Pengikut

Rabu, 3 Ogos 2011

majlis berbuka puasa....

Rajin pula petang ni... sementara waktu berbuka tiba.

Semalam menerima undangan berbuka puasa di rumah sahabat lama. Baru hari kedua sudah ada yang ingin membuat pahala lebih. Menjamu rakan taulan berbuka.

Saya menunaikan jemputan ini kerana sudah faham sangat dengan tabiat teman ini. Kalau kita tidak hadir mestilah mengecewakannya.

Sahabat aku ini bukanlah terdiri dari kalangan orang-orang bangsawan yang kaya raya. Beliau hanyalah seoarang kontraktor kelas bawahan sahaja.

Tapi sudah menjadi amalannya tiap tahun mengadakan majlis berbuka puasa di awal ramadhan.
Sudah menjadi tabiatnya beliau mesti menjamu para sahabatnya .... maksud aku tidak sah kalau tidak ada gulai kambing.

Alhamdulillah, ramai rakan taulan hadir....
Habis gulai kambingnya.....

Terima kasih atas jemputan ini dan aku berdoa moga-moga Allah kurniakan rezeki melimpah untuknya hingga boleh mengeluarkan zakat suatu hari nanti dan bebas dari hutang piutang yang membelenggu ... amin

2 ulasan:

  1. Selalu bersedekah memang murah rezeki..

    BalasPadam
  2. insan_marhaen: benar tu...gandaan rezeki akan diperolehi IM.. Allah tu kan Maha Penyayang

    BalasPadam