Pengikut

Jumaat, 14 Jun 2013

Islam ... DEEN para Rasul

Kita dapati bahawa kesemua ajaran Allah yang dianut oleh para Rasul dan Ambia a.s dinamakan Islam, sebagaimana Allah menerangkannya di dalam al quran.

Allah ceritakan tentang Nabi Nuh a.s ... surah Yunus 72 bermaksud:
"Dan aku diperintah supaya termasuk dikalangan orang-orang Islam"


Nabi Ibrahim dan Ismail a.s pernah bersabda:
" Wahai Tuhan kami jadilah kami berdua Islam keranamu"  .... Albaqarah 128


Nabi Musa a.s pernah menegaskan:
" Kepadanya kamu hendaklah bertawakkal jika sekiranya kamu benar-benar Islam" ... Yunus 84


Itulah Isl;am yang dianut oleh para Nabi dan Rasul a.s.
Islam adalah DEEN para Rasul a.s.

Mengapa kita pula liar dan takut dengan agama yang hebat ini.?

1 ulasan:

  1. Mengapa kita pula liar dan takut dengan agama yang hebat ini? Kerana sekadar percaya tapi tidak yakin. Nau'zubillah.

    BalasPadam