Assalamualaikum,
Kita sering diingatkan dengan kalimah TAQWA. Ketahuilah bahawa ketaqwaan itu mestilah mengikut ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w yang menyambung ajaran yang satu . Ajaran yang satu itu ialah Islam. Satu-satunya agama sejak nabi Adam a.s sehinggalah hari kiamat.
Diwahyukan pada nabi untuk dinyatakan pada seluruh manusia ayat 25 surah al Anbiya;
"Dan kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan kami mewahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan aku. Oleh itu beribadatlah kamu kepada ku."
Ini menunjukkan bahawa hanya satu ajaran sahaja yang dibawa oleh nabi dan rasul-rasul a.s sejak nabi Adam sehinggalah nabi Muhammad s.a.w. Nabi Adam adalah manusia yang pertama dan semua manusia dari berbagai bangsa adalah dari zuriat dan keturunannya. Tidak ada agama lain lagi yang diakui oleh Allah sejak nabi Adam hanyalah Islam. Agama yang mengajak manusia kepada TIDAK ADA TUHAN YANG SEBENAR MELAINKAN ALLAH) .
Jika ada ajaran lain semuanya adalah menuju kepada kesesatan yang nyata. Apa yang menjadi masalahnya terdapat dikalangan manusia apabila telah berlalunya masa wafatnya seorang nabi, mereka menjadi sesat dan hanyut dengan melantik tuhan - tuhan yang lain dari Allah swt.
Mereka menghalalkan perkara yang mendatangkan mudarat yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan perkara yang memberi menafaat yang diizin oleh Allah semata-mata mengikut hawa nafsu mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan