Pengikut

Jumaat, 29 April 2011

moga rohmu aman di sana...





Semalam menghadiri majlis pengkebumian jenazah seorang jiranku. Telah berusia 72 tahun. Pernah bertugas sebagai seorang imam, seorang guru silat dan ketua masyarakat. Ramai rakan taulan menghadiri majlis tersebut.

Mempunyai anak seramai 13 orang. Beliau berjaya mendidik anak-anaknya menjadi manusia yang baik. Jenazahnya semalam diimamkan oleh anak beliau.

Sebelum tidur semalam aku bertanya pada isteri, bagaimana kita pula akan hadapi malam pertama di alam barzah?

Dunia ini akhirnya makin kehilangan orang yang baik-baik.
Moga rohnya ditempatkan dalam taman roh orang-orang yang beriman. Amin.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Semoga roh arwah dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang beriman, solihin dan sodhigin

    BalasPadam
  2. takziah dan Al-fatihah...

    BalasPadam
  3. Betul kita akan rasa takut bila org yang baik-baik dan beriman semakin tiada. Alfatihah utk rohnya amin.

    BalasPadam
  4. assalam..

    al fatihah.. moga rohnya dicucuri rhmat.. sy pun slalu trbyg saat kita pula di sana nnti

    BalasPadam
  5. sesekali fikir takut juga menghadapi saat-saat itu!

    BalasPadam