Pengikut

Isnin, 16 Ogos 2010

tanpa tajuk.....

Sangat banyak perkara yang buruk melanda remaja Islam kita hari ini. Cubalah kita lihat apa yang kita telah lakukan pada sistem pendidikan anak-anak remaja Islam kini.

Kita sesungguhnya telah menyebarkan kerosakan akhlak dikalangan anak-anak kita. Kerosakan yang menguntungkan musuh Islam.

Kita sebenarnya yang meruntuhkan bangsa kita sendiri. Dengan sistem pendidikan yang diamalkan kini hasilnya telah sama-sama kita lihat .

Adalah mendukacitakan sekali pendidikan agama telah diperangi secara bersungguh-sungguh sehingga ia hampir memusnah atau telah pun memusnahkan generasi muda kita.

Sistem pendidikan kita telah menyembelih tanpa pisau dan sedang membuang aqidah dari para pelajar. Pendidikan agama hanyalah untuk peperiksaan bukan untuk diamal dan jauh sekali untuk dihayati dalam kehidupan.


4 ulasan:

  1. salam,

    setuju...
    pelik jelik dan sedih

    nyata, iman tak boleh diwarisi
    kena cari sendiri ilmu dan kepercayaan dlm al quran dan hadis2 nabi
    nak harapkan persekitaran? memang banyak yang terpesong...
    so, bergantung pada kesedaran individu sendiri dan insan2 terpilih oleh Allah swt yang mendapat petunjuk...

    wallahhualam...

    BalasPadam
  2. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda:

    “Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu, dia beriman”

    Kelemahan iman juga, adalah punca kepada kemungkaran tersebar luas.

    Rasulullah SAW bersabda:

    “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan. Sekiranya dia tidak mampu, maka cegahlah dengan lisan. Jika dia tidak mampu, maka cegahlah(membenci) dengan hati. Sesungguhnya itu(mencegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman”

    BalasPadam
  3. Membentuk akhlak anak anak dizaman serba mencabar ini jika tidak ada daya kesungguhan..akan ranap..

    BalasPadam
  4. Pada hari ini, zina dimana-mana. Sbb tu jadi punca buang bayi... adessss.. dunia2...

    BalasPadam