Pengikut

Rabu, 28 September 2011

jom gohek ...

semalam jam 6.00 pagi aku bergohek (mengayuh makna dalam loghat teranung)..... mengelilingi bandar kuala terengganu...

angin pun dah rasa sejuk ...
musim tengkujuh sudah bermula ...




suasana pagi di pasar payang ... para peniaga sudah mulakan operasi perniagaan mereka.

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah gah berdiri .... mampu tersenyum lebar pada rakan stadiumnya yang bumbungnya runtuh tak terbaiki lagi hingga hari ini ...

jalan menghala ke kg cina ... masih sunyi ... penghuninya masih dibuai mimpi.

Dataran Shah bandar .... jalan menuju pasar payang dan jeti untuk ke pulau redang dan pulau perhentian.

berek polis kuala terengganu .... dengar khabar akan dirobohkan untuk pembinaan baru.

jalan sultan ismail ... masih lagi sunyi dari kesibukan... jam 6.30 pagi ...


semua gambar ini dirakam ketika sedang mengayuh basikal,
banyak lagi gambar yang dirakam tetapi jadi tunggang terbalik ....

apapun badanku terasa sangat segar ,
berpeluh sakang ... (kata orang teranung)

2 ulasan:

  1. SALAM,
    TAK SINGGAH MINUM KEDAI MAMAK !

    BalasPadam
  2. luahfikiran:: ha, haa... kedai mamak ni kita bimbang sikit

    BalasPadam