Pengikut

Khamis, 3 Januari 2013

melangkah gagah ke PASTI

I Januari 2013 bersamaan 18 Safar 1434 H .
Negeri Terengganu memulakan sesi persekolahannya untuk tahun 2013.

Dalam kedinginan pagi anak-anak di Terengganu dan Kelantan bangun untuk mencari ilmu tetapi ada juga yang tidak ke sekolah kerana sekolah ditutup akibat banjir kali kedua .




Ini cerita anak bongsu ku yang berusia 3 tahun lebih.  Beria-ria benar dia hendak ke pusat asuhannya.Bangunan ini adalah sumbangan dari seorang hamba Allah untuk dijadikan pusat asuhan kanak-kanak (PASTI). Beliau masih hidup , moga sumbangan ini menjadi amalan kebajikannya selepas beliau tiada nanti.


Muaz sibongsu ku dari sembilan adik beradik..... melangkah gagah di hari pertama mendaftar diri.

sebahagian dari ibu-bapa yang hadir, lebih teruja bila melihat ibu bapa yang menghantar anak sulong mereka ke sini.








ibu Muaz mengisi borang daftar ....


bergerak ketempat duduknya ....





sudah mula ada kawan baru ....





peace dari Muaz ... katanya : mak baliklah dulu , nanti mak ambillah muaz.
bravo,bravo Muaz.




selesai hari pertama muaz di sini.
melangkah untuk pulang ke rumah kerana merindui botol susu dan bantal busuknya.


5 ulasan:

  1. assalamualaikum..
    slmt thun bru.. mudah-mudahan kita akan lebih ceria

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah-mudahan maiyah... berkat doa

      Padam
  2. salam...

    bukan anak aje yg excited nak kesekolah kdg tu mak yg lebih excitednye mcm sy nie...selamat bersekolah buat muaz...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memanglah maknya begitu ... he, hee

      Padam
  3. Teringat anak-anak IM yang dulu ke tadika Sekolah Masriyah, Bukit Mertajam.

    Semua doa dia hafal. masuk tandas pun dia halau dulu syaitan iblis.

    Sekarang ni...?

    BalasPadam