Pengikut

Ahad, 11 April 2010

jumpa abang.......

Pertemuan dan perpisahan adalah asam garam dalam kehidupan kita.
Pejam celik,pejam celik sudah enam bulan anak sulong aku berada dilautan.

Pagi semalam mendapat panggilan telepon memberitahu kapalnya memasuki pelabuhan kuantan.
Abang mengajak kami semua ke sana. Kapalnya berhenti sekejap di situ.

Memandangkan adik-adiknya sudah terlalu rindu apalagi yang dapat aku katakan.....mengalah saja dengan permintaan itu.


Selepas subuh kami bertolak ke pelabuhan kuantan.




sempat membeli lemang sebagai buah tangan..... lemang mana lagi kalau bukan lemang kemaman (senyum la cik biru...)




menunggu abang keluar dari kapal....



waktu ditinggalkan muaz dulu masih belum boleh berjalan..... muaz sudah lupa siapa
di depannya
bayangkan anak-anak pelaut yang ditinggalkan.
bersabarlah isteri dan anak-anak yang ditinggalkan itu....rezeki mereka memang di laut.




kumpul sekejap......rancang perjalanan


ini yang mereka tunggu.... semua janji-janji selepas berjaya dalam peperiksaan



pilih-pilih.......jangan tak pilih. menteri kewangan baru ada....




selepas ni.... abang belayar lagi..... jumpa lagi kalau panjang umur ..... moga semuanya selamat dalam pelayaran.

Selasa, 6 April 2010

ketika engkau dilahirkan...........


(ketika usia 15 bulan)

(24 tahun kini)

......ketika dilahirkan kamu menangis dan semua orang dikeliling mu tersenyum, hiduplah dengan kehidupan mu, dan semoga ketika kamu meninggal nanti kamu satu-satunya yang tersenyum (dgn amal baik mu) dan semua orang disekeliling mu menangis.


..... 24 tahun yang lalu isteriku melahirkan anak sulong pertama kami.

selamat hari lahir...... buat anakanda yang kini berada ditengah lautan

Isnin, 5 April 2010

kebaikan vs kejahatan...............

marilah kita melihat satu ayat dari Al Quran , surah al-A'raf (157) , Allah menjelaskan ,
"Dan (Dia) menghalalkan bagi mereka segala yang baik serta mengharamkan bagi mereka segala yang keji".


ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa tersangat rugilah orang-orang yang bergelumang dengan maksiat.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mengharamkan rezeki ke atas seseorang yang melakukan maksiat.Dan tidak ada sesuatu yang mampu menolak takdir melainkan doa, dan tidak akan bertambah umur melainkan dengan melakukan kebaikan" .
dari Ahmad,anNasai dan ibnu Majah.


Demikian juga keadaannya dengan kota atau negeri yang penduduknya bergelumang dengan maksiat. Allah timpakan bala dengan menyempitkan pintu rezeki ke atas penduduknya .

banyaknya pintu maksiat yang dibuka menyebabkan timbullnya pelbagai kegelisahan yang menimpa masyarakat. kita merasakan kehidupan sekeliling sudah tidak selamat lagi.
pelbagai kejadian buruk berlaku......anak membunuh ibubapa,ibu membunuh anak,nenek diperkosa.

rezeki dikurniakan Allah ...... rezeki bukan sahaja berbentuk wang ringgit tetapi air hujan itu pun rezeki.....negeri menjadi kering kontang...air terpaksa dicatu...... sedangkan rezeki tersebut hanya akan diperolehi dengan melakukan banyak perkara kebaikan dan meninggalkan segala hal yang keji dan buruk.

Jumaat, 2 April 2010

khasiat tamar vs khasiat rokok

buah tamar atau kita panggil kurma, merupakan buah yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Ia adalah makanan penting bagi nabi dan para ahli keluarganya.

Aisyah pernah berkata: "Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada hanyalah buah tamar dan air.Melainkan diberikan kepada kami sedikit daging".

orang kita pula memakan buah tamar ini ketika tibanya bulan Ramadhan. anak-anak pula kalau tak dididik untuk berbuka dengan tamar sukar juga untuk berbuat demikian... maklumlah anak -anak zaman KFC dan MD ni.

dalam satu kajian bertajuk The fruit Of The Date palm:Its Possible Use As The Best Food For The Future, buah tamar boleh menjadi makanan yang ideal pada masa hadapan.

apa kandungan yang ada dalam buah tamar ini?
ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral,
kaya dengan vitamin,
kadar kabohidrat yang tinggi iaitu 44-88%,
kadar lemak antara 0.2-0.5%
minyak antara 0.2-0.5%

protein buah tamar dibina daripada 23 jenis asid amino.
pelbagai mineral terkandung dalam buah tamar ini.
Ada fluorin yang dapat membantu meningkatkan kesihatan gigi.
ia juga mengandungi selenium, sejenia bahan mampu cegah kanser.

gula yang terdapat dalam tamar dikenali sebagai inverts sugars dan antara kelebihannya adalah ia diserap masuk ke badan tanpa melalui proses penghadaman seperti yang terpaksa dilalui oleh gula jenis lain.

kadar magnesiumnya sangat tinggi dan mampu mencegah kanser...sebab itulah penduduk di kawasan sahara jarang dihinggapi kanser kerana mereka banyak makan tamar.

maka hebat sungguh nabi kita Muhammad s.a.w.... yang datang mengajar kepada kita dengan pelbagai ilmu .

bagaimana kalau kita bandingkan khasiat tamar dengan khasiat yang terdapat dalam rokok !!!!!

Khamis, 1 April 2010

ayah dan ibu,...bagai bumi mendamai,langit yang meneduhi.

ayah dan ibu , itulah permulaan kami.
waktu seseorang hidup di dunia ini mereka hendaklah melakukan perkara yang baik-baik.

jangan sampai waktu kita tiada nanti anak cucu kita merasa bersalah untuk berdoa kerana kita hidup sebagai ahli maksiat yang bergelumang dosa.

Muawiyah, seorang ketua negara pernah meminta nasihat dari seorang ahli pidato yang alim bernama Ahnaf bin Qaisy..

wahai ahnaf... bagaimana caranya hendak menjadikan anak-anak sayang sepenuhnya kepada ibubapanya.?

berkata ahnaf..wahai Amirul mukminin, sesungguhnya anak-anak adalah buah hati ibu bapa dan tulang belakang kehidupan rumahtangga.

ibubapa bagi mereka ibarat bumi yang mendamaikan, ibarat langit yang sentiasa memayungi serta meneduhinya.

kerana anak, ibubapa sanggup mengadai nyawa menentang musuh yang mengancam.

wahai Amirul Mukminin .... sekiranya anak-anak meminta sesuatu (yang munasabah) perkenankanlah.

.... sekiranya anak-anak marah kerana kekurangan sesuatu,layanlah mereka dengan wajah yang manis ,nescaya kelak mereka bakal menumpahkan kasih sayang sepenuhnya pada kamu.

.... ibubapa janganlah menjadi kekunci yang sentiasa mengekang hasrat murni anak-anaknya. Dikuatiri nanti anak-anak akan mengharapkan saat segera kematian mereka.

hubungan suami isteri boleh berakhir dengan penceraian tetapi hubungan anak dan ibubapa tidak terpisah walaupun mereka bukan islam.

seorang anak tidak boleh bermusafir tanpa izin ibubapa samada perjalanan itu harus atau sunat.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Hak tanggungjawab saudara yang tua terhadap adik-adiknya sama seperti hak tanggungjawab bapa terhadap anak-anaknya".

abang atau kakak dalam keluarga jika mereka mampu memiliki kelebihan harta jangan mengabaikan adik-adiknya dari segi makan minum sekalipun ibubapanya masih ada.

perkara tersebut adalah prinsip agama .... jika asuhan agama itu dilaksanakan nescaya tiada berlakulah keciciran dalam keluarga umat Islam.