Pengikut

Selasa, 22 November 2011

ikan jeruk musim tengkujuh

musim tengkujuh sudah mula melanda,
sudah ada yang pindahkan semalam,
angin mula menunjukkan kekuatannya,
hujan juga begitu,
awan tebal bergerak laju,
sang matahari sudah malu-malu untuk menjelma,

kalau ada cadangan nak melawat Terengganu sila dapatkan info terkini banjir,
jangan terkandas di jalanan,

apa yang menjadi kegemaran aku bila musim tengkujuh ialah,
IKAN JERUK ... atau ikan pekasam.

semalam ke pasar membelinya,
harganya sudah 20 ringgit sekilo,
baru seminggu hujan,

ikan gelama yang dijeruk masin,
dibakar dalam daun pisang,
diperah asam limau,
dipenyek (bahasa terenagganu) dengan lada jarum ,
dimakan dengan bawang merah...

best,best ...
tanpa kuah , nasi boleh di makan sampai tiga pinggan.
mertua lalu di belakang pun tak sedar.



7 ulasan:

  1. kat Hulu hari ni ada 2 kampung dah dinaiki air...
    kalu hujan dok berterusan dok teruk ane tapi kalu hujan dok weti parok sket r

    BalasPadam
  2. AM..
    memang nak mengadap nasi ni... tapi baca ikan jeruk terliurnya... mana nak cari???

    BalasPadam
  3. tak pernah lagi saya cuba tu ...nampak dalam gambar macam best :)

    BalasPadam
  4. Tempat kawe panggil ikan budu....sedap sokmo. Salam kenal dan folo.

    BalasPadam
  5. Uihh!!! Ni kena balik kg carik ikan pekasam .. KL susah jumpa..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,

    Saya berada di dungun sekarang menziarah bapa saudara yg sakit.

    Masa saya masih sekolah dulu saya pun pernah makan ikan jeruk bila musim tengkujuh.

    BalasPadam