Jenayah bukan tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, tetapi ajaran Islam yang diamalkan itu telah berjaya mengurangkan kejadian jenayah dan jenayah menjadi suatu perkara ganjil di dalam masyarakat ketika itu.
Sejak umat Islam mula meninggalkan hukum Islam kadar jenayah meningkat setiap masa. Negara-negara yang mencipta pelbagai undang-undang dan diamalkan dikebanyakan negara di dunia ini seperti Amerika, Perancis dan England berlaku peningkatan kadar jenayah di negara masing-masing. Amerika kadar jenayahnya tidak lagi dikira berdasarkan bilangan hari, bulan dan tahun tetapi telah dikira berdasarkan minit dan saat.
Ini membuktikan kegagalan undang-undang ciptaan Barat seperti yang diamalkan di dunia hari ini.Maka kenapa masih ada lagi pemimpin-pemimpin yang mempertahan dan memperjuangkan undang-undang yang dibawa oleh Barat ? Mengapa kita tidak mahu kembali semula kepada undang-undang Islam yang suci ini? Allah menyifatkan hukum ciptaan manusia ini sebagai hukum jahiliyyah dan hukum nafsu. Bagaimana hukum nafsu boleh mengalahkan nafsu dan maksiat?
Kembali kepada hukum Allah bermakna kembali kepada iman yang sebenar. Orang yang yakin kepada hukum Allah adalah mereka yang yakin kepada Allah yang menurunkan al Quran sebagi panduan hidup. Percaya pada malaikat yang menyampaikan wahyu. Beriman kepada Rasulullah s.a.w yang menyampaikan Islam. Dan akhirnya percaya bahawa qiamat akan berlaku. Tidak yakin kepada hukum Allah bermakna tidak yakin pada Allah dan Rasulnya.
Maka berbaloikah kita dengan menyambut kelahiran baginda s.a.w hanya dengan perarakan dan selawat tetapi engkar dan tidak patuh pada ajarannya dalam kehidupan kita?
Salam Abu Muaz. Orang kita hanya pentingkan aspek luaran sahaja. Pengisian tak ada. Macam tin kosong. Bunyi sahaja yang kuat. Apabila KM Penang kata yang betul, ramai yang hentam. Kononnya mereka ini pejuang sunnah. MP Zul pula semakin menjadi-jadi...(saya sejak dulu sangat tak menyukai MP ini, wallahualam).
BalasPadamsalam en abu muaz,
BalasPadamheeeeeeee
saya baru balik
setelah lebih 10 hari berada di kemaman
yup betul,
bermakna ke hanya dgn berkumpul bramai2
dengar ceramah, selawat dan berarak?
dgr ceramah sekurang2 ada pengisian
ada kesedaran.
fahami erti mulidurrasul iru sendiri
teruskan jadi nabi muhamad saw idola kita
amin.
tq singgah umah
walau biru terbang jauh
heeeeeeeee
berpegang pd Al Quran
BalasPadamkalo laksana hukum al quran....insyaalah takut org buat jenayah ni....
BalasPadamsokong pendapat saudara....x paham bila orang islam sendiri berbalah dan menolak hukum yang Allah telah tetapkan untuk makhluk ciptaannya!!
BalasPadam