Pengikut

Rabu, 12 Februari 2014

Muara Sungai Terengganu









Semua gambar yang dirakam ini adalah di muara sungai Terengganu.
Tempat yang sangat sesuai untuk riadhah bersama keluarga.
Deretan bot bot kecil nelayan yang diletakkan  di pinggir sungai merupakan pemandangan yang menarik.
Tempat  ini adalah merupakan sebuah perkampungan nelayan  tetapi telah hilang dilanda ombak besar beberapa  tahun dahulu.
Pembinaan bangunan baru  tidak lama lagi akan mengubah landskap perkampungan ini.
Selamat bertandang ke sini jika anda berkunjung ke bandar Kuala Terengganu.

Selasa, 11 Februari 2014

indahnya lukisan alam,



jika anda berkunjung ke Kuala Terengganu,
silalah berkunjung ke sini,




mencari rezeki di lautan luas,
itulah kehidupan nelayan



pemandangan sebahagian dari bandar kuala terengganu,
antara bangunan bangunan yang baru siap dibina,



deruan enjin bot 
mengamit suasana pagi,
rezeki mereka nun di lautan yang luas.


benteng pemecah ombak ini port para pemancing,
kalau bertandang ke Kuala Terengganu silalah bertandang ke sini,
cuma .... tiada laluan kereta,
tempat beriadah yang sangat menarik,
dengan angin laut cina selatan


saya berbasikal ke sini,
jaraknya pergi dan balik
lebih kurang 3 km,







Isnin, 10 Februari 2014

Pantai Batu Burok .... K.Terengganu


Indahnya alam kurniaan Allah. 
                       Dalam usia yang sudah menjangkau 50 an ini gaya hidup perlu ditukar.
Dari malas bersenam, aku sekarang memaksa diri untuk bersenam tiap pagi.
Sambil menyedut udara bersih, sempat juga merakam gambar gambar yang menarik di sepanjang pantai ini.
Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik , insyaAllah.









Rabu, 9 Oktober 2013

beduk dah berbunyi .....

hidup yang singkat ini bukan sekadar untuk,

makan dan minum hasil mahsul yang dikeluarkan oleh bumi,
atau untuk berseronok dan bergembira,

atau sekadar berjalan-jalan di muka bumi,
atau hanya untuk merasai pahit maung kekecewaan,
dan mengecap masam manis kejayaan,

kemudian bila sampai waktu terus kembali ke tanah mengakhiri sebuah cerita kehidupan.

selamat menunaikan solat subuh .


Isnin, 7 Oktober 2013

Ya Allah,

YA ALLAH,

Hancur leburkan AsSisi yang sedang menzalimi saudara-saudara ku di Mesir,

Ya Allah,
hancur leburkan mereka,

Ahad, 6 Oktober 2013

patutkah aku,

membelek dan membaca beberapa ayat quran selepas  subuh tadi,
bagi kita orang Islam sudah tentu sangat mempercayai bahawa  al Quran ini diturunkan oleh Allah swt.
sejak kecil kita diajar untuk mempercayai dan berpegang kuat dengan kepercayaan itu.

dari kecil kita dihantar mengaji al quran,
kalau dahulu para guru yang mengajar mengaji ini sangat dihurmati,
apa saja tokguru suruh kita akan lakukan,

basuh anak tangga rumah guru quran,
pergi ke kedai beli apa saja arahannya,
picit badan guru,
macam - macam hal kita lakukan,

tetapi ayat yang menyentuh qalbu ku pagi ini ialah,

yang maksudnya:
"Al Quran itu diturunkan oleh Allah, Tuhan sekelian alam"
Patutkah kamu bersikapsambil lewa (mengambil ringan) terhadap keterangan-keterangan al Quran itu?
ayat 80 dan 81 surah Al Waqiah)


Allah bertanya pada kita semua .
Patutkah aku ini ,
selama hidup hampir setengah abad ini,
bersikapsambil lewa !!!!











Selasa, 24 September 2013

soalan mudah tapi sukar

Ya Allah ,
jadikanlah diriku, keluargaku, rakan taulanku, sahabat sahabat maya ku ke dalam kelompok hamba yang menghargai ni'mat masa dan umur yang dianugerahkan ini kerana semuanya bakal ditanya pada hari akhirat nanti.

Sabda baginda Rasulullah s.a.w : maksudnya

kedua-dua kaki tidak akan berganjak sedikit pun pada hari qiamat sehingga ditanya tentang empat perkara:

1. tentang umurnya , bagaimana ia dihabiskan?
2.tentang masa muda, kemana ia dipergunakan?
3.tentang hartannya, dari mana ia diperolehi dan bagaimana dibelanjakan?
4.tentang ilmunya , apakah yang dibuat dengannya?


Rabu, 19 Jun 2013

pengertian islam...

Aku dapati banyak pengertian atau takrif tentang Islam diberikan oleh baginda s.a.w. Islam yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulnya tidak harus disamakan dengan pengertian agama menurut fahaman umum.
Islam adalah deen fitrah yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia, rohani dan material, individu dan masyarakat, agama dan politik dan semua urusan hidup di dunia dan akhirat.


Ayat AnNahl 89 bermaksud:

" Dan kami turunkan kepadamu Alquran untuk menerangkan segala-galanya  dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri".


Ayat AlMaidah 3 pula menjelaskan:

"Pada hari ini telah ku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telahku cukupkan untuk kamu nikmatku dan telah kuredha bagi kamu Islam sebagai deen kamu".


Rasulullah s.a.w. telah memberikan pelbagai takrif yang bermacam-macam tentang Islam menurut keadaan orang yang bertanya dan suasana majlis dan ulama juga memberi takrif yang banyak.
Kesemuanya tidak ada percanggahan tetapi sambung menyambung dan saling kait mengait diantara satu sama lain dan  semua itu untuk menunjukkan kesempurnaan Islam yang terlalu tinggi nilainya.

sambung esok kalau ada umur lagi...

Jumaat, 14 Jun 2013

Islam ... DEEN para Rasul

Kita dapati bahawa kesemua ajaran Allah yang dianut oleh para Rasul dan Ambia a.s dinamakan Islam, sebagaimana Allah menerangkannya di dalam al quran.

Allah ceritakan tentang Nabi Nuh a.s ... surah Yunus 72 bermaksud:
"Dan aku diperintah supaya termasuk dikalangan orang-orang Islam"


Nabi Ibrahim dan Ismail a.s pernah bersabda:
" Wahai Tuhan kami jadilah kami berdua Islam keranamu"  .... Albaqarah 128


Nabi Musa a.s pernah menegaskan:
" Kepadanya kamu hendaklah bertawakkal jika sekiranya kamu benar-benar Islam" ... Yunus 84


Itulah Isl;am yang dianut oleh para Nabi dan Rasul a.s.
Islam adalah DEEN para Rasul a.s.

Mengapa kita pula liar dan takut dengan agama yang hebat ini.?

Khamis, 13 Jun 2013

sambungan coretan ku

Islam tidak pernah membezakan diantara orang-orang yang beribadat di mehrab-mehrab masjid mengeluarkan airmata kyusu' dan tawwaduk kepada Allah dengan penulis yang mengalirkan dakwat penanya kerana Islam.

Islam tidak membezakan antara peluh yang melilih di badan, darah yang mengalir kerana menegakkan kalimah Allah.

AlImam Abdullah bin Al Mubarak pernah menulis kepada para sahabatnya yang beriktikaf di Mekah dengan meninggalkan tugas jihad:

Wahai saudara ku yang sedang beribadat di tanah suci,
kalau saudara melihat kami, saudara akan ketahui,
saudara hanya bermain dengan ibadat,
siapa yang pipinya berlumuran airmata,
maka leher kami berlumuran darah,
kalau kuda mu penat di dalam kebatilan,
Maka Kuda kami penat di medan perang,


Sesungguhnya membezakan diantara orang-orang yang beriktikaf di masjid dengan  mereka yang berjuang menegakkan masyarakat dan negara Islam adalah perbezaan yang ditonjol oleh musuh musuh Islam. Maka sangat jahilnya orang Islam yang terpengaruh dengan perbezaan itu.

Golongan yang beriktikaf itu dipanggil orang dakwah, manakala yang kedua itu dipanggil orang politik yang berjuang untuk kepentingan duniawi.

bersambung....

Rabu, 12 Jun 2013

coretan ku hari ini ...

Mencoret sesuatu, pasti ada orang yang sudi membacanya. Aku serahkan kepada mu Ya Allah akan apa yang berlaku, kini dan akan datang.

Walaupun ia hanya celoteh biasa tetapi ada juga yang terkesan dan mungkin menjadi faktor perubahan bagi diri seseorang insan.

Aku melihat bahawa sesungguhnya Islam kini menghadapi cabaran hebat, kerana ia bukan sahaja menghadapi musuh dari luar , tetapi juga musuh dari kalangan umatnya yang mengaku sebagai penganutnya . Tidak ganjil kalau Islam itu menghadapi cabaran , kerana itu semua pernah dihadapi sejak ianya dilahirkan , tetapi yang ganjilnya ialah kerjasama penganutnya dengan musuh-musuhnya.


Itulah ujian pahit yang dihadapi oleh seluruh kumpulan Islam dan para mujahidin sekarang, dikepong dari segenap penjuru oleh  musuh dan ummat Islam berada dalam kebinggungan dengan apa yang  berlaku.

Terdapat dikalangan ummat Islam sendiri yang bertanya , mengapa terdapat dikalangan kita orang-orang yang aktif di medan politik lebih daripada bidang ibadah? Mereka ragu dengan kebangkitan kumpulan Islam yang menyeluruh , kononnya tidak ada hubungan dengan pengertian Islam yang sebenar. Ada yang berfikir dan merasakan bahawa ia adalah satu penyelewengan dari penghayatan Islam yang sebenar.


bersambung ...


Isnin, 10 Jun 2013

sedikit coretan

Sudah lama aku tidak mencatat sesuatu di sini,
ruang waktu yang terhad,
tetapi aku masih tidak lupa untuk menjenguk beberapa rakan blogger yang sangat aktif,

sudah hampir Ramadhan rupanya kita,
cukuplah sedikit catatan untuk petang ini,

bahawa,
Islam didatangkan kepada kita ialah untuk membetulkan apa yang salah,
meluruskan apa yang bengkok,

bukannya untuk tunduk kepada yang batil,



Khamis, 14 Mac 2013

satu peluru, satu musuh ....



 kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Menurutnya, mereka bukan sahaja tidak menunjukkan sikap untuk berjuang menentang musuh negara malah ketika pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara di Sabah, mereka menganggap ia sebagai satu sandiwara.








ini rumah keluarga Allahyarham koperal Ahmad Hurairah yang terbunuh di Lahad Datu, semalam.
kalaulah keluarga ini tidak mempunyai semangat berjuang >>>> sudah pasti mereka tidak akan melepaskan anak mereka menjadi wira tanahair.
Janganlah kita bercakap pakai ikut sedap mulut sahaja.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ........ 
Surely we belong to God and to Him shall we return'

Moga semua yang terkorban itu ditempatkan di dalam taman roh orang - orang yang beriman .... amin.




Sabtu, 23 Februari 2013

brimmmm......




bila dekat dengan pilihanraya

macam - macam bantuan diberi,

ada BR1M,


ada Brooooommmmmmmmmmmmmmm.

Selasa, 12 Februari 2013

hoi, hoi,....



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persembahan megastar dari Korea Selatan, Psy, pada majlis rumah terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina semalam tidak melibatkan wang rakyat.

 



hoi, hoi , .... hoi ya hoi

kita semua gembira
pulang dapat harta
uwang berjuta
intan permata

Ahad, 3 Februari 2013

kasih sayang Allah,

  
وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ
maksudnya: "Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam"


Aku baru memahami bahawa pengutusan Nabi Muhammad ini adalah atas  kasihan belas dan sayang Allah kepada hamba-hambanya dan makhluk seluruh alam.

Kita sebenarnya sangat berhajat kepada rasul untuk menyelamatkan kehidupan di dunia hinggalah ke hari akhirat nanti. Kalau tiada petunjuk dari Allah maka celaka dan binasalah kita. Kita akan mengguna akal tanpa petunjuk,

Sebab itulah kita lihat ada manusia melantik ahli ahli falsafah sebagi tuhan, melantik jin, melantik sesama manusia jadi tuhan, bahkan ada yang lebih dasyat melantik binatang sebagai tuhan, memahat kayu dan batu untuk disembah,

Dengan rahmat Allah, maka kita dikurniakan Rasul sebagai pembimbing, supaya kita tidak sesat dan terbabas dalam hidup,

Khamis, 24 Januari 2013

ragam muaz ku,

Inilah ragam anak bongsu ku,
usianya sudah hampir empat tahun, 
peringkat ini banyak menguji kesabaran, 
dan memang sudah banyak menguji kesabaran ku,

apa saja yang orang dewasa buat, 
dia juga berminat untuk melakukannya,
nasib baiklah ini anak kesembilan,

kalau tidak hari-hari barangkali kena  penampar, 

kepada ayah dan ibu-ibu muda,
banyaklah bersabar, 
bila usia anak anda begini,

dia sedang belajar dengan alam 
sedang belajar dari orang kelilingnya.



jadi budak wiring , 



 jadi buruh binaan, sah salah ni ikut akta kanak-kanak

mandi hujan ketika musim tengkujuh yang lalu


katanya pada aku, ayah kita  beli satu !!! 




 dengan anggota polis trafik yang mengiringi konvoi motor besar.


selamat hari lahir untuk junjungan besar ku  Muhammad s.a.w
nabi yang membawa rahmah,
moga aku dapat minum dari telaga mu nanti.... insyaAllah

Selasa, 22 Januari 2013

ujian .....

Assalamualaikum,

kita sering mendengar ada orang yang mengatakan tidak mahu campur urusan orang lain,
tidak mahu menjaga tepi kain orang,

ahhhh .... lantaklah apa nak jadi,
baik aku duduk diam-diam di rumah,
tidak ambil tahu berkenaan masyarakat,
cari makan sahaja , jaga anak bini lebih baik,

walaupun begitu,
cuba kita lihat kehidupan orang-orang yang seperti ini,

mereka tetap juga menerima ujian Allah,
samada kita lihat harta benda mereka dikurangkan Allah melalui bencana yang menimpa,
salah laku yang dilakukan,
kematian orang-0rang  yang disayangi,

buah-buahan dalam kebunnya tak menjadi,
harta kesayangan dimusnah dengan pelbagai cara oleh Allah,
oleh banjir,kemarau,ribut taufan dan sebagainya.

sebenarnya kita semua tetap akan menerima ujian dari Allah,
ujian itu adalah disebabkan oleh tangan-tangan kita sendiri
yang tidak menunaikan tanggungjawab di atas muka bumi Allah ini,


orang baik atau orang jahat,
orang yang ingat atau lupa pada Allah,
semuanya tetap akan diuji olehnya.



Isnin, 21 Januari 2013

makang ikang patin lu...


Sudah lama aku tidak singgah di bandar Temerloh. Maklumlah jika dari Kuala Terengganu kini tidak perlu lagi melaluinya. Lebuhraya Pantai Timur  telah memendekkan jarak perjalanannya.

 

 Kesempatan menziarahi seorang teman  yang sakit di hospital Temerloh mengamit kenangan lalu.


 

 Inilah jambatan lama yang digunakan suatu ketika dulu jika hendak ke Kuala Lumpur.
 


 

 Ikan Patin ..... tidak berbaloi kalau tak menjamu selera di sini.


 Patin Buah .... bau tempoyaknya sudah membuka selera.



 Inilah empunya kedainya,
kalau masakannya sedap berapa harganya   pun kita tak berkira dan terkilan.



Sabtu, 19 Januari 2013

universiti terbuka Rusila....






Setiap jumaat pastinya Masjid Rusila yang terletak di daerah Marang ini akan dikunjungi ramai. Sejak aku masih remaja lagi kedua ibu bapa ku menjadi pengunjung tetapnya .

Masa silih berganti dan ia berlalu sangat cepat. Sebab itulah masa itu bukan emas, masa adalah kehidupan.Kini usia ku sudah mencecah setengah abad. Guru yang mengajar dan mencurah ilmunya di situ masih setia berbudi  dan berbakti untuk anak bangsanya.

Dari sebuah masjid  kayu kini ia telah bertukar ke bangunan batu. Diadakan tempat pengajian ilmu untuk anak remaja. Lahirnya sebuah Madrasah di situ dengan namanya Maahad Darul Quran, Rusila.


oooopss...
itu muqaddimahnya saja,
apa yang ingin aku cerita ialah mengenai pasar minggunya,
entah berapa puluh gerai terdapat disini tiap minggu,
mungkin ratus kot,
ratusan peniaga muslim mencari rezeki di sini,
apa saja keperluan ada ,


 makcik yang menjual ikan bilis dan ikan kering,


 asam gelugor, 
makcik yang tabah berniaga,
siapa kata orang melayu malas?

 
  belacan segar ,
apa saja hasil laut ada di sini,


 baldi, bakul, semua keperluan barang plastik


 
 ayam bakar,
berapa pendapatannya,  lihatlah pada panjang dapurnya

 
 ini seorang non muslim,


 
  sayur - sayur segar


 
kerepok kering

 
 kuih muih tradisi ,

tiap minggu suasana ini terdapat di sini,
sedikit bayaran dikenakan oleh pihak masjid,
berniaga untuk menambah pendapatan dan  dalam masa yang sama mendengar kuliah agama yang disampaikan.


terima kasih tok guru haji hadi,
kuliah yang disampaikan sejak puluhan tahun yang lalu,
tanpa sesen pun mengambil yuran dari kami,

inilah universiti terbuka,
Universiti Terbuka Rusila.