Pengikut

Jumaat, 9 Julai 2010

biar kena caranya.............

Lelaki seringkali melihat wanita suka berleter.

Mungkin kerana perkataan yang wanita ucapkan itu timbul anggapan demikian.

Mari kita lihat contohnya:

"Sampah sampai penuh di dapur, seorang pun tak nak buang. Yang menyepahnya ramai, yang nak bekerja cuma saya seorang. Manalah tahan ni!!!! Sampai busuk bau dapur niii... Manalah hati tak geram!!!!


sebenarnya apa maksud wanita itu? memanglah perkataannya panjang berbelit, pedas dan tidak jelas apa yang dia mau.

ia sebenarnya hanya mahu menyuruh anda membuang sampah yang penuh di dapur ke dalam tong sampah di luar rumah.

itu saja......

wanita yang lebih bijaksana , yang faham hati lelaki akan bercakap sedikit sahaja.....

'abang.... tolong buangkan sampah...'

inilah yang mahu didengar oleh lelaki..... kata-kata yang jelas, padat, tepat.... dan ada di situ kalimah tolong atau bantu.

jangan marah yeeeee.... apa macam relevan, abang hamzah....betul ke tak?

Khamis, 8 Julai 2010

bye,bye..... German

pagi tadi aku membaca sebuah buku yang terkandung di dalamnya satu bidalan.

kata penulisnya bidalan German....
bunyinya begini...

"Wanita itu jadi mangsa keadaan sebagaimana pasir menjadi mangsa angin".

satu lagi berbunyi...

"Walaupun wanita membaca dan mengkaji tanpa henti ,fikiranya tetap pendek".


itu semua dikatakan bidalan German..... apapun selamat tinggal German kerana anda sudah tewas di Afrika.

Rabu, 7 Julai 2010

sejarah.... panduan masa mendatang

Sewaktu tentera TARTAR menyerang Baghdad (Iraq) kekuatan angkatan tentera Baghdad jauh mengatasi bilangan tartar.

Baghdad juga mempunyai benteng pertahanan yang temboknya sangat tinggi, kuat dan sukar ditembusi.

Kalau sekarang barangkali Baghdad ketika itu sudah mempunyai pelbagai kereta kebal,perisai, peluru berpandu dan peralatan yang tidak dimiliki bala tentera tartar.

tetapi apa yang menimpa bala tentera baghdad ketika itu? apa yang dilakukan oleh para panglimanya? apa yang para pemimpin mereka buat hingga kalah ditangan satu bangsa yang tidak bertamadun itu?

Kajian mendapati waktu itu para pemimpin tentera , para orang besar dan kaya Baghdad ketika itu sibuk dengan hal-hal luar dan lalai dari keperluan perang.

Panglima-panglimanya sibuk mengumpul harta, membangun rumah-rumah besar,suka mengikut hawa nafsu, menolak kewajipan ketenteraan seperti mengadakan latihan perang,persediaan persenjataan, disiplin dan tahap pengurusan organisasi yang sangat rendah.

Tingkah laku para pemimpin terlalu buruk, rasuah tersebar luas, mereka mencemar kehormatan dan harta benda orang ramai, tidak memperdulikan yang haram dan tidak takut pada Allah.

Akhirnya tartar telah menghina mereka ...... mengalahkan mereka.... mereka dilalaikan oleh diri mereka sendiri.

Sejarah adalah pedoman masa lalu untuk menjadi panduan masa mendatang.


Tun Dr mahathir berkata :saya baru pertama kali ke Tartastan...sedangkan Lee kwan yew telah tiga kali ke sana.,,,
( mesti orang tartar ini hebat.... aku kata bukan Tun)

Selasa, 6 Julai 2010

telanjang itu seni...........

penjajah sebenarnya telah memerangi aqidah umat ini dengan pelbagai cara yang dasyat.
mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh menggunakan tenaga dan wang ringgit untuk tujuan memusnahkan itu.

akan tetapi itu adalah perkara biasa bila dilihat dari sudut matlamatnya kerana mereka cukup tahu dan faham bahawa sesuatu umat tanpa aqidah tidak ada nilai di dalam kehidupannya dan tidak akan membahayakan mereka.

kesan kejayaan peperangan merosakkan aqidah ini telah kita lihat bersama kini...........

artis kita sudah sanggup bertelanjang semata-mata menyahut seruan seni.....
Maradona tidak sempat telanjang kerana artis malaysia telah mendahuluinya...

Isnin, 5 Julai 2010

musafir ke selatan...


dari bandar Mersing ini perjalanan sejauh 120km lagi untuk ke Johor Darul Takzim


tiba ditempat yang dituju....
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Kempas Baru....
kolej ini di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
di kaunter semakan....


mendaftar untuk penginapan asrama.....

selesai sidang taklimat dari pengarah KSKBJB...

asrama baru yang tersergam indah ..... 3 blok asrama pelatih... keluasan tapak kolej ini 30 ekar antara program yang ditawarkan disini:

DiplomaKejururawatan,Dip.Radiografi,Fisioterapi,Jurupulih perubatan dan lima kursus Diploma Lanjutan.

inilah bilik asrama.... 2 pelajar ditempatkan dalam satu bilik.... sangat selesa.


para pelatih diberikan elaun bulanan rm621.00 sebulan(tak payah pinjam ptptn),asrama dan pelbagai kemudahan infrastruktur disediakan.

sepatah kata pengarah kolej ...... kamu datang untuk belajar, jangan campur adukkan dengan perkara-perkara lain.... elaun jahit pakaian pun disediakan.... cuma elaun top up tak ada.

selamat belajar anakanda...... kamu semakin dewasa dan kehidupan ini penuh dengan onak dan duri.. jaga diri baik-baik.