Pengikut

Sabtu, 19 Januari 2013

universiti terbuka Rusila....






Setiap jumaat pastinya Masjid Rusila yang terletak di daerah Marang ini akan dikunjungi ramai. Sejak aku masih remaja lagi kedua ibu bapa ku menjadi pengunjung tetapnya .

Masa silih berganti dan ia berlalu sangat cepat. Sebab itulah masa itu bukan emas, masa adalah kehidupan.Kini usia ku sudah mencecah setengah abad. Guru yang mengajar dan mencurah ilmunya di situ masih setia berbudi  dan berbakti untuk anak bangsanya.

Dari sebuah masjid  kayu kini ia telah bertukar ke bangunan batu. Diadakan tempat pengajian ilmu untuk anak remaja. Lahirnya sebuah Madrasah di situ dengan namanya Maahad Darul Quran, Rusila.


oooopss...
itu muqaddimahnya saja,
apa yang ingin aku cerita ialah mengenai pasar minggunya,
entah berapa puluh gerai terdapat disini tiap minggu,
mungkin ratus kot,
ratusan peniaga muslim mencari rezeki di sini,
apa saja keperluan ada ,


 makcik yang menjual ikan bilis dan ikan kering,


 asam gelugor, 
makcik yang tabah berniaga,
siapa kata orang melayu malas?

 
  belacan segar ,
apa saja hasil laut ada di sini,


 baldi, bakul, semua keperluan barang plastik


 
 ayam bakar,
berapa pendapatannya,  lihatlah pada panjang dapurnya

 
 ini seorang non muslim,


 
  sayur - sayur segar


 
kerepok kering

 
 kuih muih tradisi ,

tiap minggu suasana ini terdapat di sini,
sedikit bayaran dikenakan oleh pihak masjid,
berniaga untuk menambah pendapatan dan  dalam masa yang sama mendengar kuliah agama yang disampaikan.


terima kasih tok guru haji hadi,
kuliah yang disampaikan sejak puluhan tahun yang lalu,
tanpa sesen pun mengambil yuran dari kami,

inilah universiti terbuka,
Universiti Terbuka Rusila.


2 ulasan:

  1. Rindu keadaan rusila. Skrg dah tak boleh nak pegi. Huhu.

    BalasPadam
  2. Semasa bawa ibu_uri melawat trengganu sau waktu dulu ingat nak singgah ke sana tapi tak kesampaian...

    Muga Allah beri kesihatan terbaiku buat TGHA....

    BalasPadam