Terbaca satu tulisan mengenai kemerdekaan semalam.
Selalu kita rujuk bebas merdeka apabila satu satu negara terlepas dari belenggu penjajahan. Itu saja yang kita faham.
bila Inggeris keluar dari Malaya ,
bila jepun lari ,
bila portugis cabut,
merdekalah kita,
senangnya laungan merdeka diucapkan dan dilaungkan.
Erti merdeka sebenar ialah apabila manusia itu mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Tidak ada dikalangan manusia yang berlagak menjadi tuhan, yang mengadakan hukum dan peraturan dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah.
Jika manusia berlagak sebagai tuhan maka berlakulah kezaliman dan penindasan serta penjajahan.
Kenapa berlakunya kezaliman?
Kenapa berlaku penindasan?
Kenapa berlaku penjajahan?
Semua itu berlaku disebabkan apabila ada dikalangan manusia yang berlagak berkuasa , yang mengadakan peraturan mengikut hawa nafsu dan kehendak sendiri.
Tiada istilah halal dan haram.
tidak kira betul atau salah.
tidak kira adil atau zalim.
yang dikira ialah kepuasan hawa nafsunya sahaja.
ingat bila pulang nanti kita bawa ...
bawa apa?
bawa dosa dan bawa pahala.
Assalamu'alaikum Abu Muaz
BalasPadamApalah erti kemerdekaan,
jika lebih 50 tahun merdeka iaitu satu tempoh masa yang lama,
jika manusia dah tumbuh uban dan lazimnya mengintai-intai kematian,
jika kita menanam durian, telah bermusim-musim hasilnya dikecapi,
tetapi mengapakah umat Islam masih belum bangkit.. merdekakah kita?
MERDEKA apabila dapat hidup beragama tuntunan sunnah kemudian mati dalam kalimah Tauhid. Akhirnya meniti mudah alam barzah yang membawa langkah memasuki jannah, dapat menatap wajah ALLAH.
BalasPadam