Pengikut

Isnin, 31 Oktober 2011

selamat datang ke tanah suci....

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.

sudah berduyun-berduyun umat Islam seluruh dunia berada di Tanah suci Mekah kini,
bumi yang kering kontang suatu ketika dahulu,
tiada air, bangunan, letrik, penghawa dingin,
orang yang gila pun tak akan sanggup duduk di situ,

tetapi nabi Ibrahim taat dan patuh pada perintah illahi,
membawa anak isteri ke sana,

patuh dan taat,
itulah dua perkara yang merupakan kekuatan umat islam,

patuh dan taat pada perkara yang disuruh Allah,
nescaya selamat hidup dunia dan akhirat,

jangan patuh dalam bab solat, haji, puasa sahaja,
tetapi payah, engkar, beri pelbagai alasan bila hukuman Allah hendak dilaksana,

maaf saya solat saya patuh tetapi bab hudud saya tak suka,
zalim, tak adil, lapuk ....

maaf adakah anda lebih tahu dari Yang Maha Pencipta ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan