Pengikut

Khamis, 25 Februari 2010

yang.......yang......

Semalam jam 10 pagi aku kesebuah kedai jam di bandar KualaTerengganu.


Jumpa kawan lama...... sedang membelek, menilik(bahasa trg) seutas jam.

Di sebelahnya ada seorang wanita. Aku terdengar dia berkata pada wanita itu..... yang ! yang ni cantik..... molek dan sepadan dengan lengan yang.

Wanita itu berkata nak buat apa , jam kat rumah ada lagi. Tak apalah. ..kata kawan ku itu.

Akhirnya dibelinya juga jam yang menjadi pilihannya. Mereka berdua pun beredar dari kedai tersebut.

Aku pun berkata pada tuan kedai jam tuuu..... yang juga kenalan aku. Wau! romantik sungguh dia memanggil yang, yang pada perempuan itu.... biar pun dah berumur.

Kata tauke jam tuuu..... isterinya tuuu....

Kata tauke jam tu lagi...... memangla dia panggil isterinya YANG,YANg.... mu nak tahu kenapa?

Ha...kenapa ? tanya aku...... tauke jam tu berkata.... isterinya tu.....namanya mariyam sebab tulah dia panggil YANG,YANG......

13 ulasan:

  1. oHH Mariam rupanya..patutnye dia kena panggil darling ke ayang ke..

    BalasPadam
  2. tak lekat M kat hujung tu hehe

    BalasPadam
  3. salam Abu Muaz..

    yam jadi yang ye? kalau yang jadi macamana pulak? :)

    BalasPadam
  4. abu muaz,
    untunglah nama saya bukan maryam... suami tetaplah panggil 'yang'...
    jika tidak mau saya tukar nama ari ni jugak...
    hehehehehehehehehehehehe

    BalasPadam
  5. wakakakaka... ini mmg lawak ori!

    BalasPadam
  6. patutnya panggilah yam yang atau yang yam ke, baru orang tak keliru !

    BalasPadam
  7. Salam Abu Muaz,

    gelihati ni.. ketawa senyap-senyap sorang-sorang depan komputer.

    BalasPadam
  8. kuat sangat idgham ma'al ngunnah sampai hilang 'm' tu

    BalasPadam
  9. hehehe...hebatnya 'yam' jadi 'yang'..slang terengganu memang macam tu ke?

    BalasPadam
  10. Kalau dibiasakan pun tak pa..cuma membazir tu yg tak berapa eloknya tu..

    BalasPadam
  11. baca2..tergelak dibuat nya. kelakar betul lah tauke jam.

    BalasPadam
  12. Salam abu muadz...
    rupanya abu muadz ni org ganu ya?yang @ yam, yg pnting ksh syng tetap subur kan...hehe...tulah harapan suami dan isteri dlm hdp berumahtangga kan...

    BalasPadam