Pengikut

Ahad, 28 Februari 2010

berbaloikah sekadar selawat........

Jenayah bukan tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, tetapi ajaran Islam yang diamalkan itu telah berjaya mengurangkan kejadian jenayah dan jenayah menjadi suatu perkara ganjil di dalam masyarakat ketika itu.

Sejak umat Islam mula meninggalkan hukum Islam kadar jenayah meningkat setiap masa. Negara-negara yang mencipta pelbagai undang-undang dan diamalkan dikebanyakan negara di dunia ini seperti Amerika, Perancis dan England berlaku peningkatan kadar jenayah di negara masing-masing.
Amerika kadar jenayahnya tidak lagi dikira berdasarkan bilangan hari, bulan dan tahun tetapi telah dikira berdasarkan minit dan saat.

Ini membuktikan kegagalan undang-undang ciptaan Barat seperti yang diamalkan di dunia hari ini.Maka kenapa masih ada lagi pemimpin-pemimpin yang mempertahan dan memperjuangkan undang-undang yang dibawa oleh Barat ? Mengapa kita tidak mahu kembali semula kepada undang-undang Islam yang suci ini? Allah menyifatkan hukum ciptaan manusia ini sebagai hukum jahiliyyah dan hukum nafsu. Bagaimana hukum nafsu boleh mengalahkan nafsu dan maksiat?

Kembali kepada hukum Allah bermakna kembali kepada iman yang sebenar.
Orang yang yakin kepada hukum Allah adalah mereka yang yakin kepada Allah yang menurunkan al Quran sebagi panduan hidup. Percaya pada malaikat yang menyampaikan wahyu. Beriman kepada Rasulullah s.a.w yang menyampaikan Islam. Dan akhirnya percaya bahawa qiamat akan berlaku. Tidak yakin kepada hukum Allah bermakna tidak yakin pada Allah dan Rasulnya.

Maka berbaloikah kita dengan menyambut kelahiran baginda s.a.w hanya dengan perarakan dan selawat tetapi engkar dan tidak patuh pada ajarannya dalam kehidupan kita?

Sabtu, 27 Februari 2010

Fatimah akan ku potong tangannya jua.....

Salam semua.

Kelmarin kita menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. Ada orang sedar dan ada yang tak ambil peduli langsung hari tersebut. Hari Valentine lebih diingati dari itu semua.

Rasulullah s.a.w bukan sahaja bercakap mengenai keadilan dan menyuruh manusia melakukan keadilan tetapi keadilan itu dilakukan sehingga terhadap diri sendiri, keluarga dan para sahabat yang dikasihi.

Apabila Usamah bin Zaid (cucu angkatnya) meminta syafaat terhadap seorang perempuan daripada Bani Makhzum (perempuan ini berketurunan bangsawan, puak yang kaya raya ketika itu) kerana kesalahan mencuri. Usamah dihantar bertemu baginda untuk meminta wanita itu dibebaskan atau diringankan dari hukuman hudud tersebut.

Maka baginda menegaskan pada Usamah: Adakah kamu mahu memberi syafaat di dalam hukuman HAD yang telah ditetapkan oleh Allah ? Lalu baginda menuju ke masjid dan berucap di depan orangramai.

Wahai manusia! Sesungguhnya rosak manusia sebelum kamu apabila orang orang lemah dikalangan kamu mencuri maka mereka melaksanakan hukum HAD ke atasnya dan apabila orang yang kuat dan kaya mencuri mereka melepaskannya. Dan demi Allah sekiranya FATIMAH anak Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya.

Itulah keadilan Islam. Ianya bukan ciptaan Muhammad. Bukan untuk menunjukkan ria' atau untuk menarik sokongan manusia.

Ianya adalah hukuman Alllah yang wajib dipatuhi sebagai tanda ketundukan kita kepada Allah swt.

Selamat hari lahir mu wahai penunjuk jalan yang benar .

Jumaat, 26 Februari 2010

Perutusan sempena Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w



Tegak Sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.


Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?


Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)


Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.


Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.


Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.


Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.


Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.


DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS

Khamis, 25 Februari 2010

yang.......yang......

Semalam jam 10 pagi aku kesebuah kedai jam di bandar KualaTerengganu.


Jumpa kawan lama...... sedang membelek, menilik(bahasa trg) seutas jam.

Di sebelahnya ada seorang wanita. Aku terdengar dia berkata pada wanita itu..... yang ! yang ni cantik..... molek dan sepadan dengan lengan yang.

Wanita itu berkata nak buat apa , jam kat rumah ada lagi. Tak apalah. ..kata kawan ku itu.

Akhirnya dibelinya juga jam yang menjadi pilihannya. Mereka berdua pun beredar dari kedai tersebut.

Aku pun berkata pada tuan kedai jam tuuu..... yang juga kenalan aku. Wau! romantik sungguh dia memanggil yang, yang pada perempuan itu.... biar pun dah berumur.

Kata tauke jam tuuu..... isterinya tuuu....

Kata tauke jam tu lagi...... memangla dia panggil isterinya YANG,YANg.... mu nak tahu kenapa?

Ha...kenapa ? tanya aku...... tauke jam tu berkata.... isterinya tu.....namanya mariyam sebab tulah dia panggil YANG,YANG......

Selasa, 23 Februari 2010

sebenarnya jiwa anak-anak .......




kenapa anak remaja sering dipersalahkan? adakah kita sebagai ibu,bapa , guru,menteri, perdana menteri,panglima tentera, presiden dan ketua parti-parti politik, pemuda UMNO,pemuda PAS, Keadilan,DAP, tukang beca, tukang kebun, ahli perniagaan yang berjaya,para artis dan para anggota masyarakat telah melakukan tugas mendidik dengan betul?

barangkali anak-anak kita ingin berkata ,

ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan



sebenarnya jiwa anak-anak sangat lembut dan mudah tersentuh.