Salam semua.
Kelmarin kita menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. Ada orang sedar dan ada yang tak ambil peduli langsung hari tersebut. Hari Valentine lebih diingati dari itu semua.
Rasulullah s.a.w bukan sahaja bercakap mengenai keadilan dan menyuruh manusia melakukan keadilan tetapi keadilan itu dilakukan sehingga terhadap diri sendiri, keluarga dan para sahabat yang dikasihi.
Apabila Usamah bin Zaid (cucu angkatnya) meminta syafaat terhadap seorang perempuan daripada Bani Makhzum (perempuan ini berketurunan bangsawan, puak yang kaya raya ketika itu) kerana kesalahan mencuri. Usamah dihantar bertemu baginda untuk meminta wanita itu dibebaskan atau diringankan dari hukuman hudud tersebut.
Maka baginda menegaskan pada Usamah: Adakah kamu mahu memberi syafaat di dalam hukuman HAD yang telah ditetapkan oleh Allah ? Lalu baginda menuju ke masjid dan berucap di depan orangramai.
Wahai manusia! Sesungguhnya rosak manusia sebelum kamu apabila orang orang lemah dikalangan kamu mencuri maka mereka melaksanakan hukum HAD ke atasnya dan apabila orang yang kuat dan kaya mencuri mereka melepaskannya. Dan demi Allah sekiranya FATIMAH anak Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya.
Itulah keadilan Islam. Ianya bukan ciptaan Muhammad. Bukan untuk menunjukkan ria' atau untuk menarik sokongan manusia.
Ianya adalah hukuman Alllah yang wajib dipatuhi sebagai tanda ketundukan kita kepada Allah swt.
Selamat hari lahir mu wahai penunjuk jalan yang benar .
Rasullulah petunjuk jln yg benar, sepanjang zaman. semoga kita beroleh syafa'atnya kelak. salam Maulidur Rasul....
BalasPadamSalam Maulidur Rasul..:)
BalasPadamSesungguhnya Hukum Allah itu sempurna..dan tiada hak manusia utk mengubahnya..dan Rasullullah jua tokoh kepimpinan yang menjadi idola keadilan..
ikutan terbaik utk kita
BalasPadamSalam Maulidur Rasul en Abu Muaz..
BalasPadamRasullullah adalah sebaik2 contoh buat kita semua..
BalasPadamps usamah nama adik bungsu..alhamdulillah sgt baik akhlaknya.
nahmy :benar sekali tuan.
BalasPadamPn Kartini:sayangnya umat Islam kini sudah terlalu jauh dari ajarannya.
BalasPadammaiyah :contoh dan ikutan terbaik hingga akhir zaman.
BalasPadamrelevan :salam maulidur rasul jua dari saya
BalasPadamIdalara: semoga adik usamah menjiwai peribadi dan akhlak Usamah bin zaid yg terkenal itu.
BalasPadam