Pengikut

Rabu, 7 Julai 2010

sejarah.... panduan masa mendatang

Sewaktu tentera TARTAR menyerang Baghdad (Iraq) kekuatan angkatan tentera Baghdad jauh mengatasi bilangan tartar.

Baghdad juga mempunyai benteng pertahanan yang temboknya sangat tinggi, kuat dan sukar ditembusi.

Kalau sekarang barangkali Baghdad ketika itu sudah mempunyai pelbagai kereta kebal,perisai, peluru berpandu dan peralatan yang tidak dimiliki bala tentera tartar.

tetapi apa yang menimpa bala tentera baghdad ketika itu? apa yang dilakukan oleh para panglimanya? apa yang para pemimpin mereka buat hingga kalah ditangan satu bangsa yang tidak bertamadun itu?

Kajian mendapati waktu itu para pemimpin tentera , para orang besar dan kaya Baghdad ketika itu sibuk dengan hal-hal luar dan lalai dari keperluan perang.

Panglima-panglimanya sibuk mengumpul harta, membangun rumah-rumah besar,suka mengikut hawa nafsu, menolak kewajipan ketenteraan seperti mengadakan latihan perang,persediaan persenjataan, disiplin dan tahap pengurusan organisasi yang sangat rendah.

Tingkah laku para pemimpin terlalu buruk, rasuah tersebar luas, mereka mencemar kehormatan dan harta benda orang ramai, tidak memperdulikan yang haram dan tidak takut pada Allah.

Akhirnya tartar telah menghina mereka ...... mengalahkan mereka.... mereka dilalaikan oleh diri mereka sendiri.

Sejarah adalah pedoman masa lalu untuk menjadi panduan masa mendatang.


Tun Dr mahathir berkata :saya baru pertama kali ke Tartastan...sedangkan Lee kwan yew telah tiga kali ke sana.,,,
( mesti orang tartar ini hebat.... aku kata bukan Tun)

7 ulasan:

  1. Ada manusia mengatakan sejarah tak perlu dikenang.. yang berlalu ta akan datang lagi.. tapi sebenarnya, kita perlu banyak belajar dari sejarah.

    BalasPadam
  2. salam...

    terima kasih
    saya juga amat berminat membaca kisah2 sejarah apa lagi yg termaktub dalam ayat2 al quran
    saya juga gemar membaca kisah2 yahudi iarael, sejarah dan agenda2nya ingin menakluk dunia sehingga munculnya penyelamat mereka dajjal mata satu dan tuhan mereka iaitu setan.

    BalasPadam
  3. salam pak cik,

    syukran ats perkongsian ,

    sejarah telah menceritakan kisah jatuh bangunnya empayar Islam sbg panduan utk kita, tp hanya segelintir sahaja yg ambil dan jadikan contoh.

    BalasPadam
  4. sama je dgn umat islam sekarang. yg bkuasa sibuk menjaga pangkat & harta benda daripada menjaga amanah.

    BalasPadam
  5. Tawarikh tetap akan menjadi sejarah..Sejarah tidak boleh diubah jika punya Fakta..

    Tak lama lagi terawih kita..

    BalasPadam
  6. setiap jatuhnya kerajaan di sepanjang sejarah peradaban mesti dimulakan dengan cinta dunia...
    kita sekarang ni pun cintakan dunia...saya juga tidak terkecuali. tapi sedang dalam usaha bersungguh untuk lebih bersederhana dan meletakkan dunia pada tempatnya

    BalasPadam
  7. salam Tuan,
    terima kasih banyak2 di atas perkongsian ilmu dan salam ziarah dari saya

    BalasPadam