Pengikut
Ahad, 28 Februari 2010
berbaloikah sekadar selawat........
Sejak umat Islam mula meninggalkan hukum Islam kadar jenayah meningkat setiap masa. Negara-negara yang mencipta pelbagai undang-undang dan diamalkan dikebanyakan negara di dunia ini seperti Amerika, Perancis dan England berlaku peningkatan kadar jenayah di negara masing-masing. Amerika kadar jenayahnya tidak lagi dikira berdasarkan bilangan hari, bulan dan tahun tetapi telah dikira berdasarkan minit dan saat.
Ini membuktikan kegagalan undang-undang ciptaan Barat seperti yang diamalkan di dunia hari ini.Maka kenapa masih ada lagi pemimpin-pemimpin yang mempertahan dan memperjuangkan undang-undang yang dibawa oleh Barat ? Mengapa kita tidak mahu kembali semula kepada undang-undang Islam yang suci ini? Allah menyifatkan hukum ciptaan manusia ini sebagai hukum jahiliyyah dan hukum nafsu. Bagaimana hukum nafsu boleh mengalahkan nafsu dan maksiat?
Kembali kepada hukum Allah bermakna kembali kepada iman yang sebenar. Orang yang yakin kepada hukum Allah adalah mereka yang yakin kepada Allah yang menurunkan al Quran sebagi panduan hidup. Percaya pada malaikat yang menyampaikan wahyu. Beriman kepada Rasulullah s.a.w yang menyampaikan Islam. Dan akhirnya percaya bahawa qiamat akan berlaku. Tidak yakin kepada hukum Allah bermakna tidak yakin pada Allah dan Rasulnya.
Maka berbaloikah kita dengan menyambut kelahiran baginda s.a.w hanya dengan perarakan dan selawat tetapi engkar dan tidak patuh pada ajarannya dalam kehidupan kita?
Sabtu, 27 Februari 2010
Fatimah akan ku potong tangannya jua.....
Kelmarin kita menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. Ada orang sedar dan ada yang tak ambil peduli langsung hari tersebut. Hari Valentine lebih diingati dari itu semua.
Rasulullah s.a.w bukan sahaja bercakap mengenai keadilan dan menyuruh manusia melakukan keadilan tetapi keadilan itu dilakukan sehingga terhadap diri sendiri, keluarga dan para sahabat yang dikasihi.
Apabila Usamah bin Zaid (cucu angkatnya) meminta syafaat terhadap seorang perempuan daripada Bani Makhzum (perempuan ini berketurunan bangsawan, puak yang kaya raya ketika itu) kerana kesalahan mencuri. Usamah dihantar bertemu baginda untuk meminta wanita itu dibebaskan atau diringankan dari hukuman hudud tersebut.
Maka baginda menegaskan pada Usamah: Adakah kamu mahu memberi syafaat di dalam hukuman HAD yang telah ditetapkan oleh Allah ? Lalu baginda menuju ke masjid dan berucap di depan orangramai.
Wahai manusia! Sesungguhnya rosak manusia sebelum kamu apabila orang orang lemah dikalangan kamu mencuri maka mereka melaksanakan hukum HAD ke atasnya dan apabila orang yang kuat dan kaya mencuri mereka melepaskannya. Dan demi Allah sekiranya FATIMAH anak Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya.
Itulah keadilan Islam. Ianya bukan ciptaan Muhammad. Bukan untuk menunjukkan ria' atau untuk menarik sokongan manusia.
Ianya adalah hukuman Alllah yang wajib dipatuhi sebagai tanda ketundukan kita kepada Allah swt.
Selamat hari lahir mu wahai penunjuk jalan yang benar .
Jumaat, 26 Februari 2010
Perutusan sempena Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
| Tegak Sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan. |
Khamis, 25 Februari 2010
yang.......yang......
Jumpa kawan lama...... sedang membelek, menilik(bahasa trg) seutas jam.
Di sebelahnya ada seorang wanita. Aku terdengar dia berkata pada wanita itu..... yang ! yang ni cantik..... molek dan sepadan dengan lengan yang.
Wanita itu berkata nak buat apa , jam kat rumah ada lagi. Tak apalah. ..kata kawan ku itu.
Akhirnya dibelinya juga jam yang menjadi pilihannya. Mereka berdua pun beredar dari kedai tersebut.
Aku pun berkata pada tuan kedai jam tuuu..... yang juga kenalan aku. Wau! romantik sungguh dia memanggil yang, yang pada perempuan itu.... biar pun dah berumur.
Kata tauke jam tuuu..... isterinya tuuu....
Kata tauke jam tu lagi...... memangla dia panggil isterinya YANG,YANg.... mu nak tahu kenapa?
Ha...kenapa ? tanya aku...... tauke jam tu berkata.... isterinya tu.....namanya mariyam sebab tulah dia panggil YANG,YANG......
Selasa, 23 Februari 2010
sebenarnya jiwa anak-anak .......
kenapa anak remaja sering dipersalahkan? adakah kita sebagai ibu,bapa , guru,menteri, perdana menteri,panglima tentera, presiden dan ketua parti-parti politik, pemuda UMNO,pemuda PAS, Keadilan,DAP, tukang beca, tukang kebun, ahli perniagaan yang berjaya,para artis dan para anggota masyarakat telah melakukan tugas mendidik dengan betul?
barangkali anak-anak kita ingin berkata ,
ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan
sebenarnya jiwa anak-anak sangat lembut dan mudah tersentuh.