Pengikut

Rabu, 25 April 2012

itu semua boleh padam...

assalamualaikum,
semalam aku memerap di depan tv, menonton pelbagai rancangan,
sekejap  ku buka tv3,sekejap  RTM 1, alhijrah dan akhirnya aku terhenti di TV 2.


filem  klasik .... Musang Berjanggut.
sudah acapkali aku tonton filem ini tapi tak pernah sampai ke The End,
tapi semalam aku menonton dari awal hingga akhir.

banyak sungguh kiasan tentang kehidupan ini dalam filem itu,
bijak, bijak sungguh arwah P.Ramli,


ada satu adengan yang menyentuh qalbu ku,
ketika Dato-dato yang gila itu mendatangi rumah puspawangi,

bila tiba giliran Dato Nikah kawin,
puspawangi bertanyakan soalan padanya:

Kanda ... salahkah kalau seorang lelaki ke rumah seorang perempuan yang suaminya tiada di rumah.
jawab dato nikah kawin ... salah , memang salah , tapi undang-undang dalam negeri ini kanda yang bikin, itu semua boleh PADAM.

ya, sama seperti zaman moden ini,
undang-undang ini aku yang bikin,
semua boleh padam.

sama tutur kata tapi tempatnya berbeza.
kuasalah penentu segala-galanya,
sebab itu penyakit gila kuasa tiada ubat,
dalam apa jawatan pun jika ada yang gila kuasa,
semua orang akan rosak,

orang yang sudah berkuasa mereka akan pertahankan kuasa itu,
walau apa cara sekali pun,
undang-undang ,
itu semua boleh padam.....

terima kasih Dato Nikah Kawin yang mengajar satu ilmu pada aku,







2 ulasan:

  1. Filem2 P.Ramlee.. memang kegilaan sy sedari kecil.. kini anakanda juga dh kenal P.Ramlee.. dia dah tahu lagu Pok2 Bujang Lapok..

    BalasPadam
  2. Inilah akibatnya apabila negara mempertuhankan perundangan ciptaan manusia yakni Perlembagaan Malaysia. Maka itu selagi tidak kembali kepada perundangan hukum Islam sebenar, selagi itu negara berkeadaan kucar kacir.

    BalasPadam