,
setelah semalam berehat di sini,
keletihan terasa,
tapi kepuasan terpancar di wajah masing-masing


sementara menunggu ketibaan bot untuk pulang sempat lagi berdengkur,


rupanya begini cara mengutip sampah dilakukan,
bot besar itu adalah lori sampahnya,
kebersihan mesti diutamakan


kewajipan pada pencipta alam ini wajib ditunaikan
walau di mana pun kita berada.

selamat tinggal pulau kapas,


Jumaat, 6 April 2012

mari ikut kami berbasikal.








aku  mula mengayuh basikal sejak enam bulan lalu,
sebab utama ialah untuk menjaga kesihatan,
umur yang sudah hampir mencecah setengah abad ini memerlukan gaya hidup yang baru,
makan, tidur, makan, tidur tunggulah saat kehancurannya,
tunggulah tekanan darah, kandungan gula naik .



jika berbasikal mesti semua peralatannya cukup,
tayar basikal bocor memang asam garam bergayuh,





 








sekarang kami sudah ada kumpulan sendiri
kami namakan grup ini MCC ... morning cycling club,
berkayuh mulai jam 7 pagi hingga 8.30 pagi,
siapa - siapa yang nak ikut silakan,
atau kalau ada ayah yang duk terperap di rumah,
belikan basikal untuknya mari join kami,



macam-macam gaya,


Rabu, 4 April 2012

mari berpantun

dua belas biasa musim tengkujuh,
payahnya cari ikan aya,
sudah naik RON 97,
RON 95 pula lepas pilihanraya..... jawab - jawab