Pengikut

Jumaat, 28 Disember 2012

susu ibu vs susu haiwan

Kali pertama aku menonton rancangan 9 soalan di TV9 semalam . Sambil bermain dengan anak-anak  aku sempat mendengan dan melihatnya.


Topiknya sangat menarik minat aku. .... Penyusuan Ibu.
Zaman aku kecil-kecil dulu manalah ada semua peralatan menyusu yang canggih manggih ini.

Aku masih ingat betapa banyaknya pinggan mangkuk jenama DUMEX yang terdapat dalam lemari usang di rumah ibuku. Sampai sekarang masih disimpan dengan baik oleh ibu.Semua peralatan itu adalah hasil belian susu tin DUMEX.

Waktu itu jadi kebanggaan pula menghisap susu tin. Sekarang jee ... timbul  saranan susu ibu baik untuk kesihatan.Kalau tidak takkan kaya raya syarikat-syarikat pengeluar susu yang berpuluh-puluh jenama itu.
















Dynas Mokhtar seorang artis kini mengurus kedai menjual pelbagai peralatan untuk kemudahan para ibu menyusu badan bayi bayi mereka.

Jadi tiada alasan lagi  para ibu muda untuk tidak menyusu sendiri bayi mereka.
Takkkanlah susu haiwan lebih baik dari susu ibu kurniaan illahi ini.

Kita sebenarnya telah dijajah dengan pelbagai perkara.








6 ulasan:

  1. IM pun minum Dumex. ibu_suri pula lactogen...

    BalasPadam
    Balasan
    1. usia kita ni memang tak lari dari Dumex.
      satu lagi milo... anda jadi sihat dan kuat,he,hee

      Padam
  2. Pada ibu yang tak bekerja, beruntung dapat susukan anak dengan susu sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar sekali tuu , tapi zaman yang serba canggih ini sudah menyediakan pelbagai peralatan untuk ibu bekerja. tiada alasan lagi untuk ibu bekerja tidak memberi susu badan sendiri pada bayinya.

      Padam